Followers

Friday, January 20, 2017

KekNi Kembali Uollls


Hai. Ape khabar korang semua? Lamaaaaaaa sangat tak bersiaran. Serius aku bizi teramat bizi 2 bulan ni. Petamanya bizi dengan hal pindah rumah, . Keduanya bizi amat dengan tempahan yang Alhamdullilah macam air terjun mencurah curah masuk. Rezeki Allah bagi. Alhamdullilah.  Maklumlah nak masuk rumah baru, banyak yaaaa pakai duit. Jadi usaha harus lebih keras doa pun perlu lebih lebih dan lebih. 

Alkisahnya sebelum betul betul pindah, kita nak la rumah tu lengkap dengan benda basic bagi cukup. Tapi bila dah pungah-punggah barang, alahai semak sangat mata memandang banyak barang kat dapur yang nak simpan bertingkat tingkat banyaknya. Tak boleh nak konsep basic sangat, letak saja semua kat bawah table top sangat la cannot. Nak la ada kabinet dapur siap-siap sebab pening tengok banyak nau barang. Sesenang anak-anak aku buat main dan buat sepah. Nak kabinet tapi duit dah habis banyak beli barang letrik, lampu kipas, pasang tiles,cat rumah, tukar pintu lawa bg upgrade sikit, semua la kan. So untuk kabinet kene kerja keras tak reti bawak bersabar nak jugak semuanya ada kann..


Lalu.. Ini bukti kerja kerasku..haha. Memang bizi menggila. Masuk pulak hujung tahun,  tempahan Kalendar 2017 dah open, lagi la tempahan non stop. Tangan macam sotong. Sambil buat design sambil print sambil reply pm customer. Kau tengok saja meja ahkak masa tu. Memang tak ada space. masa ni belum pindah rumah lagi, Bilik kecil cinonet ruma mertua masih menjadi markas kerja hakak.



Ni menyiapkan tempahan 10 ribu , 10 K yaaaa.. 10 K printed paper bag. Ya ampun, sampai sakit pinggang demi mencari rezeki.Haha.  Nasib baik lah tahun ni tempahan kalendar kilang boleh terus poskan kepada customer. Tempahan kalendar dah la banyak gila. Macam tahun lepas, aku salah teknik, every tempahan kalendar kilang pos ke aku dan aku pulak mengangkut ke Pejabat Pos untuk pos pada customer. Bayangkan dalam seminggu tempahan kalendar 5k, 5k la aku ngangkut ke pejabat pos. Tapi tahun ni Alhamdullilah urusan dipermudahkan. Kilang handle semuanya. Aku just ambil tempahan dan buat design sajo..

*** Ok itulah kisah kebizian KekNi yang sebenarnya. Untuk info, entri ni pun elok dah sSEBULAN lebih jadi draft tak sambung sambung, baru hari ni ada masa sikit nak sambung.. Haha.. next entri insyaAllah kita story pasal rumah baru pulak yaaaaa...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails