Followers

Saturday, September 30, 2017

Bila Ibu Marah


Ada orang kata jadi suri rumah ni relax banyak, boleh tengok drama sambung-sambung kat tv tiap hari, nak tidur ikut suka, nak rehat iktu suka. Mula-mula masa nak berhenti kerja aku pon ada la anggapan maca mtu. Tapi bila dah masuk 4 tahun jadi suri rumah ni, berlainan benar ye. Lebih lagi aku ni work from home mommy. Bizi dengan kerja, siapkan tempahan customer sekali harung menjalankan tugas suri rumah macam biasa.  Memang ada manis nya, tapi getirnya yang hadap saja tahu. 

Hari biasa, jadual aku mula dengan siapkan dan hantar Intan sekolah, pastu balik rumah siapkan Adam pulak mandi makan, kemas rumah, basuh dan jemur kain, pastu siap2 pulak ke Pejabat Pos, pos barang customer, pastu bukak kedai, stay kat kedai sambil tunggu Intan balik. Pastu amik Intan balik sekolah, balik rumah bagi anak2 makan, kalau suami ada kat umah, masak la pulak tengahari. Kalau suami kerja siang memang tak masak tengahari, tapau siap2 masa keluar atau makan je la apa yang ada simple2 kat rumah tu.  Pong pang pong pang tengok jam dah pkul 2 petang. Sambung siapkan tempahan kat rumah pulak. Kang lepas Asar masak pulak untuk makan malam. Pastu siapkan mandi anak (Basuh beraka anak 3-4 kali sehari tak kira pulak) Kul 7 layan drama tv3 kejap.  Lepas bagi anak laki makan, kau tau je la macam mana keadaan dapur kan. Macam lepas perang. Mengemas lah lagi basuh pinggan, lap lantai segala. Tup tup dah gelap dah. Pastu mengadap kerja lagi, buat marketing, siapkan tempahan. Sebelum tidur setlekan lipat baju 4 beranak. Letih tak letih la kan? Hari hari macam tu. Kau baca pun naik letih. 

Ye aku tau perempuan yang kerja pejabat pon letih jugak, sama jugak beban kerja macam aku. Melainkan kau ade bibik. Tak pon ko jenis tak kisah rumah ko tunggang terbalik, atau laki kau superhero yang buat semua benda dan ko goyang kaki sajo kan. So kesimpulannya aku penat, aku letih. Dengan merut 32 minggu akak 8 bulan ni. Emosi lagi lah letih. Hari ni sabtu, laki cuti. Ingat boleh lah relax sikit sama2 jaga anak, sama sama buat kerja rumah. Tapi sakitnya hati ni bila dia keluar dengan kawan dia dari tenghari sampai malam. Sakit hati dan sakit badan aku kepenatan. 

Anak-anak la kena. Asyik kena marah dengan ibu dia yang dah tak larat ni. Suruh tidur siang dengan harapan aku dapat siapkan order kan, tapi depa dok melompat atas katil macam nak hape. Kejap oran tu nangis, kejap yang ni nangis. Last last mak dia meletop. Terus tidur macam gaya dalam gambar tu lepas 5 minit kena marah. Sedih pulak lepas diorang dah tidur. Rasa bersalah juga marah diorg, biasalah budak kecik kan memang ingat main je. Tapi mak ko tak daya anak.. Terpaksa juga marah supaya korang dengar arahan. Kalau tak, memang tak takut langsung.

Tu je la bebelan aku hari ni.

Aku penat.

Saturday, September 23, 2017

Mengandung 32 Minggu, 8 Bulan

Masuk minggu 32 ni, cabaran memang la tak boleh nak cakap. Sakit belakang bukan main lagi. Maybe sebab baby dah makin besar dan makan ruang terutama kat bahagian tengah tu. Dapat rasa lah tulang2 mak ni dah renggang akibat pembesaran baby. Kudrat pun dah tak sekuat dulu. Jalan jalan sikit pasar malam pun dah tak larat.  Cepat sangat penat. Berdiri lama pilih barang kat kedai pun dah lenguh kaki. Tu belum cerita part buat kerja rumah, mengemas tunduk bangun tunduk bangun semua tu. Lagi la hazabull.. 

Tidur malam pun tak ada nyenyaknya lagi. Sekurang kuragnya 3 kali bangun kencing walaupun dah kencing berkali kali sebelum tidur, walaupun dah stop minum air sebelum tidur. Belum bab kene himpit ngan anak2 atas katil, dah la mak ko sakit belakang, tidur berhimpit lagi, amarah je rasa.  Dan akhir akhir ni, bila perut memulas nak buang air besar atau rasa nak terkencing tu, buat aku rasa seram je. Sebab rasa dia sedikit sebanyak mengingatkan  sakit contactio nak beranak. Ye la, tiap kali memulas atau nak terkencing, terasa sangat sakit belakang, so jadi konfius, nak terberanak ke aku ni??

Lahirkan intan 38 minggu, adalam 39 minggu. Baby yang ketiga ni aku agakakan keluar awal jugak dalam 38 @ 39 minggu. Maksudnya ada lebih kurang 6 minggu sebelum beranak. Hai cepatnya lah masa berlalu. kalau ikutkan rasa sakit belakang, sakit kaki semua ni, rasa nak cepat2 je beranak, biar hilang semua kesakitan ni. Tapi bila fikirkan hidup pun akan berubah lepas keluar baby ke3 ni, rasa macam biar lah lambat lagi beranak, nak enjoy zaman anak dua dlu, nak jalan jalan lagi, nak holiday tidur hotel tepi pantai.. 

Harap perjalanan mengandung dan melahirkan anak ke 3 ni semuanya dipermudahkan dan lancar. Semoga baik-baik saja kan. Barang barang baby Alhamdullilah dah cukup semua. Cuma barang ibu nak berpantang je belum ready lagi. Esok nak start packing bag hospital untuk ibu dan baby.. 

Thursday, September 21, 2017

KALENDAR MINI ISLAMIK 2018 DAH OPEN ORDER

Ya berita baik, Kalendar Mini 2018 yang hot orang buat Doorgift Majlis Perkahwinan tu dah OPEN ORDER. So kepada bakal bakal pengantin yang sedang mencari Idea doorgift untuk majlis mereka terutamanya yang planning untuk Majlis Hujung tahun ni dan awal tahun depan, inilah DOORGIFT TERBAIK dan paling BERMANFAAT kepada tetamu kerana bakal DIGUNAKAN SEPANJANG TAHUN, maka TIADA PEMBAZIRAN.

- Design Custom made TANPA CAJ
- Cetak gambar, nama, ucapan TANPA CAJ
- Proses 2 minggu bekerja
- Dua size untuk doorgift iaitu MINI & MEDIUM
- Lengkap dengan Cuti Umum, Cuti Sekolah, Waktu Solat
- Sesuai untuk majlis perkahwinan, Aqiqah, Harijadi, Reunion dan sebagainya







Semestinya DOORGIFT TERBAIK untuk majlis Akhir tahun ini & Awal 2018. Kerana BERMANFAAT, dan bakal digunakan SEPANJANG TAHUN dan TIADA PEMBAZIRAN. (Orang tak buang kalendar, orang guna setahun penuh kan??.)

=================================
HARGA : 75 SEN (tempahan 1000 pcs)
=================================

!!!! PERHATIAN !!!!
DOORGIFT KALENDAR HANYA OPEN ORDER SEHINGGA BULAN NOVEMBER SAHAJA SETIAP TAHUN.
Jadi bagi yang merancang nak jadikan Kalendar Mini ini sebagai doorgift untuk majlis tahun 2018, mohon tempah awal sebelum kami close order ya..


Untuk tempahan & pertanyaan
========================
<3 :="" creation="" creative="" cute="" fb="" p="">
<3 :="" http:="" nbsp="" p="" whatapps="" www.wasap.my="">
<3 012-7164176="" :="" nbsp="" p="" whatapps="">
<3 012-7164176="" :="" nbsp="" p="" whatapps="">

Tuesday, September 19, 2017

Dating Berdua Ke Cameron Highlands

Lama tak dapat peluang dating berdua. TIba-tiba si dia ajak ke Cameron lagi padahal bulan lepas baru je naik, mentang mentang la dekat kan.  Lagi best siap upah adik dia jaga budak dua orang tu kat rumah, so kami dating berdua saje.  Pergi tengahari, Maghrib balik dah. Saja ambil angin. Kata orang Cameron tengah sejuk sekrang ni. Tapi tak ponn.. Panas berdenting juga. Hujan pun tak. 


Gambar berdua. Gigig orang orang kat bawah tu ambil gambar tengah2 panas kat ladang teh. Kami perhatikan dari atas je la. Suami tanya nak turun ke? Aiseh, aku kalau turun boleh, nak naik balik tu tak tau la, takut tertinggal perut je kat bawah kang. Nak jalan kaki pun dah macam penguin rasa. Dengan perut sebesar ini kan. 


As usuall. Minum petang kat ladang teh. Tiba tiba rindu kat anak. Selalu time macam ni, kek dah hancur di sesah anak, tudung dah herot2 sebab mulut kemain besar membebelkan anak yang tak reti diam. Tapi hari ni, slow and steady je makan berdua sambil menikmati pemandangan. 


Siap makan, kita terus pergi pasar Brinchang yang baru tu. Awal lagi masa ni, belum pkul 5 lagi. Tapi saja pergi terus sebab dapat bayangkan hari Sabtu, pasar malam Brinchang macam mana sesak dia bila dah pkul 6 petang dan selepasnya. masa pergi tu aikk mana semua orang? Lengang, senang gila nak parking dan senang nak membeli. Dapat strawberry 1 tray kuning tu Rm20 saja. Besar besar dabak. Aku suka beli kat Melayu, sebab diorg jual jujur,  semua satu tray besar2. Kebanyakkan peniaga lain, diorg siap susun, yang atas besar2 tapi lapisan bawah kecil cinonet. Serius tak tipu. So jangan terpedaya ya. Coklat macam biasa, yang brand Saudara baru. Sedap amat! 

Itu ajalah aktiviti ke Cameron kali ni. Nak naik ke Kea Farm pun tak jadi, kirim salam je la. Jem macam ape. Rasanya lepas bersalin baru naik Cameron Lagi kot.. 

Ke next week naik lagi? Herherher...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails