Followers

Tuesday, September 19, 2017

Dating Berdua Ke Cameron Highlands

Lama tak dapat peluang dating berdua. TIba-tiba si dia ajak ke Cameron lagi padahal bulan lepas baru je naik, mentang mentang la dekat kan.  Lagi best siap upah adik dia jaga budak dua orang tu kat rumah, so kami dating berdua saje.  Pergi tengahari, Maghrib balik dah. Saja ambil angin. Kata orang Cameron tengah sejuk sekrang ni. Tapi tak ponn.. Panas berdenting juga. Hujan pun tak. 


Gambar berdua. Gigig orang orang kat bawah tu ambil gambar tengah2 panas kat ladang teh. Kami perhatikan dari atas je la. Suami tanya nak turun ke? Aiseh, aku kalau turun boleh, nak naik balik tu tak tau la, takut tertinggal perut je kat bawah kang. Nak jalan kaki pun dah macam penguin rasa. Dengan perut sebesar ini kan. 


As usuall. Minum petang kat ladang teh. Tiba tiba rindu kat anak. Selalu time macam ni, kek dah hancur di sesah anak, tudung dah herot2 sebab mulut kemain besar membebelkan anak yang tak reti diam. Tapi hari ni, slow and steady je makan berdua sambil menikmati pemandangan. 


Siap makan, kita terus pergi pasar Brinchang yang baru tu. Awal lagi masa ni, belum pkul 5 lagi. Tapi saja pergi terus sebab dapat bayangkan hari Sabtu, pasar malam Brinchang macam mana sesak dia bila dah pkul 6 petang dan selepasnya. masa pergi tu aikk mana semua orang? Lengang, senang gila nak parking dan senang nak membeli. Dapat strawberry 1 tray kuning tu Rm20 saja. Besar besar dabak. Aku suka beli kat Melayu, sebab diorg jual jujur,  semua satu tray besar2. Kebanyakkan peniaga lain, diorg siap susun, yang atas besar2 tapi lapisan bawah kecil cinonet. Serius tak tipu. So jangan terpedaya ya. Coklat macam biasa, yang brand Saudara baru. Sedap amat! 

Itu ajalah aktiviti ke Cameron kali ni. Nak naik ke Kea Farm pun tak jadi, kirim salam je la. Jem macam ape. Rasanya lepas bersalin baru naik Cameron Lagi kot.. 

Ke next week naik lagi? Herherher...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails