Followers

Wednesday, November 21, 2018

Ujian Allah Untuk Seorang Ibu


Bulan ni sangat la mencabar. Aku di uji dengan anak yang sakit bergilir gilir. Perlu ketabahan, kesabaran dan redho. 

Adam Cirit Birit
Ciriy birit yang lama ya. Mula mula seminggu. Tapi still aktif.  Intan pun cirit gak masa ni. Runsing hati. Aku suspek kecacingan sebab masa lap najis Adam di lantai nampak cacing panjang pnjang ada dalam najis tu. So beli la ubat cacing Champ perasa Coklat tu. (Baru tahu ada ubat cacing yang berperisa sedap after google pasal cacing ni). Alhamdullilah Intan terus baik dari cirit after makan ubat cacing. Adam still berak cirit lagi.

Aisyah Demam
Si kecik ni demam tumbuh gigi. Lama jugak dalam 5 hari. Sekali harung hadap Adam intan cirit dan Aisyah Demam. Bayangkan lah. Baby demam kan meragam je. Hari ke 5 tu tumbuh  ruam penuh satu badan. Ke klinik lah lagi, takut chicken pox ke apa kan. Tapi doktor kata ruam biasa yang keluar lepas demam. 

Adam Alahan Ubat
After 2 minggu Adam still tak ok lagi. Sampai masuk kecemasan sebab after makan ubat cirit berak dia sakit perut sangat2. TIba tiba timbul tompok tompok kat badan adam. Dan dia ngadu sakit perut sangat.  Tompok tu makin lama makin besar. Dr cakap dia alahan ubat pulak. Tapi tak warded, Dr suruh observe dari rumah je. Cousin husband, Kak Liza ni nurse, dia bgatau suruh stop terus susu or produk2 yang ada susu (laktose) kat Adam buat sementara. Boleh bg air soya, vitagen n yakult lebih elok time sakit perut macam tu.. So aku ikut dan Alhamdullilah Adam ok selepas beberapa hari tanpa ubat ubatan.

Adam Demam
Ingatkan dah  sihat sepenuhnya, tapi beberapa hari pas tu Adam demam pulak. Demam bila petang sampai tengah malam. 2 Malam ok. Memang tak tidur la aku kan jaga dia. Sentiasa basahkan dengan air.  Alhamdullilah hari ke 3 sembuh. 

Adam Suspek  Penyakit Kaki Tangan Mulut
Hari ke2 dia sembuh dari demam tu, tumbuh pulak bintik bintik kat tapak kaki, lutut jari tangan, kaki dan tangan dia. Aku gelabah habis dah time ni. Aku suspect sakit kaki tangan dan mulut tula. Masa tu pulak on d way nak Kuantan sambut birthday Aisyah.  So on the way tu, kami singgah klinik, tapi Dr cakap hanya ruam biasa, bukan viral kaki tangan dan mulut. Lega sekejap la walaupun risau juga tengok kaki dan tangan dia macam tu kan. 

Aisyah Chicken Pop
Hari Adam naik bintik ruam tu, aku perasan Aisyah pun ada naik bintik bintik air agak besar kat kaki ngan tangan.  Dalam hati kata mesti jangkit dari Adam. Balik dari Kuantan, esoknya terus aku bawak dua -dua Aisyah dan Adam ke klinik. Dr cakp Aisyah kena Chicker Pox, manakala Adam hanya Ruam biasa. Sebab ruam diorang tak sama. Bertabah lah aku 

Bila chicken pox Aisyah makin banyak, ruam Adam pulak makin sembuh dan kering. Alhamdullilah la kan, kurang sikit kerisauan ibu. Aisyah walaupun kena chicken pox, tetap ceria dan aktif.  HArap lepas ni Adam or Intak tak berjangkit pulak Chicken Pox dari Aisyah.


Boleh tak korang bayangkan macam mana letihnya aku sepanjang bulan ni. Anak-anak sakit no stop. Bergilir gilir. Lepas sorang ke sorang. Sakit tu ke sakit ni. Aku cuba la kontrol emosi, jadi sesabar mungkin walaupun kekadang terlepas jugak tahap kesabaran. Kena redha la ujian Allah kat aku. Ada parents yang nasib dia lagi susah dari aku. Di uji anak sakit kronik, sepanjang hidup, tapi tabah je. So, belajar dari ketabahan diorang. Semoga Allah permudahkan urusan diorang


Oh ya, sepanjang anak tak sihat ni, aku tetap ambil order, tapi sikit sikit sekadar yang termampu aku buat. Maaf la kalau ada customer yang banyak tanya cerewet cerewet aku tak dapat nak entertain sebab kepala pun kusut pikir anak anak yang tak sihat.  Aku ambil yang senang dan mudah urusan saja. Hari ni aku baru refund duit customer RM590 kau. Sebab aku salah print. Ye la duk kalut buat kerja time anak tak sihat, fikiran ntah kat mana mana kan, sampai silap print.  Dia order kalendar Islamik tapi aku terprint kalendar Kuda. Marah la dia, terus cancle dan minta refund. AKu dah minta maaf dan nak reprint semula kalendar tu, tapi dia tak nak terima. Dia kata buang masa buang duit dia. Ok lah tak pe lah dia tak nak tolak ansur walaupun aku cakap akan hantr yang baru. Tak de timbang rasa tak pe lah, aku rugi. Semoga Allah ganti dengan rezeki yang berganda besar dari kerugian hari ni. 

Oh ya, last week hanpdhone pecah kena ganti screen. Anak2 tak sihat, tak kan nak marah2 diorg lagi plak kan walaupun diorang yang pecahkan (kali ke 3). So redha jugak. Ganti je la screen, terbang lagi duit. Husband aku kata, aku banyak duit sebab tu tak kisah, tak marah pun duit terbang. BUKAN OK. Bukan sebab banyak duit, tapi hati ni dah redha.. Terima je semua sebagai ujian Allah. Allah pun bagi ujian masa yang tepat kot. Dia Maha Mengetahui. 

Ok tu la ceritanya. Semoga anak anak ibu semua sihat seperti sediakala. Nanti kita pergi holiday on Disember kalau semuanya dah ok.   

To papa, please make my dream come true on this Disember.


1 comment:

InaYusoff said...

betul.
anak sakit ni, automatik mental dan fizikal kita pon sama sakit..

biar kita sakit, jangan anak sakit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails