Ya malas nak carita pasanya benda ni bukan sweet memory tp ianya scary. Baiklah mulakan cerita. Since beberapa minggu aku perasan ada ketulan kt breast, mula mula tak rasa apa pun, tapi lama-lama ia jadi sakit, terlanggar tertekan atau tersentuh pun sakit. Dan mula merah merah yang kecil jadi semakin besar dalam 5cm. So takut kan. Pergi Klinik dan check, Dr sahkan tu Breast Abscess. Ada nanah dalam tu sebab tu sakit disentuh.
Breast Abscess antara solution dia ialah Aspirition atau Operate. Dalam kes aku, mula-mula Doktor suruh ambil antibiotik dulu. Sebab nampak macam belum serius sangat. Tapi selepas seminggu, tak nampak berkurang pun, malah makin sakit dan makin merah dan makin risau, kacau bila ketakutan..huhu. So doktor deicide, buat aspirition. Ya Alllah... taip pun dah rasa sakit u. Tapi masa Dr cakap tu, aku tak tau lagi sakit dia macam mana, so setuju je la. Kalau tak, operate la jawab nya.
So terus buat kat Klinik tu. Sakit yaaaa ampun! Di cucuk tempat nanah tu dan disedut sambil jarum besar tu dipusing pusingkan untuk cari area yg ada nanah. Sakit sangat dan aku tak tahan. Dapat buat kejap je, Menangis aku. Sakit sangat ya Allah. Doktor pujuk suruh buat lagi, bahi habis keluar semua nanah tu. Doktor suruh datang esoknya untuk buat sekali lagi dengan BIUS. First time buat tu tak bius, hidup hidup kena buat. Malam tu aku tak boleh tidur. Duk pikir samada nak continue kat Klinik atau serah diri ke Hospital je. Aku pikir masa tu, kalau operate senang. Dibius terus tak sedar buang habis nanah. Tapi seksanya Doktor kata bila nak kena cuci luka lepas operate tu hari hari. Oh ya, luka tu tak kan dijahit ya. Aduhai.. Menangis aku malam tu.. Sebab takut sangat.
Pagi esoknya, aku gi jukak continue buat rawatan kat Klinik. Huuu.. debar gila Taku sangat kalau sakit macam semalam walaupun Doktor dah bagitau nak bius kat breast dulu sebelum buat. Macam nak bersalin dia punya debar tau masa Doktor nak start buat. Tapi Alhamdullilah lepas bius, memenag tak rasa apa. Tak sakit macam semalam, so dapatlah Doktor buat sampai habis. Alhamdullilah. Continue ubat antibiotik dengan dos yang lagi tinggi dan ubat tahan sakit. 3 hari tu memang masih sakit dan still risau nanah tu masih ada. Oh ya, aku stop breastfeed Aisyah atas nasihat Doktor.
Seminggu continue Antibiotik tu, dan sekarang Alhamdullilah dah sembuh sepenuhnya insyaAllah Sebab dah tak ada rasa ketulan, dah tak sakit bila tersentuh. Rasa syukur sangat. Rasa tak ingat lagi rasa ketakutan dan kesakitan sebab Breast Abscess tu.
So kepada wanita wanita di luar sana, kalau rasa ada pelik pelik kt breast, cepat cepat la pergi check, jangan biar sampai melarat. Macam kes aku, Alhamdullilah hanya abcsess dibawah kulit saja, dab boleh dirawat tanpa operate. Kata doktor kalau dibiarkan memang boleh melarat dan jadi Deep abscess yang mana memang operate saja penyelesaiannya.
Itu saja lah kisah pengalaman aku dan breast Abscess.
16 comments:
apa penyebab nanah tu? gumpalan susu ke?
Ya antara salah satu sebb yg boleh jadi punca
saya da msok mggu ke 3 on antibiotic.still x ok.da pnah sdut nanah jgak skli.tpi xtahan.sakit sgt 😭😭😭.ape saya nk buat lgi ye
Ubat antibiotic tu nama ape ye?
Ubat antibiotic tu nama ape ye
Thanks for your information. Please accept my comments to still connect with your blog. And we can exchange backlinks if you need. What Is Breast Abscess?
Salam... Boleh tahu tak kt mana dptkn rawatan ni?
Sy tgh alami skrg ni.kalau boleh..nk contack sis,utk keterangan lbh lanjut.ada nama fb@cm ne cr sy nk contack?plzz
Saya sedang menjalani rawatan. hurmmm... after minor operation di kpj batu pahat. dressing dah 4 kl. mmg terangkat kaki. tuhan sj yang tahu sakitnya... tp kpj bp mmg terbaik. sape2 yg dkt. ada mslh. blh jumpa dgn sergeon dr narendra. insyaallah sgt mbantu...
Fb saya https://www.facebook.com/aini.nor.7
Semoga puan semua yg dengan masalah sama cept sembuh dan diberi kesihatan yang baik.
Husna Wizana,terima kasih atas info. Berguna untuk kawan-kawna yang lain
alhamdulillah... dlm fasa akhir proses penyembuhan. pengalaman ngeri actually. tp dah smkn sembuh. dr pun tkejut tgk luka cepat baik. part yg plg x best ialah cuci poket luka. kena sumbat dgn aquacel. mmg sakit mcm kena siang. tp sgt membantu. selain mkn vitamin c, byk mkn ikan termasuk ikan salmon, jgn mkn ikan yg gtl, pantang mkn ikan bilis, kekcg terutamanya kcg tnh, udang sotong semua tu, telor at least 2 mgu kt dr. cuci poket luka hari2 lbh krg seminggu. insyaallah cpt baik...
welcome... hanya secebis pengalaman sy. ada penyakit adalah penawarnya... aamiin... smg rakan senasib dpt melalui semua ini dgn tenang & tabah hati...
Sy pun baru lepas operate buang nanah kat breast. Tgh mc lg. Tiap 2 ari kna p sepital cuci.. Mmmg pengalaman pahit pada sy.. Berhati2la klu rasa ada ketulan kat breast wlaupn xsaket cepat2 la p klinik. Trus p klinik pakar lg bgus.. Mmng serik sgt rasa bila dh kena tu 😭
Sy pun baru lepas operate buang nanah kat breast. Tgh mc lg. Tiap 2 ari kna p sepital cuci.. Mmmg pengalaman pahit pada sy.. Berhati2la klu rasa ada ketulan kat breast wlaupn xsaket cepat2 la p klinik. Trus p klinik pakar lg bgus.. Mmng serik sgt rasa bila dh kena tu 😭
Lepas check berbaring, kena duduk pulak, disuruh angkat tangan, check ketiak bagai, check sekali lagi kedua2 belah tetek, pastu disuruh tunduk membongkok sedikit doktor nak tengok kondisi tetek
Kalau suami saya tengok mesti mengamuk😂
Post a Comment