Bangkok ni memang banyak market ye. Siang malam market ye. Duit pun meroket. Haha. Dari Terminal Mall kami balik ke Hotel untuk berehat sebab malam nak keluar ke Train Night Market Ratchada. Kitorang sempat pergi 7/11 beli makanan dan makan tepi kolam ni.
Sambil melayan bujang sorang ni nak mandi pool. Nasib la sekali je dia minta nak mandi pool. Naya kalau 3-3 hari nak mandi pool. Rosak rancangan shopping makcik makcik kau dan ibu ni. Maybe sebab dia tak de geng mandi pool, so dia mcam boring dan cukup la sekali ibu. Macam tu.. Haha.
Malam tu kami naik train lagi menuju ke Ratchada Noght Market. Masa ni semua segr bugar lagi. Elok je sampai, Adam buat perangai. Kepenatan mungkin jalan kaki jauh dari station ke pasar. Aku dah nak naik hantu, tp nasib baik aunty Azie bijak memujuk dia.
So misi di teruskan dengan mentekedarah makanan bangkok yang ada kat sini. Eh tapi tak tau la kitorang macam tak jumpe sangat makanan seafood yang best2. Sebab masa jalan jalan tu, terlau tempat jual babi, belalang bakar semua tu terus kami patah balik..haha. Potong selera weh.
Antara menu yang sempat kami makan dan tapau kat situ... Pulut Mangga. Sedap bak ang.
Bangkok Pancake
Nenas ape ntah suka sangat mak mak orang ni makan. Aku tak makan, sebab takut sakit perut, aku ngan nanas memang kalah .
Pastu balik kitorang lapar lagi lalu sambung makan meggi beli kat 7/11. Haha. Memang sehari berkali kali ke 7/11 ye. Sedap sungguh maggi. Kitorang tpau sekali Roti2 dan air untuk buat breakfast esok sebab kene gerak awal pagi untuk aktiviti esoknya. Nak ke Railway Maeklong Market & Floating Market yang ambil masa 2 jam dari Kota Bangkok.
........................
Esoknya
Kul 6.30 Am dah keluar. Naik grab ke pickup point yang travel agency kami tetapkan untuk ke FLoating Market. Sebelum sampai floating market, mereka stop kan kami kat Maeklong Railway Market yang popular dengan pasar di tengah landasan Keretapi ni. Kami sampai dalam 9.15 am. Dapatlah makcik makcik ni tngkap gambar dan video keadaan pasar bila keretapi lalu. Tapi scary ok!
Gambar sebelum keretapi lalu. Tengok, belum apa2 adam dah pow aku kt 7/11 area sini pulak. Redho je la janji dia tak buat perangai kan. Ya Tuhann gemuknya mak kau ni Adam.
Gambar semua. Eh sapa yang tolong amik gambar ni??
Ni gambar masa keretapi lalu. Peh punya la dekat. Ngeri gila.
Next. Misi diteruskan ke Damneon Saduak FLoating Market pulak. Kat sini kami tak beli apa pun. Sebab dah tau harga memang cekik darah. Cukup hanya nak merasai suasana kat sini naik bot pusing pusing pasar. Kami beli Aiskrim kelapa je kot. Kenapa ha x jumpa makanan makanan halal yang lain macam blogger lain review? Aku syak mak ck yg bawak bot ni tiupu tau tak lalu tempat yang kami boleh beli makanan.
Aiskrim kelapa
Kesimpulannya 2 market ni boleh lah nak pergi. Pergi sekali je la tapinya, Nak repeat maybe tak payah dah.. Haha. Sebab mmg tak de pe menarik nak dibeli kat situ. Sekadar amik gambar je lah.
Next nanti aku citer pasal makan makan kat Restoran Halal yang popular kat Bangkok pulak okey.