Lepas je simpan beg kat Hotel, kul 9 pagi lebih kitorang dah gerak ke Chatucak Market. Pergi sni naik MRT. Dalam berapa stesen sampai dah. Bestnye pergi pagi pagi sebab orang pun tak berapa ramai plus cuaca pun redup lagi. Seronok la berjalan.
Masuk masuk chatutuak tu memang rambang mata, banyak gila kedai weh. Barang pun harga ok. Sebenarnya kat sini paling murah kot kalau nak beli buah tangan, baju baju dan sebagainya. Aku menyoping gila jugak lah kat sini. Tapi tu pun rasa macam menyesal tak beli semua buah tangan n baju baju budak kat sini sebab hari esok nya, bila pergi mall dan night market lain pun tak dapat harga macam kat Chatucak. So kesimpulannya kalau korang nak pergi Bangkok, memang wajib beli barang kat sini dulu. Semuanya termurah dari tempat lain.
Kedai pertama kitorang cari kat Chatucak Market ni ialah kedai makan Saman Islam yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Kedai halal, menu dia semua sedap weh. Memang harga mahal sikit tapi percayalah memamg berbaloi. Sebab apa, sebab portion dia sangat banyak, lepas tu mewah dengan rencah. Macam aku dengan ain order Nasi Goreng Seafood, memang berlambak lah dia punya seafood. Mula mula food sampai kitorang dah garu kepala adoi banyak gila portion dia. Tapi last2 habis licin ye kami makan sebab sedap!
Pat Thai, Nasi goreng Nenas, Nasi goreng seafood kami.
Air semua sedap oiii. Eh ice coffea kat thai ni semua sedap. Hari hari aku minum. Tak cukup kat kedai, balik hotel mesti singgah 7Eleven tapau lagi Ice Coffea..Wahaha.
My nasi goreng seafood. Nasi ngan seafood sama banyak. Klaau kat Malysia, ko order nasi goreng seafood, tu doa udang 2 ekor, sotong 3 ketul. Yang ni puas. Nasi habis, seafood tak habis habis lagi.
Pat Thai. Segala ketam, udang sotong semua ada.
Ni aktiviti paling lama kitorang buat kat sini. Memborong Passport cover custom made. Memang harga paling murah kat Bangkok kat Chatucak ni lah. 60bath je weh.
Budak ni paling banyak paw aku kt Chatucak. Lengap dengan Jam, Boxing dia ni sekali. Ape lagi ntah.. Eee geram je. Pastu ibu ko dah sedap sedap shopping dia mengaruk nak tido. dh kene berdukung. Masa tu la rsa nyesal tak bawak stroller..wahaha.
Kat Chatucak ni banyak kedai makan yang halal. Sambil menyoping, sambil beli makanan dan minuman kat sana. Aiskrim kelapa memang sedap weh.
Pastu kitorang raht jap kat 1 cafe ni. Order minum. Air pelik pelik je nama. Tapi sedap. Sambil rehat tu, masing masing buat terkejut kira duit masing masing yang lebur kat chatucak. Padahal baru first day, dan first tempat shopping ni. Wahaaa.. boleh ke survive untuk hari ke2 dan ke3 nanti...
Habis Shopping! Adam ketiduran. Gigih ya aku dukung. Ambik gambar sat kat Signage Chatucak Market ni.
Lepas tu kitorang nak ke Termall 21 Mall Bangkok. Mula mula nak naik train lagi. Tapi kami tergoda pula nak naik tuktuk. Yang ni paling tak boleh belah. Dah la kami ni ber5 badan selebar alam, dia pergi sumbat dalam 1 Tuktuk. Walaaaa... Ape lagi, memang havoc la dalam tuktuk tu speanjang perjalanan. Ketawa mengilai je la kejenye.. Malu satu hal semua orang duk pandang. Oh maii jauh gak ok dari Chatucak tu nak ke Mall tu. 20 minit. Dan 20 minit tu la kitorang tak berenti ketawa dalam bersempit sempit tu haaaa.
Look at this guy! Nisak smpai macam tu ha. Ngeri aku tengok, takut tercicir dalam perjalanan. Aku, ain n fara dan macam sandwich duduk kat seat tu bergesel peha. But ni la antara pengalaman manis kot kat Bangkok, macam nak ape ketawa selama 20 minit naik tuktuk ni.
Sampai kat Mall diorng sambung shopping lagi. Aku ngan nisak cari kerusi rehatkan bontot sambil tunggi diorang...
Continue Part 3...
No comments:
Post a Comment