Followers

Thursday, January 30, 2020

Post Istimewa Pada Hari Istimewa Kerana Hadiah Istimewa


Panjang amat kan tajuk? Sebab sis teruja sangat today tiba tiba dapat hadiah dari suami tercinta. Handphone yang aku pakai retak lagi dek anak. Anak ketiga pulak buat. Jangan tanya kali keberapa tukar handphone sebab pecah anak buat. Sis dah macam nak redho je pakai handphone skrin retak seribu sebab sayang duit. 

Tapi mood memang swing la. Serba tak kena. Tapi hari ni dapat suprise suami belanja handphone baru, yang latest pulak tu. Harga pun meleleh air hidung sis tengok. Kalau nak beli sendiri memang 2 bulan tak bayar kereta..hahaha.


Terima kasih suami. Syg terharu sangat. Tau tak, ni la handphone pertama yang dapat tanpa keluar duit 1sen pun. Handphone pertama beli masa lepas SpM pun pakai duit sendiri hasil kerja kilang 2 bulan. Handphone kedua  beli share duit ngan ayah separuh, ptptn separuh..huhu. Pastu dah keje sampai beranak pinak tak ingat dah berapa kali beli handphone sebab pecah anak buat, semua beli sendiri sambil menangisi nasib.. 
Dan yang niiii.. Yg istimewa sekali... From my beloved husband..  


Maka terimalah selfie pertama dari kami 3 beranak dengan handphone baru ini!!!

Tq Husband!

Semoga bertambah murah rezeki, dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat..
InsyaAllah.. Itu doa dari isterimu 5 kali dalam sehari...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails