Followers

Friday, August 28, 2020

Balik JB Naik Keretapi Katil Oii

Tak ada plan pun sebenarnya. Kisahnya hari tu aku dengan husband makan nasi kerabu kat area stesen keretapi. Sambil bincang tarikh nak balik JB cuti Raya Haji. Husband tiba-tiba suggest ape kata aku balik dulu naik keretapi dengan anak-anak, so boleh lah lama sikit duk JB. Lepas makan terus tanya tiket dan beli. Wahahaha.  

So naik la kami 4 beranak Keretapi dari Kuala Lipis Ke Johor Bahru next weeks nya beberapa hari sebelum Raya Haji. Keretapi malam, gerabak katil. Keretapi pukul 1.30 pagi bertolak dari Lipis. Sampai JB pukul 12 tengahari. 


Pukul 1.30 pagi tepat ye keretapi sampai. Excited budak-budak ni first time naik keretapi. Aku ambil 3 katil. Atas bawah dan katil bawah 1 lagi yang bertentangan. Seronok rupanya bawak budak budan ni naik keretapi ni. Mula-mula risau jugak nak control 3 ketul budak ni tanpa papa diorang. Takut la membuas kan. Tapi Alhamdullilah semuanya ok dan under control. Kami dapat gerabak last sekali, jauh betul dari cafe ya. Tapi katil kami ni dekat dengan pintu gerabak dan toilet, sos memudahkanlah aku nak bawak budak ni ke toilet, tak lah jauh menapak kan.




Lepas turun naik turun naik empat ploh kali gamaknya nak tentukan siap tido bawah siapa tido atas antara Intan ngan adam ni, akhirnya menjelang 3 Pagi semuany lena tidur di tempat masing-masing lepas aku upah roti gardenia bagi kekenyangan. Setel. Aisyah tidur dengan aku. Eh masih selesa tau walaupun tidur berdua ngan budak kecik ni,

7.45 Pagi baru budak-budak ni bangun. Tu pun si Adam ni yang kejut. Oih lena ye tidor malam dalam coach katil ni. Macam tidur dalam buai terhuyung hanyang. Cuma yang spoil bila ada orang lalu keluar masuk gerabak pastu tak tutup pintu balik. Nanti bunyi keretapi jadi kuat bising gila dan ganggu tidur. Patut KTM nanti tukar la pintu jadi pintu automatik. 



8 Pagi keretapi sampai kat stesen Segamat. TIme keretapi ni berhenti aku bawak budak budak ni breakfast kat Cafe. Jauh weh cafe, berapa gerabak kena lintas. Lain kali beli tiket kene pilih gerabak yang dekat dengan cafe lah pengajarannya. Bali tiket last minit, macam ni lah jadinya. 



Amboi sedap jugak makanan kat cafe keretapi ni. Budak budak ni habis milo panas sorang segelas. Ibu dia up sikit makan bihun goreng telur mata sepinggan. Ada juga order roti bakar tapi budak budak ni tak mo makan pulak.  Terpaksa mak ko jugak menghabiskannye. Seronok ya di cafe. TIngkap luas, makan sambil menikmati pemandangan. 


Siap makan, masa keretapi berenti kat Stesen gemas, kami bergerak semula ke tempat tidur kami. Oh ya, takut ya nak berjalan masa keretapi bergerak. Kalau sorang ok, tapi bawak 3 katul ni bahaya juga lagi-lagi kat area sambungan antara gerabak tu, agak scary. So budak budak pun gembira main kat dalam coach tu dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. Yang bestnya orang dah tak ramai, ramai berenti kat Gemas rsanya. Jadi coach tu memang macam kami anak beranak la yang punya. 


Selain main, makan dan minum la segala bekal jajan yang aku bawak 1 beg. Ini tips yang penting jugak la, bawak kudap kudapan untuk mengelakkan diorang jemu atau bosan dalam perjalanab yang lama ni. Alhamdullilah keretapi sampai kat JB 12 tengahari. Yeaaa selamat sampai JB.  Abang aku ambil kat stesen. 


Next few days raya haji pun tiba. Beraya la kami. Hihi. 


My Mak. Aku perasan eh umur aku dah 33 ni dah lama rasanya tak ada gambar dengan mak. Last bergambar berdua masa konvo kot. So balik JB kali ni memang ada azam nak bergambar la dengan mak ayah...huhu. So inilah gambar raya kami. 


Generasi Ke3 legasi Md Dom dan Salmah. 


Next day nya aku dating ngan Kakcik pulak. Amboi seronok dapat jumpa, 2 tahun tak jumpa oi. Kebetulan dia pun balik JB gak, maka dapatlah jumpa. 


Thank you kakcik belanja Seol Garden. Love U! 

Gitulah cerita aku balik JB kali ni. 2 hari kemudian baru suamiku sampai. Puas dah bergembira bersama keluarga dan kawan JB, maka pulanglah kami ke pangkal jalan di negeri Pahang semula. 



 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails