Followers

Saturday, December 9, 2023

Diriku Dalam Delima.




Cukup ke tak? Cukup ke 3 anak? Haruskah tambah lagi sorang. Itu lah yang asyik keluar berteka teki dalam kepala sejak pemergian Arwah Luqman Hakimi. 

Jauh dalam hati ni, memang nak anak ramai, lebih dari 3. Sepatutnya kehadiran Luqman Hakimi melengkapkan hidup kami, tapi Allah lagi sayangkan dia. Dia tinggalkan kami yang masa tu dah berharap dan bersedia dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Semua dah bersedia, semua dh tak sabar masa tu nak dapat baby. Sampai sekarang abang adam dan kakak aisyah aisyik request nak baby baru. 

Tapi keinginan tambah anak tu bercampur dengan perasaan takut macam-macam. Takut nal tinggalkan kehidupan yg dh mula selesa anak anak semua dh besar. Takut juga emosi kembali tak stabil bila terlalu stress jaga anak peringkat baby yang banyak cabarannya. Cabaran menyusu, cabaran berjaga malam, cabaran anak tamtrum, cabaran anak tak sihat, cabaran masa dan macamacam lagi. 

Allah.. 

Salah tak perasaan takut aku ni? Selfish tak aku kalau aku kata cukup la 3 ni saja anak aku demi emosi dan keupayaan aku sendiri.  Walau jauh di sudut hati selalu terbayang sorang lagi baby kecil dalam rumah kami. 



Friday, August 4, 2023

Anak Syurgaku Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi

Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi. Nama yang dah lama ibu simpan untuk anak lelaki ibu. Tapi kehendak Allah, tak sempat adik Luqman Hakimi lahir ke dunia, Allah ambil adik dari dalam perut ibu lagi. Anak ke empat ini meninggal dalam perut kerana terbelit tali pusat di usia 5 bulan dalam perut. 


Kisah sedih bermula dengan perasaan excied kegembiraan masa kami buat appoiment detail scan kat KL masa 20weeks. Sepatutnya hari tu kita akan tahu jantina adik, keadaan adik secara detail. Tapi alakah terkejutnya kami bila sonographer beritahu baby tak ada heart beat lagi. Maksudnya nyata dah tidak berdegup. Luluh hati ibu, gelap kejap dunia. 

\

Gambar scan dari Sonovision Sentul KL. No Heart Beat Seen.  Terus suami pecut balik ke Lipis, siap2 untuk ke Hospital Besar Kuala Lipis untuk check sekali lagi. Ya betul. Baby memang dah tak ada. Masa ni bila scan pun dah tak berapa nampak apa-apa sebab air ketuban dah berkurang sangat.  Dr decide untuk induce dan keluarkan secara normal. 


Bersalin anak keempat walaupun bayi dah tak bernyawa dalam perut, sakitnya sikit pun tak ada beza dengan sakit bersalinkan 3 anak sebelum ni. Walau nampak kuat aku ni, tapi percayalah bab tahan sakit, cucuk2, darah2 aku memang kalah, memang tak tahan. Even cucuk bronula kat tangan pun dah mengalir air mata. Sebab baby dah 5 bulan ++ , perlu induce untuk  bersalin cara normal. Macam beranak kan si sulong Intan Darina, induce 3  kali baru baby keluar. 

Start 8 pagi melayan contraction sikit2 kat wad. Mula 8 malam baru la contraction yg kuat gila bermula. Masa tu dh suruh husband balik rumah.. Menahan contraction kat wad bukan labour room, tanpa suami pulak tu sbb kesian nak suruh dia patah balik masa tu.So no drama, kene control diri, malu lah nak nangis or jerit kat wad kan. Diam diam la peluk besi katil layan contraction sorang2. Alhamdullilah sbnarnya bila ko boleh control dari menangis beria, ko boleh control nafas masa contraction datang, mengurangkan sakit dan mempercepatkan bukaan.  

Papa sempat azankan beberapa minit selepas awak lahir. 


Dalam 11 malam selamat  melahirkan Luqman Haqimi yang dah tak bernyawa dgn sekali push. Rupanya dia terbelit tali pusat sebanyak 4 kali kat leher, punca dia meninggal dalam perut. Dalam sejam juga aku dapat pegang, belek tubuh dia dalam pangkuan sebelum forensik ambil untuk simpan di bilik mayat untuk proses mandi, kafan dan kebumi pagi esoknya.


Memori ibu dengan baby Hakimi yang ibu ada. Sejam je masa kita bersama, bersentuh kulit dalam dakapan ibu walau awak dah tak bernyawa. Masih teringat ingat awak punya aktif bergerak masa kita scan 3 bulan, macam3 pose awak dalam perut masa tu. Ibu yakin kalau awak survive sampai 9bulan dan lahir hidup mesti perangai sama macam abang Adam yang tak reti diam tu. 


Ciuman pertama dan terakhir untuk anak syurga ibu. 








No caption for this, sbb aku masih di hospital. Papa uruskan kebumi. Kakak Intan. Abang Adam, Kakaak Aisyah pun ada masa kebumikan awak. 




4 nyawa ibu. Intan, Adam, Aisyah dan Hakimi di dalam sana. 


Semoga segala yang terjadi ada hikmah yang tidak terbanding Allah ganti kepada keluarga kita.  Nanti kita jumpa lagi di taman syurga adik Hakimi. Actually sepanjang mengandung 5 bulan, aku mimpi 2 kali baby boy yang putih melepak tengah main-main kat taman yg bersih. Mukanya mirip Hud, anak sedara husband. Mengandung sebelum2 ni tak pernah mimpi baby dengan jelas macam tu dan masa tu aku pun tak tahu mengandung anak lelaki. Now aku yakin yg aku jumpa dalam mimpi tu ialah Hakimi. Mungkin Allah beri aku jumpa dia sebelum dia lahir dan pergi.

Wallahualam. 














 

Thursday, June 1, 2023

Cipta Kenangan Lagi~ Terengganu Cuti Sekolah 2023

Tempat healing paling suka memang Terengganu. Sutra Beach Resort tentunya. Sebab resort dia senang sangat nal ke pantai, dari depan bilik dah boleh nampak lait membiru tanpa halangan apa-apa. Tak perlu turun lift, tak ada banyak bangunna yang menghalang view pantai. Swimming pool dia pun teramat suka, cantik, selesa, dgn view owesome. 


Cuti sekolah pertengahan tahun kali ni ke sini lagi kami. Cuma kali ni agak teruk ye Sutra Beach Resort punya servis.  Telefon bilik rosak,  nak extra bed, nak iron semua kene menapak ke lobby bagitau. Pulak tu dah beritahu sekali tak hantar hantar,  kene pegi lagi tanya.  Mampus penat. 


Nasib la pool masih cantik, laut masih indah. Maka bersabar lah mak buyung. Aku tak kan lupa seronoknya aku mandi pool sini sebab pool dia open, bukan dikelilingi bilik bilik yang kalau ko berenang ramai cuci mata tengok. 


Infinity pool. With great view. Pagi petang kita mndi pool dan pantai. 


View dari atas katil kat bilik. 


Acara biasa, makan celup tepung kat pok nong. Tapi kali ni tekak aku tak sedap, semua makanan rasa hambar. 


Papa sempat mancing malam tu, siap dapat ikan duri lagi. Simpan sinilah buat kenangan. 


View malam pum camtik sekitar resort. Kali ni kita tak banyak keluar, malam pun order grab je.

Breakfast hari last, aku minta scramble egg, boleh budak telur tu dengan muka sombong cakap tak boleh. Dia buat ommelete  je. Kecewa ibu mengandung. Tak dapat tu tak pe la, aku boleh jevbuat sendiri kat rumah, lagi sedap. Tapi  hati sakit dgn cara sombong budak telur tu. Antara salah 1 sebab aku cakap servis sutra beach resort mengecewakan kali ni.

Mungkin next , pikir banyak kali la nak stay sini lagi. 






Wednesday, May 3, 2023

Dalam Perut Ada Budak Lagi

31 March 2023
.
.
.
Melangkah masuk Klinik Zara dengan 1001 rasa dan perasaan.  

Doktor, sy buat upt pagi ni, naik 2 line. Last period saya Januari, tp sy mmg biasa period 2 bulan sekali kadang2. Maksudnya saya pregnant dalam masa yg sama sy still makan perancang sebab saya tak sedar 😭. Aku cerita kat doktor dengan tersekat sekat sebab air mata dah mula merembes. Ye risau. Aku risau. Affect pada baby. 

Its ok. Its ok. Sabar puan. Puan ambil Pil Yasmin kan? InsyaAllah tak ada effect pada baby. Pil ni function mencegah pengeluaran telur dari ovari dan menebalkan dinding servik.  Jom kita scan. 

Hasil scan, nah baby dah masuk 3 bulan! Macam tak percaya dah ada manusia dalam perut ini selama 3 bulan. Allah. Ketakutan tadi berkurang sedikit walau masih sedikit pusing nak ekspresikan emosi yang bagaimana.  Jelas nampak kepala, badan, kaki dan tangan! Juga denyutan jantung anak ku yang kencang.

Aku keluar dari klinik dengan sekeping gambar scan baby dan sebotol ubat tambah darah yang juga multivitamin untuk pregnancy mommy.

Next perlu cepat buat buku merah, minggu ke 16 Dr Zara Suggest buat detail scan untuk check sebarang ke abnormalan dan sebagainya. Jika perlu, dr akan refer pakar memandangkan aku dah consume pil perancang sepanjang 3 bulan mengandung. 

Semoga anak ibu baik baik sahaja di dalam, sihat sempurna fizikal mental rohani dam jasmani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails