Followers

Saturday, July 12, 2014

Intan Setahun 4 Bulan


Usia setahun 4 bulan. Intan punya perangai ya ampun memang mencabar jiwa. Tak terkira berapa kali dia tunggangkan bakul mainan yang penuh dengan mainan dia tu, sepah satu bilik. So stress la ibu.. Respect sangat dengan ibu2 yang ada anak ramai kecik kecik dan boleh handle dengan tenang dan berjaya. Aku nampaknya masih fail.. fail.. fail... Cepat sangat stress...

Ya Allah, sabarkan lah aku, tabahkan lah aku...

Friday, July 4, 2014

Cik Khaleeda Binti Bustaman Bakal Isteri TMJ?

Orang orang Johor macam aku memang teruja bila dengar berita pasal tengku Muda Johor, Tengku Ismail akan berkahwin dengan Cik Khaleeda Binti Bustaman. Berita tentang perkahwinan Tengku Ismail dan Khaleeda ni mula tersebar semalam. Tahniah la kalau betul berita pasal merisik, bertunang dan kahwin TMJ dengan Cik Khaleeda Binti Bustaman tu. 

Biodata Cik Khaleeda Binti Bustaman cerita pasal diri cik khaleeda tu mesti tengah hot orang cari. Aku pun sibuk la serch pasal Cik khaleeda ni, cari cari maklumat pasal gadis bertuah ni. Tapi tak jumpa pun lagi, cuma jumpa gambar cik Khaleeda dan TMJ kat stadium je. Teruja juga nak tau tentang diri Cik Khaleeda ni. Ye la kahwin dengan anak raja Johor tu, mesti la I selaku rakyat johor pun nak kepoh tau pasal ni kan...

Harap2 esok lusa banyak lagi la maklumat pasal Cik Khaleeda Binti Bustaman dan Tengku Ismail   Ni akan keluar. 

Saturday, June 28, 2014

Cerita Hari Ni

Pagi pagi rasa nak makan kari sangat. Terus tung tang tung tang kat dapur buat Kari Ikan Tenggiri. Siap telefon mak kt JB, google resepi dan tanya mama sekali. 3 resepi kau aku guna jadi 1. Seumur hidup tak pernah masak kari, tetiba teringin kan.. Terus jadi pandai... Gitu....

Lepas Jumaat ajak husband ke Lipis nak buat kad ATM maybank. Sampai bank pukul 3.40 gitu, sampai-sampai je pegawai bank yg jaga no giliran tu kata bank dah nak tutup. Tak boleh ambil no lagi.. Tak sempat. Gila??? Pukul 3.45 ptg dah tak nak buat kerja? Dah ready2 nak balik? Maybe bank tu keturunan dia punya jadi suka hati dia nak balik pukul berapa kan. SYABAS!! Lalu sia-sia perjalanan kami ke Lipis petang tu..  Dah la jem gila.

Tunggu Husband pusing kereta, jem kan, nak pusing pun lambat benau sampai. Hati dah la panas ni ngan maybank. Tetiba, tengah panas-panas tunggu husband tu, boleh  pulak burung bertuah BERAK di atas tudung aku!!! What the Fish! Tetiba macam rasa sejuk kat bahu kan, terus la rasa pakai tangan, dengan tangan aku kena taik burung. Hantu punya burung. Saja bikin aku bertambah panas! Masuk-masuk kereta kene gelak lagi dengan laki. Lagi panas hati mak. 

So gerak pulak ke CIMB nak cucuk duit. Kan kaya banyak bank, banyak duit..Harharhar.. Pastu memang CIMB pun sengaja nak tambah panas hati aku, boleh pulak Out of Service kan dua - dua mesin ATM dia.. Dah lah tu je satu satunya ATM yang ada kat Lipis yang INDAH PERMAI SEJAHTERA dan DAMAI ni...Gerammmmmmmmm nye la aku lagi.. Last-last keluar duit kat bank rakyat je..

Nice sangat cerita hidup aku hari ni.. Best sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, June 20, 2014

Intan Yang Semakin Manja


Sekarang ni Intan makin manja,, Manja sangat... Tak tau la pasal pe.. Kalau nampak papa balik kerja, terus la melepek kat kaki papa, golek-golek, gesel2 muka kat kaki papa... Pastu kalau kena marah ngan papa, dah tau takut, dah tau sedih shahdu menangis. Menangis sambil nak pergi kat papa jugak mintak pujuk.

Kalau ibu marah? Harammmmmmmmm tak takut.. Lagi dia buat sambil sengih sengih..


Selain manja, Intan pun dah semakin bambam... Kuat makan ok macam ibu..haha.. Dah pandai buka kabinet dapur ambil macaroni bagi kat ibu suruh masak... Demand nak western hari-hari.. Alahai anak.. 


Makin besar makin banyak aksi dia. Paling suka berjoget. Lagi-lagi bila mak mak sedara dia melayan joget sama, makin menjadi jadi.. 

Itulah perkembangan anka Ibu Intan Darina pada usia 14 bulan... =)

We love u so much

Tuesday, June 10, 2014

Promosi Kad Kahwin Cute Creative Creation

Hai uolls.... Kakak sekarang dh launch kan produk terbaru Cute Creative Creation iaitu Kad Kahwin.. Dan sekarang ada promosi untuk 5 penempah terawal tau... Kakak copy je ye Iklan dari Cute Creative Creation punya blog.. Kakak bukan alas, tapi jam dah nak 1 pagi, bantal dah panggil kakak dik...haaaahaa

Satu lagi projek terbaru dari Cute Creative Creation iaitu kami kini menghasilkan Kad Kahwin terkini dengan rekabentuk dan design moden, menarik dan semestinya CUTE! Alhamdulillah setelah bekerja keras minggu ini, 3 Jenis Kad Kahwin dapat kami lancarkan. Harga yang murah dan berpatutan mengikut Saiz & Kuantiti.

Kami menghasilkan beberapa Jenis Kad Kahwin seperti berikut;

KAD KAHWIN JENIS A
-  Saiz 150 mm x 150 mm, lipat 2. Harga Kad Kahwin Jenis A se murah 59sen!!!


KAD KAHWIN JENIS B
- Saiz 216 x 90 cm. Kad kahwin sekeping panjang. Harga semurah 45sen!!


KAD KAHWIN JENIS C
- Saiz 166 x 90mm. Kad sekeping berbentuk poskad. Paling murah, 25sen sahaja!!!


Apa tunggu lagi, isi borang tempahan sekarang.. Kami nak bagi special price, secret price gitu kepada 5 penempah terawal!!!! 

http://cutecreativecreation.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Saturday, June 7, 2014

Nuffnang Masih Menyayangiku

Sejak aku kerja KL yang bizi menggila siang malam pagi petang tunggang terbalik dengan kerja, blog aku memang la sunyi sepi.. Sebulan sekali kot update blog.. Maka Pendapatan dari Nuffnang pun sepoi sepoi bahasa je la... 

Alhamdullilah sejak jadi suri rumah tidak berumah ni, Nuffnang kembali sayang kepadaku memandangkan aku pun dah start aktif update blog semula kan.. Ye la strategi promot bisnes kan.. Last week dapat email dari Nuffnang untuk Mamee Chef - Malacca Factory Invitation. Masa baca email tu seronok bukan kepalang sebab aku pun masa tu tengah excited nak pergi melaka kan.. Tapi malangnya aku tak dapat join sebab suami kerja kan, sape nak mengantar.. Gitu la kan dah duduk jauh kat sini.. Kalau still duduk KL confirm aku pergi sendiri dah.. =(

Lepas tu punya la lama tak check Nuffnang kan.. Dulu masa zaman gila blogging tu sehari berapa kali ko check Nuffnang punya earning..haha... Ni ada la dekat 2 tahun baru ni nak check.. Terkejut beruk bila tengok dah berubah gila interface dia... Jakun sangat.. Pastu terkejut beruk tengok earning yang dah boleh cash out... Ehemm.. Tak la beribu ribu.. Tapi cukup la untuk beli handbag sebijik...haha... =)

Ok terbukti kan Nuffnang Masih menyayangi aku.... Moh kita tekan button Cash Out!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails