Followers

Friday, May 12, 2017

Mengidam


I tak minta cincin emas, gelang pandora.
Tak minta juga wang ringgit.
Saat ini,
Ketika ini,
Cuma KUPANG FRESH yang I idamkan. 

Ye mengidam sangat. Mana nak dapat kupang fresh kat Darul Makmur ni.  Balik Johor baru dapat merasa. 

Nak sangat ni,
Sebelum Puasa. 

PLEASE.\

Wednesday, May 3, 2017

Sabar Tinggal 1 Bar

Kalau kau jenis manusia yang tak reti merancang dalam hidup, yang tak pernah ada matlamat aku tak kisah. Itu hidup kau.

Tapi aku, aku manusia yang penuh dengan perancangan demi matlamat.

Masalah ialah bila perangai kau yang tak pernah belajar dan tak pernah tahu bagaimana struggle nya orang2 yang berusaha untuk merancang menjadi sebab Rancangan dan Matlamat kami GAGAL.

Sebb kau menyusahkan keadaan
Sebab kau tak pernah support usaha orang
Sebab kau ego!!!
Sebab kau rasa semua benda mudah!!!!

Serius. Sabar aku tinggal hujung2 je sekarang ni.


Aku usaha.
Kau musnahkan.
Aku letih.
Aku fed up

Friday, April 28, 2017

Today Im Sad



Pernah tak kau rasa sedih teramat. Tapi kau tak tau sebab utama sedih kau tu. Fikiran kau kecamuk. Banyak benda yang buat kau sedih. Berjauhan dengan keluarga, rasa terasing kat tempat orang, tak ada kawan, kehidupan sekeliling yang kurang menggembirakan kadang-kadang. Dan tak siapa peduli hati kau walau banyak kali kau luahkan.

Lalu kau buka blog dan luah terus dalam blog. Dengan harapan, semua beban rasa dan kesedihan terluah dan padam dari hati..





Tuesday, April 25, 2017

Ibu Minta Maaf

Zaman dah jadi mak mak ni mencabar sungguh. sabar tu kadang setipis kulit bawang. lagi-lagi bila stress dengan penat. Pulak dah jadi suri rumah, tinggal jauh dari family, dari kawan-kawan kerana ikut suami. Dunia kau kat dalam rumah je dengan anak-anak. Hari ni memang aku stress sangat. Ntah la, rasa macam lonely sangat. Husband cuti tapi ke KL dengan kawan dia untuk repair kereta. Tinggal aku 3 beranak kat rumah. Nak ikut, konon sementara dia buat kereta, boleh la drops aku kat shopping Mall, boleh la aku cuci cuci mata, jalan-jalan window shopping ke kan. Seriusly, bosan aku dah tahap tertinggi dan perlukan kegembiraan untuk releasekan stress. Dan kalau kau kenal aku, memang tahu, aku boleh habiskan masa 4-5 jam pusing dalam mall untuk relase stress, yang mana aku tak dapat buat kat Kuala Lipis ni.

Tapi nak buat macam mana, mereput je la kat rumah, tak dapat ikut. So nak buat kerja apa pun macam tak ade mood dah. Siap masak bubur ayam untuk makan tengahhari dan suap budak berdua ni makan, aku ajak la diorang tidur dengan harapan boleh lah lupakan stress aku hari ni kan. So  berjaya tidurkan Adam dan aku pun lelap la sejam. Intan tak tidur boleh pulak bukak ipad sekuat tidak, maka bangunlah si Adam yang baru jap je tidur men joinkan diri. Aku tak larat nak bangun, biar je la dua beradik ni main, kejap main kejap gaduh, kejap jerit. Urut dada je la aku atas katil. Bila bangun, aku tengok diaorang tengah main barang-barang kerja aku. Bersepah, hilang itu ini.   Aku dah macam kena rasuk setan terus la amukkan kat situ. Kene marah kaw kaw la diorang. Aku marah sampai aku menangis tahu?? Menangis sebab rasa teruknya aku jadi mak tak boleh tahan sabar, campur lagi dengan perasaan stress. Menangis depan anak-anak ni. Sampai Intan pujuk Adam ajak main kat luar bilik. Ya Allah. teruknya aku jadi mak.. memang aku menangis macam budak kecik kat dalam bilik tu. Menangis sambil kemas bilik. Aku penat emosi, penat fizikal sebenarnya.


Upah lepas kena marah

Puas menagis, mandi sejukkan hati terus rasa bersalah berbakul bakul datang. Kesian anak-anak ibu kene marah pasal ibu stress. Tapi Alhamdullilah aku masih boleh control tak naik tangan. So petang tu terus rasa nak tebus rasa bersalah, bawak diorang keluar makan satay kegemaran diorang. Bagi Intan order apa dia nak makan. Dia nak satay, nasi impit ngan milo ais. Adik ikut je kakak makan apa. 10 cucuk, diorg makan habis. Lepas makan, bawak pergi mart petronas. Aku kasi diorang pilih apa je yang diorang nak beli. Mahal pun ibu tak kisah. Beli aiskrim, beli mainan. Alhamdullilah sejuk hati tengok muka masing-masing happy. Mart petronas je la mampu   pergi. Nak ke pasaraya, jauh pulak 40Km dari sini.

Intan, Adam, ibu minta maaf.
Ibu minta maaf sebab tak sekuat dan sesabar ibu hebat yang lain.
Ibu sayang korang berdua.
=(


Wednesday, March 22, 2017

Hello Kitty Town Johor Bahru

Alhamdullilah dapat jugak jejak ke Hello Kitty TOwn ni. Hikhik. Aku ni memang penggemar Hello kitty dari zaman sekolah menengah uolls.. Lepas turunkan pulak minat tu kat Intan.  Last week balik Jb, Papa Intan dengan baik hatinya offer nak bawa ke Hello Kitty ni. Intan ngan apa lagi, terus la Yihuuuuuuu! Bayaran masuk ke Hello kitty town agak mahal la bagi aku hukhuk. Tapi sebab orang offer pergi, kita pergi la.. Hehe. BUkan senang orang tu nak ajak tau. Biasa sampai gaduh aku nak ajak jalan2..haha.


So jom kita tengok cerita bergambar masa kitorang ke Hello Kitty town tu. Oh ya, kitorang ambil pakej Hello Kitty Town sekali dengan  All Park Pass. Rasanya berbaloi ambil Pakej All Park Pass ni sebabnya All park pass tu ada banyak game yang boleh anak-anak main. Anak-anak pun enjoy sangat. Ada Thomas and friend, Bob the builder dan macam-macam lagi la. Jom tengok cerita bergambar 


Harga Tiket masuk Ke Sanrio Hello Kitty Town dan Pakej All Park Pass.



Muka budak excited depan pintu masuk hello kitty town.


Ada show Hello Kitty. Suka gila Intan Masa ni Adam pon suke. Mak iNtan laaaagi la suke.. mihmihmih =)



Tengok muka mak budak yang engah kesukaan dapat salam the real Hello kitty.


Ruma hello kitty. Kat dalam ni apa je semua barang bertemakan hello kitty. Dari kerusi, lampu, meja, alatan dapur semua Hello Kitty Pink Putih Purple uolls. 


Ruang piano


Dapur Hello kitty


Kiut miut je barang-barang dai. Nasib bak melekat siap-siap kat situ, kalau tak, nak jugak bawak balik buat buah tangan.


Dapur idaman gitu 


Lepas tu kita perg kat aktiviti decorate biskut. Kebetulan dah pkul 3, kitorang pun tak lunch lagi, bila dapat bikut je, terus Adam ngap masuk mulut tanpa toleh kiri kanan pon.  Wau sedap! Aku, intan dan papa dia gigih mendeco biskut comel itu. Biskut boleh makan, boleh bawak balik. Sambil deko sambil makan choc chip..haha



Playground lautan bola. 


Barney and friend =)


setle explore hello kitty town, kita pergi kat thomas and friends pulak. Masa tu pun tengah ada show. Tapi tak banyak la snap gambar. Kat sini banyak Indoor game. Anak-anak suka sangat nih. Adam paling suka naik bas yang pusing ke atas tu. Haaa tolong gambar tak banyak .Jadi tak leh nak tujuk. 2 kali ok dia naik bas tu. seronok sangat la tu.


Kakak intan tak tak takut langsung main game ni. tinggi jugak la untuk paras budak-budak kan. Aku pernah naik yang real punya kat Genting dulu. Gila tinggi. Bila dah sampai atas, dia trun ke bawah laju macam tnak terhempas tu, tak jejak bontot aku kat kerusi tu. Seronok. tu..nampaknya mewarisi kebaranian ibu dia ni. Papa dia belum tentu beranai nak naikk benda macam tu..haha.


Game kicir angin. Comel je bapa bapa teman anak main. Intan tu diva sangat, request nak duduk sorang. Ingat aku percaya? Kang tak pasal dah sampai atas ida pergi berdiri macam mana Sakit jantung mak ko.


Pastu ada aktiviti pakai baju maskot ni. Tapi sayangnya aku lupa nak ambil gambar yang siap print di edit comelcomel tu. kalau tak boleh bawak balik sebagai kenangan kan. cis sungguh


Haaa aktiviti ni, menguji kesabaran. Intan buat kejap je. last2 aku ngan papa dia yang setelkan. Dah siap, orang tu ironkan pastu boleh bawak balik.. seronok.


Gitu la.. Banyak agi aktiviti sebenarnya. Dengan tak makan tengahari lagi, dari pkul 2 - 6 petang dalam tu. Tapi enjoy la dalam tu untuk anak-anak. Puas hati dah pernah pergi.  Next nanti boleh bawak intan main Indoorg kat genting pulak. Indor genting tak la semahal Hello Kitty Town ni aku rasa. Hehe..

Tuesday, February 28, 2017

Cuti-cuti Avillion Port Dickson

Lepas meroyan nak ke Port Dickson untuk holiday, akhirnya last week tercapai jugak hasrat aku nak ke sana. Setelah seminggu jugalah duk survey hotel yang best akhirnya aku pilih Avillion Port Dickson. Kriteria pertama dalam pemilihan hotel aku kali ni adalah bilik hotel mesti mengadap laut dan ada balkoni. Sebab percutian kali ni memang aku nak rehat dan relax dalam bilik memandang laut yang luas gitu. Kita pilih bilik Premium Water Chalet, bilik ni betul betul menghadap laut dan balkoni dia extra luas. Seronok sangat uolls. So nak memancing, nak bersantai aman dan damai sangat-sangat. Sumpah rasa tak cukup 2 hari satu malam duduk sini. Dah la banyak gila aktiviti best kat Avillion ni.


Dari segi keluasan bilik cukup untuk mai 4 beranak. Ada katil king yang selesa gila dan juga day bed yang cukup luas untuk Intan dan Adam.  Tnegok la kegembiraan intan yang melompat lompat atas katil tu. Seronok sangat boleh tengok laut dari katil je ha. Bantal pulak punya la banyak. Tak cukup ata katil tu, tu haa dalam almari pun ada extra bantal dan selimut. Kak Nora bagi 5 bintang untuk ini..muehehe. Kat balkoni luar pun ada 2 kerusi santai santai. Balkoni dah la luas, anak-anak seronok la. Aku yang ngeri sebab badan Adam tu halus cukup  muat je nak jerlus melalui pagar balkoni tu. So dia memang selalu kena kunci kat dalam time kitorang kat luar..haha.



Intan dan Adam the explorer. Ada je benda dia nak try test. 



Adam yang pandai berlakon menunjukkan aksi betapa selesanya katil dia dan kakak untuk hari tu. Konon. Kisah benarnya kul 2 pagi bangun tidur bawah ketiak ibu jugak..huhu. 


Balkoni yang besar dengan pemandangan laut yang luas. Seronok memancing kat sini. Suami bawak 1 je joran, dah bergaduh laki bini dua-dua nak mancing, nasib baik ada perkhidmatan sewaan jorang kat sini. Laki yang baik hati pun terus sewakan 1 jorang untuk bini yang konon konon pandai sangat memancing padahal ikat mata kail ngan batu ladung pun tak pandai. Sedih. Haha. Tengok laut tu.. Eee.. rasa nak pergi lagi je.


Untuk bilik Premium Water Chalet ni, kita dapat free evening Cokctail kat Avi Louge yang cantik gila. Tapi sayangnya tempat ni tak boleh bawak kids. So aku ngan husband terpaksa bergilir la makan. 



Sumpah cantik uolls. Ni la Avi Lounge. Hakak mampu ambil gambar view sipi je pasal belah sana ada group yang tengah minum. Tak kan nak snap gmbar diorang skali kan?


Laki hakak gigih ambil gambar sendiri kat sini. 



Yang menarik kat Avillion port dickson ni, suasa dia hijau ja. Binatang pun banyak. Haha. Contohnya merak ni, selamba je jalan sorang-sorang, tak da kandang pun. Anak-anak teruja sangat dapat tengok bird besar ni. 



Tak takut langsung. Jinak je. Cuma bila anak anak aku makin dekat, dia pun slowly berjalan menjauhi anak aku. Haha..Takut dikerjakan mungkin? Tapi kagum sebab pihak hotel biarkan je merak ni merayau tanpa pengawasan. What happen if ada pengunjung yang niat jahat cuik merak cantik ni masuk dalam beg diorang dan bawak balik?? Haaa. Jauh aku pikir kan. Hahaha






Ni masa merak ni acak acah sombong tak nak kembangkan ekor dia. 


Antara aktiviti kitorang hari pertama tu ialah mancing. Tapi sedey sebab time air pasang je (Pagi dan Petang) anak-anak ajak mandi swimming pool. Haaa padahal time tu la ikan banyak kan? Budak, selagi tak bawak, berzikir la dia kat telinga kita kan. So bawakkan je la. Mandi sampai petang.



Petang tu bawak naak-anak mandi swiming pool. Seronok sangat haih. Sampai tak nak balik bilik. Eh, budak budak ni. Tak pe, ibu korang kasi can, mandilah sampai penat, balik bilik terus tidur, boleh ibu ngan papa sambung mancing dengan aman pulak kan..

Dinner kita pergi Medan Ikan Bakar Port Dickson.  Lepas dinner kita sambung mancing lagi time anak-anak dah tidur.  Sampai 1 pagi ok aku gigih mancing walaupun ikan non hado sebab air dah cetek sebab makin surut. Aku excited lagi nak mancing walaupun dah 1 pagi, tapi sebab geng merangkap laki I dah surrender masuk tidur, idok lah aku berani nak tercongok kat balkoni tu memancing sorang-sorang kan? Heee.  Gitulah berakhirnya hari pertama. 


Hari kedua, lepas subuh aku dah semangat mancing lagi dikala lakiku masih mentido.. Air pulak tengah cantik, terus dapat ikan. Punya excited dapat ikan, terjerit jerit panggil laki suruh cabut ikan dari mata kail. Mancing pandai, nak tarik keluar ikan ngeri pulak. Haha. Pastu pergi breakfast, bawak budak budak mandi swimming pool. Pukul 10 nak balik bilik, lalu kandang haiwan haiwan comel ni.  Sekali timing baik, memang masa haiwan ni diberi makan. So kita boleh masuk dalam ni dan bagi haiwan ni makan.


Intan enjoy sangat dapat bagi makan arnab, burung, kura-kura dan ayam dalam ni. Semua jinak-jinak belaka uolls. 


Muka dah penat ni, Tapi masih excited bagi arnab makan. 


Tengok.. Jinak habis.  Adam takut bila burung tu cuba makan dari tangan dia. Dia main campak je makanan atas tanah..huhu. 


Lepas tu balik bilik, sambung mancing lagi kejap pastu mandi mandi dan berposing dengan ikan hasil mancing sebelum balik. Serius memang tak cukup 1 malam je kat Avillion Port Dickson ni. Pantai dia pun kita tak sempat pergi. Bilik maninan anak anak pun tak sempat jenguk. Banyak aktiviti boleh buat kati sini. Duduk 1 malam memang rasa tak cukup. Bila la Avillion nak buat sales, dapat . harga murah, confirm kitorang datang lagi. Hehe. KAlau dapat free laaagi la nak.Huhu.

Ok tu la review utnu kAvillion Port Dickson ni. Terima kasih daun kelad. Next time nak pergi lagi. =)














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails