Followers

Thursday, June 30, 2011

Perasaan Menjadi Mangsa Buli

Masa kecik-kecik dulu, dari tadika sampai darjah 3 kot, aku selalu jadi mangsa buli. Mungkin sebab keadaan fizikal time tu comot, tak pandai, tak meyerlah macam budak-budak lain da jugak sebab aku bukan jenis anak manja yang mak hantar jemput balik sekolah, datang time rehat sume tu kan. Yang selalu buli aku ni jeis-jenis anak manja macam tu la. Eee gerem bila ingat balik!

Ingat lagi cerita Azroy pembuli yang perah aku tampar dulu? Kalau tak ingat, baca kat sini.

Selain dia, sorang lagi budak lelaki yang aku ingat sampai sekarang sebab dia dulu memang buli aku gila-gila. Nama budak tu Rohaizad. Benci gila aku ngan dia masa tu. Dah la gemok, jahat, bodoh pulak tu. Nampak sangat aku geram kan? Pasal ape, die memang selalu buli aku sampai aku menangis. Dia paling suka ejek aku. Perah masa tu ada mak dia, dia punya sakan ejek aku itam, ejek nama bapak aku. Mak dia buat dek je... Bagus betul mak dia ajar anak. Sebab tu anak dia tak jadi ape sekarang ni..

Bukan lelaki je buli aku, perempua pun ada. Pompuan ni nama dia Anis Samihah. Anis Samihah. I ingat sampai sekarang nama u okeh! Dia ni masa tu comel, pandai tapi jahat! Sama la 2 kali lima denga Rohaizad ni. Tapi si Anis ni, sebab dia pandai kan, so lagi la sakan dia buli aku. Cakap aku bodoh, marah-marah aku lepas tu bila aku menangis kena marah dia ketawa macam orang gila. Pernah sekali tu, dia buat aku sampai menangis, time tu pulak ustazah datang nak masuk kelas, dia paksa aku berenti nanges sebab dia cuak takut cikgu marah die..

Then masa darjah 4 aku dah tak sekelas ngan syaitoon 2 orang tu. Si Rohaizad masuk kelas belakang-belakang, Anis Samihah pulak masuk kelas pertama dan aku masuk kelas kedua. Aman hidup aku. Masa tu dah aman kan, so hati aku pun terang la bila belajar. Aku dapat No 1 dalam kelas. Masa tu la bermulanya zaman kebangkitan seorang mangsa buli..

Masa tu la aku mula ramai kawan. Mengenali geng-geng bas sekolah aku si kakcik, ain, pekja, maisarah, johana, nana, lily, hani dan lain-lain yang mewarnai zaman sekolah aku dulu. Dah tak de zaman buli dah... Zaman kebangkitan katenye..

Belajar-belajar sampai dapat masuk MRSM, masuk matrik dan universiti.. Masa zaman u dulu, aku pernah terserempak dengan Anis Samihah tu kerja jadi cashier kat The Store.. Tak tau la part time or full time. Emm, budak pandai x kan full time cashier kot, part time la kot.... Si Rohaizad dan Azroy tak tau cerita... Tapi yang pasti, bila ingat mereka-mereka ni, aku rasa nak kembali ke zaman silam dan buli diorang balik...haha

Motip tetiba cerita pasal zaman kegelapan? Pasal terpandang muka diorang kat facebook tadi. Benci i....


Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Saya Perlu Kurus??


1. Untuk Kesihatan
2. Nak Pakai Baju Free Size Semula
3. Tak Nak Nampak Lebih Tua Dari Usia
4. Saya Tinggi. Nak jadi tinggi langsing bukan tinggi beso bapak.
5. Untuk bakal suami...haha..
6. Nak Cantik.
7. Nak Cantik
8. Nak Cantik.
9. Nak Cantik.
10. Nak Cantik.

Sekian, 10 sebab sebagai penguat semangat untuk misi mengurangkan berat badan yang entah ke berapa kali dilancarkan tetapi belum pernah berjaya dengan konsisten...

Thursday, June 23, 2011

Nak Menangis Bila Tau Ada Myvi Baru Warna Purple!

Benci. Benci. Benci. Boleh tak nak pulang balik myvi yang i baru bayar 2 bulan sekarang ni, lepas tu mintak tukar dengan myvi baru warna purple meletop ni? Huwaaaaaaaaaaa.... Tuhan je yang tau macam mana sentap nye hati ku inik sekarang bila tau myvi baru ni ada warna purple.

2 bulan lepas masa nak beli myvi yang sedang aku pakai sekarang ni, banyak orang tanya, tak nak tunggu myvi baru ke? Masa tu aku tak heran pun, sebab AKU TAK TAU MAYVI BARU ADA WARNA PURPLE! Kalau beta tau myvi baru ada warna unggu, pasti lah beta dengan sabar dan riang gumbira tak beli dulu myvi kelabu tu..

Ok, sekarang dah tak gembira. Rasa nak pukul orang. Bye.

Suara Ku Berharap....


Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku cuba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu.. meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo~
Suara dengarkanlah aku

Sunday, June 19, 2011

Untuk Lelaki : Pengajaran Dari Drama Nora Elena

Tak dapat lagi ke ambil pengajaran dari drama Nora Elena tu? Eid, iaitu tunang nora elena putuskan pertunangan mereka sebab cemburu buta yang bukan setakat buta tetapi bodoh. Akibat pemikiran sempit yang didorong oleh rasa ego yang tinggi.

Nora Elena yang sangat menyayangi Eid kecewa sangat-sangat dengan tindakan BODOH, BANGANG lagi tidak matang si Eid ni. Walaupun perasaan sayang masih menebal, tetapi maruah sebagai seorang perempuan yang di tuduh, dihina, dan yang paling teruk di buang, di putuskan pertunangannya menukarkan SAYANG kepada KEBENCIAN yang semakin menebal.

Nora Elena tabah putus tunang akibat cemburu buta si Eid yang bodoh itu. Kerana tidak mau memalukan keluarga, Nora elena berkahwin dengan lelaki lain tanpa rasa cinta... Dalam kekecewaan putus tunang, ditambah lagi dengan kesedihan terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak di cintainya, Nora Elena REDHA..

Tapi.. Tapi.. Tapi.. Allah itu maha berkuasa, Allah itu maha mendengar dan Allah itu maha adil... Nora Elina akhirnya bahagia juga bercinta selepas berkahwin manakala bekas tunangnya, Si Eid, merana dan kecewa seumur hidup kerana sikap BODOH, BANGANG, STUPID nya yang terlalu cemburu buta yang gila over meroyan itu menyababkan dia melepaskan Nora Elena yang suci dan sebenarnya langsung tak bersalah itu....

Menyesal tidak ada guna kan? Sasaulah kau sorang diri kerana kebodohan dan cemburu buta kau tu..

MOTIP ENTRI INI : Ditujukan kepada semua lelali diluar sana supaya sedar betapa kebodohan cemburu buta yang tidak berasas dam kesempitan pemikiran boleh mengundang penyesalan buat seumur hidup kamu.. kamu.. kamu..

Sekian Terima Kasih.


Wednesday, June 15, 2011

Siap Sangka Siapa Menduga

Lately ni sangat la sibuk menggila tak terkata. Kesian kat diri sendiri. Mana nak kejar nak close projek, mana nak kejar mulakan projek baru.. Dush.. tu baru kat opis. Balik rumah sibuk pulak dengan cupcakes. Aktif gila gua rasa 2 minggu ni. 2 hari tidur kul 4.30 pagi, ada tu pukul 5.30 pagi dah terpacak kat opis sebab nak outstation ke kuantan. Balik hari je beb. JB - Kuantan. Mau tak lemah longlai badan akak dik.

Tapi hari ni rasa free sikit. Sikit je, tak banyak sebab balik rumah x perlu wat cupcakes, tak de org tempah kan. Jadi dalam kereta on d way balik kerja tu nak meriangkan hati akak karaoke la sorang-sorang. Nak pergi Ali baba madang tak sempat je kan. So karaoke la sorang2 dalam kereta. Syok jugak. Ok lagu pilihan kita petang tadi ialah Siapa Sangka Siapa Menduga by Liza Hanim.

Artis karaoke syok sendiri versi dalam kereta

Eh feeling gilak lagu tu tau. Dah la merdu suara Liza Hanim tu. Lagu pulak best, makin terover feeling la i kan..hehe. Ni i tepek video dan lirik lagu Siapa Sangka Siapa Menduga. Best oo.. suke sangat lagu jerit-jerit cam ni...



Lirik Lagu Siapa Sangka Siapa Menduga - Liza Hanim
Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan Kehendakku
Tabahku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan
Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang di bina
Teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku
**
Tinggallah aku
Kini seorang diri
Ke sana dan ke mari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi
c/o
Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada ku pinta
Kerana hidup bahgia sentiasa
Tanpa sengketa
Yang ku kesalkan
Dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana ku sungguh menyintaimu
Hidup aku berteman
Rindu tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata
(repeat ** until end)
Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan Kehendakku
Tabahku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan



Sunday, June 12, 2011

Aktiviti Sihat - Aerobik Bersama Rakan Sekerja

Yeah kelas kedua earobik bersama officemate di Fun To Fits Aerobic & Dance Studio. Sangat bersemangat dan teruja.

Cikgu nya pun bersemangat and ceria sentiasa. Aktiviti bulanan syarikat ni tau. Kalau jd aktiviti minggguan pun best ni, msti kuncup badanku lepas tu.. Muahahaha...


Wednesday, June 8, 2011

Sedang Cuba Menggembirakan Hati Sendiri







Fakta Dan Auta Tentang Bidang Sains Komputer

"Ape? Course Sains Komputer? Tak bagus la.. Susah dapat kerja. " Tu ayat beberapa orang yang mendownkan aku masa aku beritahu keputusan UPU aku dapat cos Sains Komputer 6 tahun lepas. Masa tu rasa down gile, dah la dapat cos yang tak minat, lepas tu orang cakap macam tu plak. Tapi aku gagahkan juga masuk UTM dengan cos tu.

Pejam celik pejam celik tamat 3 tahun belajar. Alhamdullilah, masa final sem tu, masa final exam aku dapat panggilan temuduga kerja. Dan paling best, aku di pilih dan start kerja sehari lepas last paper final exam..haha.. Masa tu aku ketawa dalam hati. Ketawa tu aku tujukan kepada orang-orang yang kata aku mesti susah dapat kerja bila habis belaja dulu tu...

Dah terbukti silap kata budak Sains Komputer susah dapat kerja. Cuba bukak jobstreet, bidang ape yang berlambak jawatan kosong? Bidang Sains Komputer, IT la antaranya. Yang susah dapat kerja tu mungkin kurang skill, terlalu memilih, atau tahap konfiden kurang... Sekarang kena bersaing dik, berusaha untuk meningkatkan diri. Masa belajar bila buat projek jangan nak copy atau upah orang buat sistem, lingkup ko nanti.

Ok, pernah sekali tu, ada sorang member aku ni, dia baru nak sambung degree, dulu dip dia ambil eletronik, masa belajar elektronik tu di jatuh cinta dengan programming, so degree dia nak ambil sains komputer. Bapak dia marah, "kalau setakat nak blaja komputer tak payah masuk u pun boleh.." Sampai hati bapak kan.

Kitaorang amik sains komputer ni bukan belajar microsoft word, power point sume tu tau bapak. Kami belaja programming, kami buat software, kami develop system dan macam-macam lagi yang berkali ganda x 1000 lebih rumit dari word, power point tu sume. Ingat senang? Sampai botak-botak kepala sebab keguguran rambut akibat stress buat coding tau.

So kepada bakal-bakal graduan Sains Komputer, jangan la adik-adik risau atas pandang rendah orang-orang yang tak tau pasal bidang kite ni. Sumpah diorang tak tau, tu yang memandai cakap je tu. Belajar elok-elok, develop skill semaksimanya masa belajar supaya boleh demand gaji bila kerja nanti. Jangan main-main, gaji orang IT tu boleh tahan lumayan kalau punya skill yang mantap!!

Dan kepada orang luar bidang Sains Komputer, jangan pandai-pandai cakap kalau tak tau. Semua orang ada kelebihan masing-masing, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain.

p/s : Dulu tak suka, tapi sekrang rasa best gile dukung beg laptop pegi balik kerja.... =)

Tuesday, June 7, 2011

Kepingin Home Made Cheese Cake

Gambar kredit to blog kak nojj tokey cheese cake

Hai la... Sejak minggu lepas mengidam nak makan cheese cake. Tak nak yang beli kedai. Nak yang home made punya. Ni la akibatnye kalau tiap hari duk usha blog kak nojj yang tengah hot dengan cheese cake pelbagai jenis dia tu.. Sedap oh.. menggiurkan betul gambar die. Kan? Kan? Kan?

Kalau dekat dah order dah.. Ni jauh la pulak. Hai la.. Hai la.. Hai la... Kena singgah jusco gak balik keje sok ni cari barang nak buat cheese cake sendiri..

Saturday, June 4, 2011

Maaf Kerana Sudah Tiada Maaf Lagi Untuk Kamu


Bukan pendendam. Tapi cukup la untuk kesekian kalinya maaf itu aku beri. Janji aku bukan permainan. Janji aku bukan untuk di perlekehkan. Aku seorang perempuan berhati lembut bukan berhati lembik.

Lembut dan lembik itu tak sama wahai anda...

Friday, June 3, 2011

Perempuan Purple Sudah Semakin Dewasa

Perempuan purple yang muka semakin membolat ini sedang tabah menghadapi dugaan dan pancaroba hidup. Sudah mula merasakan hidup sebagai orang dewasa yang penuh dengan tanggungjawab.

Semoga kedewasaan mengajar erti hidup, semoga tanggungjawab mengajar erti bertanggungjawab, semoga dugaan mengajar erti kesabaran dan semoga pancaroba mengajar erti kekuatan!


Thursday, June 2, 2011

Rasa Nak Lempang Je Kapel Tu

Hai. Bosannye tengok blog sendiri ni sekarang. Dah tak macam dulu. Maybe reader pun dah lari sebab aku jarang dah update, tunggang terbalik hidup, kejap update, kejap tak. Pastu kalau update pun citer tak hot mane, holaahai menyampah kan?

Hai nasib la badan... Akhir-akhir ni tak ada la benda yang menggembirakan, hidup biasa-biasa je. Bagun pagi, drive ke office, masuk office kerut-kerut dahi buat kerja. Cukup time balik rmah. Tapi hari ni melencong ke Sutera Mall pulak balik dari office tadi. Saje nak cuci mata, tenangkan otak, luaskan minda. Duk sempit je kat screen komputer dari pagi sampai petang kan..

Dengan malas-malas melangkah sorang-sorang ke sana. Biasa la, aku memang biasa berjalan ke mall sorang-sorang time kepala serabut. Tak payah nak pelik. Dari second year blaja kat utm kot.. Jalan sensorang bila bergaduh ngan tunang yang dulunye bf.

Jusco taman u tu la tempat nye dulu. jalan sorang-sorang cari barang untuk kudap kudapan kat hostel, cari megi bagai kan. Pastu bila nampak kapel duk gedik-gedik manja nak pilih megi pun macam nak pilih rumah, siap nak berpeluk-peluk depan mate memang menyirap la darah i. Rase nak hempuk-hempuk je ngan megi tu kan...

Mane tak menyirap, kite dah la gaduh ngan bf, jalan sorang-sorang bawak diri, kapel ni boleh plak nak bercerengkarama depan kite kan. Silap besar la kan. Merobek hati dan perasaan ku ini.uhuk.. Lempang kang.. Ha.. Begitu la kisang rasa nak lempang je kapel tu bermula...

Hehe.. =)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails