Hai, berzaman kan nak update cerita pasal honeymoon kat Langkawi tu. Baru ni la nak sambung part 2 nye. Maaflah, tuan blog tengah sibuk membizi dengan kerja dan bisness baru katanya...haha. Thanks kepada yang teruja jugak nak tau kisah seterusnya kat Langkawi ni. So untuk part ni, malas la cerita panjang, layan gambar yang berlambak ni je okeh.
Hari kedua, pagi-pagi buta lepas breakfast kat hotel terus la kami bergegas nak pergi Island Hopping. Pakej yang kitorang amik start pukul 9 pagi. So ni la gambar pagi-pagi kat hotel sebelum pergi Jeti Kauh untuk ber island hopping dengan gembiranya.
Ok muka confius nak sesat jalan. Padahal bukan jauh pun jeti kuah tu dengan bella vista hotel tu. Sampai je sana ada lagi satu family singapore yang ikut trip island hopping ngan kitorang pagi tu.
Ha masa ni nak naik bot dah. Masa ni, ade pakcik amik gambar, lepas siap island hopping dia dah siap print kan gambar kitorang kat atas piring comel. RM 5 je dia jual. Murah dan comel. Sangat la sesuai untuk di beli buat kenangan. Oh gambar kat atas ni pun die yang tolong snap kan guna kamera kitorang. =)
Jeng jeng jeng... meriah laki akak. Baju purple, seluar biru, kasut merah..haha. Destinasi pertama yang bot tu bawak kitorand adalah pantai beras basah. Sebelum ni masa pergi Langkawi first time, aku pergi Island Hopping pakai cantik-cantik, jeans bagai, tudung lilit-lilit lagi. So, memang la tak dapat nak berendam air laut.. So, kali ni, aku pakai santai-santai siap-siap.
Santai la sangat kan. jadi boleh la aku mandi laut dengan riang gembira. Tapi bengang ngan en suami yang tak nak mandi laut. Mengade sangat kan. Tak nak basah la, ape la. Jadi duduk la beliau main pasir je kat tepi pantai. Aku sorang-sorang mandi laut.Tak kira la... Nak jugak walau sorang-sorang...
Tu aksi orang tak nak mandi laut. Tukang jaga bag sambil main pasir. lepas puas mandi, bot bawa kitorang ke destinasi kedua pulak, iaitu untuk tengok eagle feeding. Tak jauh dari pantai beras basah. seronok tengok helang makan. Besar-besar pulak tu. Banyak sangat.
Pengantin baru dalam bot. Panas terik tak hingat. Nasib baik angin laut kuat.
Lepas tu kitorang dibawak ke pulau dayang bunting pulak. Tempat ni pun aku teruja nak pergi gak. sangat cantik dan tenang...
Yang istimewanya pulau dayang bunting ni, di tengah-tengah pulau, ada tasik air tawar yang sangat cantik. Aku suka sangat, Dan macam biasalah, aku mesti la teruja nak berenang kan. Puas ajak suami saya tu, mula-mula dia tak nak. Siap tolak lagi aku terus masuk dalam tasik tu sebab beria sangat aku nak mandi kat situ. Nasib baik dah pakai life jacket. So terapung la aku sensorang mula-mula kat situ sambil dia ambil gambar.
Mula-mula takut ooo walaupun dah pakai life jacket. Ye la, dalam tasik tu oi, kaki tak jejak okeh, tak tau berapa dalam. So mula-mula tu agak payah nak imbangkan badan. Tapi bila dah 5 minit, amboi, gembira sangat, siap buat macam-macam aksi. Lepas tu, baru la en Hilmi kita pun nak jugak join mandi. Malah, beliau menjadi lebih excited dari saya! Buktinya lihat lah gambar bawah ni...
Yeaaaaaa... Main terjun-terjun.. Gembira sangat gamaknye. Tapi seriously memang gembira dan seronok. Kepada korang yang nak pergi sini, aku bagitau awal-awal la, pakai la pakaian sesuai untuk bberenang. Kalau pakai jeans, kan payah, dan menyesal sebab tak dapat terjun kat tasik dayang bunting ni..hehehe
Ok next, lepas habis Island hoping dalam pukul 1 petang macam tu, kitorang pun balik la hotel. Mandi-mandi2, tukar baju siap-siap cepat-cepat dan selaju yang boleh sebab nak pergi naik cable car pulak. Hei, dari pengalaman lalu, susah nak dapt naik cable car time cuti sekolah ni. Ramai gila orang beratur dan takut cuaca tak baik, tak dapat terus naik. Tapi alhamdullilah, hari tu tak lama sangat beratur dan cuaca pun ok.. Puas hati sangat dapat naik cable car Langkawi,
Tinggi gila okeh. Pemandangan pun menarik. Siap makan burger kat station atas sekali tu, Makan jugak walaupun mahal gilosssss. Lapar kot. Dah pukul 4 tapi tak makan tengahari lagi...hehe. Dah turun bawah, kitorang makan chicken chop pulak kat satu kedai yang dekat ngan kawasan parking. Sedap tapi agak berjanggut menunggu..
Lepas tu pergi perkampungan mahsuri. Kat situ ade muzium, makam mahsuri dan rumah-rumah tradisional. Bayaran masuk Rm5. Gambar aku memang tak ade sebab dah penat gila.. Nak balik nak balik... Tapi suami saya masih gagah berjalan ke sana sini. Sayang, amik gambar, sayang, amik gambar. Baik lah... baik lah..
Lepas tu, tak balik lagi, pergi pulak Beras Terbakar.. Cari kain batik. banyak gila borong. Sampai kena tahan dengan kastam masa nak balik kat jeti.. Haha... Mane la kakak tau tak boleh beli kain batik sampai sedozen kat langkawi! Mak mertua pesan, so beli la... Pastu pandai sangat simpan semua dalam satu beg. Kan nampak sangat macam nak menyeludup tu...haha.
Mangrib hari baru balik hotel semula. Malam tu, kitorang makan kat area hotel je. Sedap dan murah. Ok tu je la. Penat nak taip lagi dah...huhu
=)