Motip gambar ketam di malam raya? Maknanya beraya kat Johor Bahru yang tercinta la.. Sangat gembira dan tenang rasa hati. Tenang setenang tenangnya... Walaupun suami tak dapat ikut balik Jb sebab kerja tetapi kami dua beranak adalah sangat tabah. Huwhuw.. Sangat heppi sebab dapat makan semua yang rasa nak makan. Ketam ni, seminggu sebelum balik JB dah call mak cakap nak makan ketam. Nah hambik, 4 kilo mak I tempah kat kampung. Fresh dari laut.
Kukus semua, separuh ratah begitu sahaja anak beranak, separuh lagi masak lemak cili padi. Sangat lah umppph gila babas. Lauk malam raya. Makan pulak dengan nasik panas. Lagi la terangkat kan? Ketam masak lemak cili api tak sempat nak snap gambar. Sangat menggiurkan... Sampai makan dengan khuysuk sampai lupa snap gambar..hehe..
Lauk untuk pagi raya pulak ayam masak merah, sambal goreng, sup tulang dan rendang daging. Sangat la best.. Ketupat jangan di lupa, tengah merebus atas dapur tu ha... Macam ni la baru raya... Best gila...