Followers

Saturday, October 13, 2012

Masa Dah Tiba, Perut Membesar, Mari Shopping Baju Mengandung

Masuk bulan ke 3 mengandung,  berat naik 2 kg. Ukur lilit pinggang makin besar, menyebabkan perut  sangat la sesak, sakit dan tak selesa bila pakai seluar kerja mahupun seluar jeans. Pakai baju kurung atau skirt tahan lagi sebab  boleh tarik kain sampai atas perut. Tapi bila seluar, memang terasa hazabnya lebih-lebih lagi bila duduk. Ni semua petanda nak kena shopping baju mengandung dah ni kan.  

Sepatutnya rasa happy bila sebut pasal nak shopping ni, tapi ntah lah, lately ni rasa stress je. Malas pikir pasal shopping. Mungkin stress sebab perut tak selesa pakai seluar kot..huuu. Tapi yang pasti stress kerja menambahkan tahap stress dalam diri ibu mengandung ni. Kesibukkan kerja dan kestressan kerja jugak la punca aktiviti shopping baju mengandung asyik bertangguh. Sometime semua benda aku nak salahkan pada kerja. Jauh dari suami sebab kerja, tak dapat shopping sebab kerja, semua nak salahkan kerja.

Padahal... Tidak la semua punca dari kerja.. Banyak lagi faktor lain. hati yng sensitif bukan main sekarang ni pun punca stress jugak. Kadang, tengah buat kerja atas meja ofis boleh mengalir air mata tanpa boleh di tahan tahan.  Masa tolong la cepat berlalu... Cepat lah tahun depan, cepat lah bulan April.. Cepat lah beranak supaya boleh cuti lama sampai 2 bulan berehat rehat kat Johor Bahru yang tercinta dan dirindui....


1 comment:

cik chinta said...

3 bln da nk bli bj ke? kt hrp sgt ble pki bj kurung g kje spi akhir2, hu2. mls nk soping bj nandong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails