Followers

Monday, October 8, 2012

Long Distance Relationship Selepas Kahwin


Menjalani kehidupan sebagai suami isteri jarak jauh bukan lah satu perkara yang mudah. Lebih lebih lagi kepada pasangan pengantin baru. Ok dah 5 bulan kawin boleh kategorikan sebagai pengantin baru lagi tak? Huihuihui... Masih boleh la kan..Tambah lagi sayu sedih nye lagi bila cuti pun tak sama. Kita cuti sabtu Ahad, dia pulak cuti Selasa Rabu. Acener tu? Weekend aku balik Pahang dia kerja, Selasa Rabu dia datang KL aku pulak kerja.  Boleh bayangkan?? Sadis sahaangat ye kawan kawan. 

Dan sejak kawin dari bulan 5 hari tu sampai la masuk bulan seploh dah ni, last kami bercuti sama-sama, berjalan dengan riang gumbira adalah masa honeymoon ke Langkawi. Tu je lah. Lain-lain tarak ye. Nak balik JB berdua pun gila payah. Paling-paling pun bila dia datang KL,sebab siang aku kerja,malam la kitorang berjalan, ke mana? Ke Jusco tak pun Carefour. Haha, menarik sangat kan destinasi berjalan-jalan itu... Tu pun sebab nak beli barang keperluan aku.

Adelah aku sangat teringin nak pergi berkelah di tepi pantai, berjalan-jalan ke Melaka, bersuka ria ke Genting Highland, menghirup udara segar kat Cameron highland. Tapi itu semua hanya lah angan-angan je buat masa ni. Kena tunggu awal tahun depan, cuti dia bertukar kepada sabtu ahad baru lah boleh termakbul katanya. Sedih yeeee. Bulan Jan 2013 perut aku dah besar mana nanti, ape hal nak pergi Genting masa tu? comfirm semua game pun tak sesuai nak main. 

Menjadi perempuan mengandung 3 bulan yang mana walaupun perut masih comel comel lagi kebesaran dia, tapi hati sangat lah tisunye, lembik dan mudah berair.. Nasib baik lah si suami pandai memujuk hati yang berduka lara walaupun aku selalu emo lebih-lebih.. Eh tapi aku rasa memang patut emo lebih untuk tarik perhatian....
  

1 comment:

Unknown said...

takpelah yang atleast boleh jumpa lagi.. jijah lagi la dari bercinta sampai dah kawen 10bulan lagi jauh PJJ sabah-n9..suami balik 3bulan sekali jer..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails