Followers

Monday, April 28, 2014

Bini Yang Kuat Berjalan

Aku kan memang jenis tak sabar, lagi-lagi bab jalan-jalan, memang tak sabar... Semalam kan rasa teruja sangat nak pergi melaka dengan tiba-tiba... Lalu, bila husband balik kerja je terus buat suara manja sikit, buat-buat tanya dia cuti ke hari ni? Jom pergi Melaka...  Macam Melaka tu 2 jam setengah je dari sini. Macam jb - Melaka je aku rasa.

Takyah la syg. Kite kena simpan duit.. Kita kan nak ada  rumah.. Nanti nak kene beli perabut serba putih, sayang kan nak perabut warna putih.. Pastu nanti nak pergi shopping kat Ikea beli barang rumah, syg kan nak pergi Ikea nanti.. Pastu nak cat bilik Intan warna pink lagi, banyak tau nanti nak pakai duit...

Sajaaaaaaaaaaaaaa je... Saja je cakap benda-benda yang aku memang nak, memang impian, yang tiap hari aku zikir kat telinga dia... Motip, nak suruh jimat cermat lalu tidak payah pergi holiday... Amboi sangat, kalau bab buat kereta tak pulak dia sebut semua semua tu... Sesuatu sangat kan orang lelaki ni kalau berkata-kata..

Tapi tak peduli tetap aku zikirkan di telinganya .. Nak pergi Melaka.. Jom Pergi Melaka... Jom abg... Jom Melaka.. Jom la pegi Melaka... Nak di marah, bini ni mood baru nak baik dari merajuk, kang di marah takut merajuk lagi.. Lalu dia pasrah dan berkata.. Kita pergi Genting je la.. Dekat sikit.. Jauh la Melaka tu....

Yeay!!!

Sunday, April 27, 2014

Mood Nak Bercuti

Seriously.. Memang mood menggila nak bercuti.. Tapi tak tau la bila dapatnya...Nak Pergi Melaka Please... 

Nak stay kat hotel yg ade water theme park tu, tak ingat namanya.. 
Pastu nak naik beca hello kitty kt bandar hilir, 
Nak pergi muzium dan nak pergi zoo.. 
Oh tak lupa nak makan ikan bakar juga..


Thursday, April 24, 2014

Ajaibnya Seorang Emak


Saya Mak Intan
Minggu ni aku sangat emosi. Emosi sangat-sangat. Selain faktor datang bulan, mungkin sebab banyak sangat pikir buat aku sensitif dan emosi sangat.. Sampai satu tahap,ada satu hari tu, tengah tengah malam, duk kelip kelip mata sorang-sorang pikir itu ini lepas tu stress gila sorang-sorang sampai rasa tak boleh tahan sangat stressnya lalu menangis teresak-esak, tersedu sedu. Rasa tak boleh kawal sangat perasaan sampai kejut suami pagi pagi buta.. Terkejut dia tengok aku menangis macam nak apa.. Dia tanya kenapa menagis pagi-pagi buta ni sayang oii, abang nak kerja esok pagi ni... 

 "Nak Pindah..."
"Sayang nak pindah.."

Sambil menangis tersedu sedu macam budak kecik kena cubit ngan bapak dia..  Tebiat ape pagi pagi buta nak pindah kan?? 

Tak tau la pasal pe emosi sangat. Suami keluar kejap pun merajuk, nasib baik la dia macam faham situasi aku yg emosi menggila sekarang ni, tetap sabar pujuk.. 

Eh jap, rasanya aku tau kot pasal emosi sangat, sebab aku cepat rasa lonely,terutama bila husband pergi kerja, bila dia tidur pun aku rasa sunyi..melampau sangat kan ko aini. Aku tak ada kawan beb kat sini. Tak da kawan mcam dulu boleh ajak keluar bila boring, atau boleh ajak lepak bila stress. Paling teruk, tak mampu nak drive bawak diri kemana mana sendirian untuk happykan diri macam dulu sebab segalanya jauh!  Now, bila stress, boring, ko hadap la sorang, suami ada kat rumah baru kurang rasa sunyi. 

Can you feel what I feel?? 
hurmmm...

Lantak kau la Aini, ko punya hidup <------------- font="" kata="" korang="">

Bagitu la... Eh sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ni, tajuk aku ialah pasal Mak. Ajaibnya seorang mak ni, bila kita rasa down, stress, sedih sangat dan tak de siapa di sisi kita waktu tu (suami pergi kerja), tiba-tiba je Mak call.. Walaupun Mak sekadar nak tanya pasal baju raya yang aku tempah nak buat kain duyung ke kain lipat depan, hahaha.. tapi dengar suara dia dah cukup buat kita senyum balik! seriously..  

Sejak bujang lagi sebenarnya.. Sejak duduk jauh dari famly, aku pindah KL kadang ada masalah ke, stress kerja ke kan, tiba-tiba je mak call, tanya khabar, macam tau-tau je kan.. Walaupun aku jarang share masalah aku pada mak sebab aku nak mak anggap aku dalam keadaan baik-baik sahaja sentiasa, tapi bila berbual dengan dia rasa separuh dari masalah atau stress tu hilang...

Ajaibkan seorang emak??? 



Sunday, April 20, 2014

Promosi Harga RUntuh Personalized Buku Doa & Surah Yassin !!


Nak iklan sekejap ye. Bulan ni ahkak berbesar hati membuat promosi HARGA RUNTUH, JATUH TERGOLEK untuk Buku Doa Amalan Harian Version 2 dan juga Surah Yasin. Harga memang jatuh habis. Saja ahkak buat promosi khas untuk bakal bakal pengan tin musim perkahwinan pertengahan tahun 2014 ni.

Spesifikasi Buku Doa Amalan Harian & Surah Yasin Masih sama ye walaupun harga murah dari biasa;
- Saiz A6 iaitu 10.5cm x 14cm.
- Mengandungi 46 Doa Amalan Harian.
- Cover : Gloddy Art Card 230gsm
- Content : Glossy Art Paper 100 gsm


Penurunan Harga Buku Doa Amalan Harian & Surah Yassin Doorgift untuk promosi ini ;
800keping = RM 1.30
1000 keping = RM 1.10
1500 keping = RM 0.90
2000 keping = RM 0.80

Lagi best, Untuk promosi ni, anda dapat;
- Free Postage ke semenanjung Malaysia
- Free of charge jika nak request new design!

Apa tunggu lagi,bagitau adik abang kakak, pakcik makcik semua pakai ramai2 tempah sekarang sebab;

PROMOSI INI AKAN TAMAT PADA 30 APRIL 2014!

Selepas dari tu jangan tanya nak harga promosi lagi sebab nanti akak yang nangis dik non memanjang nak promosi... Sekali sekala buat harga promosi ni x pa, sepanjang tahun, nayaaaaa...hehe  =) So, sila tempah sebelum terlambat;

Sms/whatapps  - 0127164176
email - cccdoorgift@gmail.com


Saturday, April 19, 2014

Happy First Birthday Intan Darina!

Haii... Seminggu lebih dah lepas Birthday dak Intan ni mak ko baru nak up cerita kat blog...haha.. Penangan cuti-cuti JB seminggu katanya, Balik pahang terus pening lalat baca email, whatapps, sms customer satu2.. Punya la banyak.. 

Layan je la gambar dulu ye..


Kek intan, Choclate Moist yang tak berapa moist.. Tapi cantik.. Suke sangat


Simple je docoration oleh ibu , papa dan pak cik dayat. Penat ibu tiop belon sume.. Papa ngan pak cik dayat tiup sorang satu je.  Cupcakes dan blueberry cake tu jiran yang bagi. Sedap sangat. 


Ni masa anak2 sepupu I baru datang, Intan mood tak berapa ok malam tu sebab dia tak tidur langsung siang tu, pastu badan diadah start dedor dah nak demam..



Teruja tengok orang ramai sangat kat umah


Akhirnya poting kek. Masa ni pun dia tak da mood sangat. Bagi pegang pisau, habis nak di cincangnya semua kek..haha


Pastu bagi dia makan kek sendiri, baru seronok sikit..


Makan puas-puas


Makan comot-comot..


Habis je orang datang malam tu, terus tidur  kan di dulu baru kemas umah. Esok paginya ajak buka hadiah pun bad mood sangat...

Tu la cerita birthday Intan kat JB, Nanti continue cerita Birthday Intan kat Pahang pulak










Tuesday, April 1, 2014

Preparation Untuk Birthday Intan

Next week kita akan balik JB yang tercintaaaaaaaaa. Dan next week juga kita akan sambut birthday Intan kat JB. Sebenarnya sebelum ada anak lagi, masa bujang lagi aku dah berangan nak buat birthday party yang best-best untuk anak aku.. Apa lagi kerja aku pulak memang bab bab doorgift dan design mendesign ni kan.. Dulu masa majlis Aqiqah Intan aku tak sempat nak prepare yang best2 untuk intan. Sebab masa tu aku masih dalam pantang.

Sekarang, ada masa, ada peluang, so aku buat la yang best sikit untuk Intan. Nanti dia besar nanti bila dia tengok gambar sambutan birthday dia yang pertama, dia happy... Gituuuu... Perasaan mak mak je aku sekarang kan.. First birthday je la ye Intan, Second, third tak tau lagi la cam ne ye... haha..

Ok la, nak share preparation dari segi art work je... Yang lain-lain nanti lepas majlis la cerita.. Ni lepas ni sapa nak copy, nak tiru, nak modified idea ambil la.. I is tak kisah.. Sekarang ni konsep kita ialah SABAR, IKHLAS dan REDHA.... Gitu... Akan ku semat dalam sanubari sentiasa....=)


Ni cover untuk buku doa. Harap2 kalau 50 orang tetamu yang baca doa kat cover  belakang tu, makbul lah doa tu.. Amin.. 

Yang ni cadangnya sebagai editable image untuk birthday cake Intan nanti..  Gamabar paling latest Ibu letak nakkk.. Lagi comel dari Hello kitty kiri kanan tu..=)


Ni pulak design untuk paper bag goodies.. Siap dah print.. Malas la nak mengankut printer ke JB


Ni pulak untuk sticker lekat kat paper bag. Gambar je besau sebba resolution besar mak haii.. Stickernye aku print kecik cinonet je, besar duit 50sen je haaa...

Pehal semua ada hello kitty kan? Tema dia hello kitty la mak hincik.. Ibu Intan kan suka sangat hello Kitty. Motif birthday anak nak kena ikut kegemaran ibu??? Haaa... Motif dia adalah untuk memupuk keserasian antara ibu dan  anak.. Kononnye la.. Padahal memang Ibu ko yang over excited sgt.

Ok tu je la... Yang len nanti mak update lepas majlis.. Dah balik JB tu pepaham je la, rajun pulak aku nak mengadap blog kan nanti.. Heeee... 

Bye

P/s : MAISARAH ANUAR, ko baca blog aku tak yah nak khusyuk sangat k.. Buat kerja opis tu, jangan nak ngulor je! Haha.. datang  k jangan tak datang next week tau...

Sabar, Ikhlas & Redha

Bismillahirahmanirahim...

Saat posting ini aku taip, mata aku pejamkan sekejap.

Aku selalu bercakap dalam hati macam mana aku nak ikhlaskan hati kalau hati aku sendiri tak redha dengan apa yang terpaksa aku hadapi.  Aku tak redha.. Maksudnya aku tak boleh terima dan tak nak terima apa yang terpaksa aku terima.

Dan bila hati aku tak ikhlas, maka banyak la perkara menjadi lebih payah, kurang manis, kurang gembira dan segalanya seba kekurangan bagi aku sekaligus menjadikan aku menusia yang tidak tahu sabar. Maka menambahkan lagi perasaan tidak redha aku.

Satu hari aku tanya pada diri aku sendiri, sampai bila aku nak hidup dengan perasaan tidak redha? Tidak ikhlas? Tidak sabar? Padahal aku tahu, Semua perkara telah Allah tentukan. Aku tak redha maksudnya aku tak terima ketentuan Allah. Berdosakah aku? Lalu aku mencari solution, formula bagaimana caranya supaya hati aku redha dengan semua yang terpaksa aku hadapi.

Bersangka Baik Pada Allah

Percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Hati aku memberontak mengatakan banyak benda yang lebih baik jika aku dapat memilih jalan yang aku suka, banyak benda yang buruk bila terpaksa
.mengikut jalan terpaksa ini. Ya Allah, aku hampir terlupa setiap yanh berlaku, setiap kesusahan, setiap kepayahan Allah akan balas dengan hikmah yang tak terjangka... Mungkin hikmah itu adalah sejuta kali lebih baik daripada apa yang aku mahukan sekarang.

Hargai Apa Yang Masih Ada

Adanya suami dan anak tercinta sentiasa dekat dengan aku sebenarnya adalah benda terpenting dan pling berharga dalam hidup aku. Aku perlu singkirkan segala perasaan negativ lain sebenarnya untuk menikmati kebahagian yang tidak ternilai ini dengan semaksimumnya. Lupakan unsur negatif, fikir dan ingat perkara yang paling berharga ini yang patut aku utamakan..Dunia ini semntara, jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Ya, aku sedang belajar untuk redha..  Aku sedang mendidik sabar dalam diri aku , memupuk redha dalam hati aku, dan menyemai ikhlas dalm hidup aku,  semoga, dengan keredhaan hati menerima semua ketentuan Allah ni memberi 1001 hikmah yang tiak ternilai buat aku dan keluarga kecil ini, Ibu, Papa, Intan.

Ya Allah... Aku sedang berusaha untuk redha dengan semua ketentuanMu...

Ya Aku sedang belajar untuk redha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails