Followers

Tuesday, April 1, 2014

Sabar, Ikhlas & Redha

Bismillahirahmanirahim...

Saat posting ini aku taip, mata aku pejamkan sekejap.

Aku selalu bercakap dalam hati macam mana aku nak ikhlaskan hati kalau hati aku sendiri tak redha dengan apa yang terpaksa aku hadapi.  Aku tak redha.. Maksudnya aku tak boleh terima dan tak nak terima apa yang terpaksa aku terima.

Dan bila hati aku tak ikhlas, maka banyak la perkara menjadi lebih payah, kurang manis, kurang gembira dan segalanya seba kekurangan bagi aku sekaligus menjadikan aku menusia yang tidak tahu sabar. Maka menambahkan lagi perasaan tidak redha aku.

Satu hari aku tanya pada diri aku sendiri, sampai bila aku nak hidup dengan perasaan tidak redha? Tidak ikhlas? Tidak sabar? Padahal aku tahu, Semua perkara telah Allah tentukan. Aku tak redha maksudnya aku tak terima ketentuan Allah. Berdosakah aku? Lalu aku mencari solution, formula bagaimana caranya supaya hati aku redha dengan semua yang terpaksa aku hadapi.

Bersangka Baik Pada Allah

Percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Hati aku memberontak mengatakan banyak benda yang lebih baik jika aku dapat memilih jalan yang aku suka, banyak benda yang buruk bila terpaksa
.mengikut jalan terpaksa ini. Ya Allah, aku hampir terlupa setiap yanh berlaku, setiap kesusahan, setiap kepayahan Allah akan balas dengan hikmah yang tak terjangka... Mungkin hikmah itu adalah sejuta kali lebih baik daripada apa yang aku mahukan sekarang.

Hargai Apa Yang Masih Ada

Adanya suami dan anak tercinta sentiasa dekat dengan aku sebenarnya adalah benda terpenting dan pling berharga dalam hidup aku. Aku perlu singkirkan segala perasaan negativ lain sebenarnya untuk menikmati kebahagian yang tidak ternilai ini dengan semaksimumnya. Lupakan unsur negatif, fikir dan ingat perkara yang paling berharga ini yang patut aku utamakan..Dunia ini semntara, jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Ya, aku sedang belajar untuk redha..  Aku sedang mendidik sabar dalam diri aku , memupuk redha dalam hati aku, dan menyemai ikhlas dalm hidup aku,  semoga, dengan keredhaan hati menerima semua ketentuan Allah ni memberi 1001 hikmah yang tiak ternilai buat aku dan keluarga kecil ini, Ibu, Papa, Intan.

Ya Allah... Aku sedang berusaha untuk redha dengan semua ketentuanMu...

Ya Aku sedang belajar untuk redha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails