Followers

Saturday, June 28, 2014

Cerita Hari Ni

Pagi pagi rasa nak makan kari sangat. Terus tung tang tung tang kat dapur buat Kari Ikan Tenggiri. Siap telefon mak kt JB, google resepi dan tanya mama sekali. 3 resepi kau aku guna jadi 1. Seumur hidup tak pernah masak kari, tetiba teringin kan.. Terus jadi pandai... Gitu....

Lepas Jumaat ajak husband ke Lipis nak buat kad ATM maybank. Sampai bank pukul 3.40 gitu, sampai-sampai je pegawai bank yg jaga no giliran tu kata bank dah nak tutup. Tak boleh ambil no lagi.. Tak sempat. Gila??? Pukul 3.45 ptg dah tak nak buat kerja? Dah ready2 nak balik? Maybe bank tu keturunan dia punya jadi suka hati dia nak balik pukul berapa kan. SYABAS!! Lalu sia-sia perjalanan kami ke Lipis petang tu..  Dah la jem gila.

Tunggu Husband pusing kereta, jem kan, nak pusing pun lambat benau sampai. Hati dah la panas ni ngan maybank. Tetiba, tengah panas-panas tunggu husband tu, boleh  pulak burung bertuah BERAK di atas tudung aku!!! What the Fish! Tetiba macam rasa sejuk kat bahu kan, terus la rasa pakai tangan, dengan tangan aku kena taik burung. Hantu punya burung. Saja bikin aku bertambah panas! Masuk-masuk kereta kene gelak lagi dengan laki. Lagi panas hati mak. 

So gerak pulak ke CIMB nak cucuk duit. Kan kaya banyak bank, banyak duit..Harharhar.. Pastu memang CIMB pun sengaja nak tambah panas hati aku, boleh pulak Out of Service kan dua - dua mesin ATM dia.. Dah lah tu je satu satunya ATM yang ada kat Lipis yang INDAH PERMAI SEJAHTERA dan DAMAI ni...Gerammmmmmmmm nye la aku lagi.. Last-last keluar duit kat bank rakyat je..

Nice sangat cerita hidup aku hari ni.. Best sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

kadang2 memang ada hari yang macam tu kan? semua tak kena.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails