AKu bersiaran langsung dari Jb nih. Dekat sebulan dah berbahagia kat JB. Harap2 boleh extend lagi sebulan. Tengok muka anakku ini.. Muka penat main panjat dan terjun dari meja.. Adoi la nakk..Aktif sangat. Penat ibu tapi tak kurus-kurus jugak. Hey aku dah kurangkan susu dia daripada 5 kali sehari kepada 3 kali sahaja. Sebabnya seperti berikut;
1. Dia aktif sgt, jadi aku perlu kurangkan dia punya pengambilan gula. Aku risau juga dia terlebih aktif dan badan dia pn besar dari baby yg umur sama dia, jadi aku google la cara nak control, kurangkan gula la solution dia.
2. Memang kat kotak susu pun dah beri arahan 3x sehari sahaja ok! Terkejut mak aku aku cakap intan slalu minum 5, 6 kali sehari. Kalau kat pahang, asal merengek je suruh bagi susu, asal nak td0 je kene bagi susu, memang la satu hari sampai 6x susu.
Tu je la sebab dia.. Intan tak da hal pun.. Ok je dia.. Cuma aku gantikan dengan ari ribena yg cair sgt2.. Memang tak manis, kasi ada warna je.. So banyak la dia minum ribena cair tu..hehe.
Eh raya tahun ni macam tak best la.. Rumah kawan 1 pun aku tak pergi.. Padahal duduk JB sebulan dah.. Sibuk sangat, penat plak tu.. Emosi terganggu selalu.. Maaf kawan2..
Ok la bye. aku nak google fesyen langsir moden untuk rumah. Motip google pasal langsir padahal rumah pun tak dak?? Itu maknanya gila meroyan dah nak rumah sendiri! Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment