Followers

Wednesday, October 29, 2014

PROMOSI KAD KAHWIN HARGA RUNTUH

Hai uollss.. Sempena beritab ik nak dapat baby ni kan, iolss dengan ini melancarkan PROMOSI KAD KAHWIN HARGA RUNTUH.  Jadi kepada uolls bakal- bakal pengantin, mak pengantin, kaka pengantin, adik pengantin, sedara mara pengantin mahupun kawan kawan bakal perantin, marilah ramai-ramai menempah kad kahwin dengan harga murah dan berbaloi ni. Walaupun harga runtuh uolls, kualiti tak runtuh ye, tetap samaaaaaaaaaa...

~ 260gsm glossy art card
~ Free Envelope lagi
~ Boleh pilih ready made design yg cun
~ Boleh request new design tanpa caj
~ Sesuai untuk kad kahwin 1 pihak dan juga kad kahwin 2 pihak (Jimat!!!)






Apa lagi, hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut ye

Whatapps : 0127164176

OH YE, PROMOSI AKAN TAMAT BILA KUOTA DAH PENUH YE, SAPA CEPAT DAN PANTAS, DIA LAH YANG DAPAT...

Daaaaaa...


Monday, October 27, 2014

Kakak Intan Sayang Adik Damia

Intan adalah jenis sangat suka Baby. Di Jb, dia cuma ada 2 orang sepupu iaitu Husna (Sama umur) dan juga Damia (Beza setahun). Kalau dengan Husna, diorang sama sama dah pandai jalan, sama sama pandai main maka bergaduh aje kerja kalau jumpa. Baik sekejap je, lepas tu semua benda nak digaduhkan. Lagi lagi kalau bab berebut mainan. 

Tapi kalau dengan Damia, bukan main la sayang, semua mainan tunjuk kat damia.. Asyik nak dukung damia, sayang damia... Tengok la keletah dia dengan Damia kat bawah ni, memang nampak sangat dah boleh jadi kakak kan? Aksi dia dengan Husna pulak next entry la aku up..huhu.. Ada aksi tarik telinga, melalak, bergaduh je....hahaha




Friday, October 24, 2014

Begitu Begini Kisah Mengandung

Beberapa hari sebelum aku tahu aku mengandung  kali kedau ni, aku memang rasa tak sedap badan, rasa letih sangat, rasa lesu sangat, rasa tak larat sangat.. Asyikla ulang cakap, tak larat tak larat... Memang tak larat wrh.. Rasa nak baring je sentiasa, berapa hari tak on laptop... Tu antara simptom simptop mengandung aku. Selain tu, ada lagi tau...

- Asyik rasa panas je, terutama malam.. Memang dulu masa mengandung Intan pun macam ni, selalulah mandi malam.. Ye la, kalau tak mandi, memang rasa panas dan tak boleh tidur

- Suka makan masam, terlur makanan masam. memang beberaa minggu belum tau mengandung aku dah asyik nak makan asam...Lakiku siap kena marah sebab salah beli asam. orang nak sam boi warna merah tu tp dia beli asam peach yg macam baldu tu... huh.

- Kerap buang air kecil. Adui ni yang paling tak tahan. Kalau malam tu, time tidur, 2 -3 kali kene bangun pergi toilet. Padahal sebelum tifur minum seteguk air je macam biasa. Dah 2 - 3 kali bangun membuang pun tetap bangun tidur rasa sakit bawah perut macam tahan kencing lama sangat..

- Sakit sendi. Dulu masa intan sepanjang pregnant aku sakit sendi tangan. Puas la pergi klinik swasta, klinik kerajaan semua tak baik. Tup tup lepas bersalin, hilang terus sakit tu.. Mengandung kali ni sakit pinggang.. Sakit gila, tapi bibik urut 3x terus ok dah..huhu.. baru tau bibik tu pandai urut orang bersalin..

- Sakit bawah perut ketika bersin, batuk, mengeliat kuat. Ye la, tau ada baby kat situ, dan memang sensitif. Memang kene cover la bila nak batuk, bersin , mengeliat semua. Kadang terlupa nak cover, merasa la sakitnya.. Kejung kejap aku bila sakit sangat...

Tu la je setaakt ni . Alhamdullilah aku tak teruk macam orang lain yang setiap hari muntah2, tak boleh bau nasi sume, (Aku tak gemar bau daging je sekarang). Pengalaman rang berbeza - beza. Tapi aku ok je ngan semua dugaan mengandung ni.. Rezeki Allah bagi, jangan merungut. Ramai lagi kat luar sana nak merasa macam aku tapi tak tercapai-capai. Aku doakan mereka -mereka dikurniakan rezeki mengandung secepat mungkin.. Amim

Tuesday, October 21, 2014

Mengandung Kali Kedua, Intan Nak Jadi Kakak!

Haha.. tak tau macam mana nak mula.. Sebenarnya masih macam tak percaya aku sedang pregnant kali kedua... =)   Omg iolls mengandung lagi.. Pandang Intan lama-lama.. Budak ni dah boleh ke jadi kakak? InsyaAllah... Allah tu yang merancang segala galanya.. Dia tahu bila masa terbaik apa yang direncanakan untuk kita... Aku pun beberapa bulan sebelum tu rasa sweet sangat bila tengok budak kecil yang dua beradik.. lagi lagi kalau dia dua girl... Comel sangat!  Suka tengok anak blogger Jemah Virus padu kat blog dia... Sweet je membesar sama-sama.. Memang suka sangat tengok..huhu

Lepas tu semalam terbaca blog Irine Nadia, rupanya dia pun tengah pregnant anak kedua juga... huhu... Fiska Medina anak sulong dia pun lebih kurang Intan bayanya... InsyAllah kalau di Izin tuhan, bulan 7 2015 la adik Intan keluar. Tak kisah jantina, janji sihat & sempurna segalanya... Dapat gigirl pun comel, dpat boboi pun ok... =) Semoga kandungan kalai ni tiada masaalah dan mudah buat Ibu..  

Beberapa hari sebelum tahu aku pregnant, memang aku rasa penat sangat. Cepat sangat penat, moody, lesu... Bibik plak tengok keadaan aku macam tu duk cakap kamu tu masuk angin masuk angin... Padahal sebenarnya dah masuk baby dalam perut ni bibik! Hahaha.... Pregnant kali ni aku sangat la terliur dengan asam. Sebelum tau dah pregnant, memang macam macam asam aku beli, pantang nampak, mesti nak.. Tapi tak makan banyak la, makan sikit, terperuk dalam peti ais. Cuma rasa keinginan tu je membuak buak masa nampak. Biasalah.. Ibu mengandung memang over selalu kehendaknyaaaa... kannn... 

Intan? Makin manja, makin lasak... Aku harap cecepat dapat pindah rumah sendiri supaya aku dapat control dia dengan mudah sikit, so aku tak letih sangat... 



Thursday, October 9, 2014

PROMOSI BUKU DOA AMALAN HARIAN

Hai uolls... Cute Creative Creation tengah buat Promotion untuk Buku Doa Amalan Harian Doorgift. Berbaloi baloi promosi kali ni..

1. Tempahan 1500pcs PERCUMA GUEST BOOK + WEDDIGN PHOTO PROPS
2. Tempahan 1000 pcs PERCUMA GUEST BOOK
3. Tempahan 500 pcs PERCUMA WEDDIGN PHOTO PROPS
4. Tempahan 300 pcs KINI HANYA RM1.90 / pcs (Harga biasa RM2.50)
5. Tempahan 100 pcs KINI HANYA RM2.30 (Harga biasa RM3.20)

Cepat2 buat tempahan sebelum terlambat!!!!


  Personalized Buku Doa Amalan Harian / Yasin dengan cover customade sebagai doorgift / cenderahati bermanfaat kepada tetamu anda. Sesuai unttuk majlis kenduri kahwin, pernikahan, pertunangan, Aqiqah, Cukur Jambul, kesyukuran dan sebagainya..
Jemput ke page saya untuk melihat design sedia ada

Whatapps : 0127164176

Tuesday, October 7, 2014

Hari Raya Aidiladha

Kejap je masa berlalu.. Tup tup dah sampai Aidiladha... Untuk kesekian kalinya kami beraya kat Pahang lagi... Kakak Intan is berbaju kurung dan bertudung. Semua oranng duk puju comel, baru nampak gigirl katanya... Tapi tak lama pun pakai tudung.. Few minute laters terus cabut dan menyerlangkan rambut nipis dua yg macam boboi tu.. Kelakor tengok dah macam boboi pakai baju kurung,,,hahaaa.... 


Seriously bulan ni mood aku memang la sikit punya swing.. Badan letih tak bermaya, rasa penat sentiasa walaupun tak da buat kerja apa... So penat... Agak-agak boleh teka la kenapa kan.. Aku tak nak cakap lelebih, tungguuuuuuuuuuuu.....


Macam biasa cuma ada gambar selfie Ibu dan Intan while papa sedang driving dan tidak berbaju raya sebab nak pergi tolong orang melapah lembu.... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails