Followers

Tuesday, November 25, 2014

Luahan Hati kepiluan

Pernah kau rasa tak setiap kali bangun tidur kau tak nak buat apa-apa dah sebab bagi kau semuanya bosan, semuanya tak seronok, semuanya bukan yang kau mahu tapi yang kau terpaksa hadap hadap hadap sebab terpaksa. hari ni kebosanan aku tak tahu sampai level mana ntah,langsung tak produktif, nak pandang muka kat cermin pun naik menyampah sebab tahu betapa buruknya muka aku bila mood aku macam  gini. 

Terus terang dengan telus, aku tak boleh sabar dah tunggu rumah sewa. Why ha ada je sangkak, ada je alasan yang jadi penghalang? Aku tau salah satu jawapan dia adalah sebab tak adanya perancangan dan tak adanya keinginan dari pihak satu lagi. Kau jangan tanya aku pasal aku punya perancangan sebab lebih dari rancang dah aku buat tapi what for kalau  aku je beria merancang untuk menjadikannya kenyataan,  tapi satu pihak lagi asyik rancang mencari alasan alasan alasan. Arghhhhhhhhhhh serius aku penat sangat dengan semua ni. 

Interview. Tak tahu kenapa akhir akhir ni banyak pulak panggilan interview yang aku dapat. Dan semuanya kerajaan. Kastam, Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi dan latest untuk Guru Mara. Kalau ikut hati, malas dah aku interview2 ni. Duit dari bisnes online lebih dari cukup dan Alhamdullilah. Plus dapat duduk rumah jaga anak sendiri 24 jam. Tapi bila pikir ni je jalan yang boleh bawak aku pindah rumah sendiri, aku tawakal je ikut apa yang Allah beri dan aturkan ni...

Selera makan aku down sejak mengandung Susah aku nak pandang nasi. Susah aku nak pandang lauk. Masak tetap masak untuk keluarga, dah kata kau suri rumah tak kan ko nak terbongkang je tengok tv? Mostly, aku masak tapi aku tak makan.. Kalau aku makan pun aku masak benda lain khas untuk aku like Ikan kering, telur mata, megi goreng, sandwitch sardin.. Masak  la kerang sup, masak sup ayam, masak ayam kicap dan lain-lain, siap masak, tutup periuk, makan benda lain...

Pejam mata. Kuatkan hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails