Followers

Saturday, January 31, 2015

Senarai Makanan Mengidam

Asam pedas Ikan sembiland - Done
Ketam Masak Sabal - Done
Singgang Kuning - Done
Laksa Peneng - Done
Lontong Johor - Done
Yong Tau Fu & Tahu Bakar dataran - Belum
ABC Larkin - Belum


Ada masa seminggu lagi kat jb..huhu.. Macam-macam rasa nak makan. Alhamdulilah banyak dah yang dah tertunai. Puas hati.. Tapi masih ada yg belum tertunai, harap-harap sempat la dapat rasa sebelum papa ambil kitorang balik pahang nanti...

Seminggu sebelum balik Jb hari tu aku pergi check up pregnant bulanan kat Klinik Kesihatan, timbang berat statik, tak naik. Sepatunya sebulan kena naik paling kuran 500gram. So nurse suruh datang lagi 2 minggu untuk timbang berat sekali lagi.. Haha..dalam hati aku ketawa, sbb memang tau confirm berat aku naik dengan jayanya lepas balik dari JB...

Tuesday, January 27, 2015

Alahan Mengandung Kali Kedua

Mengandung kali kedua ni rasa dia lain macam sikit. Hari ni aku nak story pasal alahan aku dari awal-awal mengandung sampai sekarang. Alahan aku ni bukan biasa-biasa muntah-muntah loya2 je, ada yang pelik dari tu.

Alahan awal aku rasa masa belum tahu aku pregnant ialah ALAH TENGOK BEBERAPA ARTIS LELAKI DALAM TV. Haha.. Serius pelik. Asal tengok muka Ray & Hanif dalam TV je terus aku tukar channel. Dah la diorg banyak mengacara rancangan tv masa awal-awal aku pregnant dulu.  Memang tak berapa berkenan la, orang kata masa mengandung ni jangan tunjuk sangat tak suka, nanti terkenan, so bila ternampak muka diorang je terus cepat-cepat tukar channel. Kalau tak, berkerut kerut muka aku tak suka..huhu... Maybe sebab terbawa bawa geram dan tak suka tengok rancangan ape ntah tak ingat dah nama dia. Yang membodohkan orang kat tempat awam atas arahan si Ray dan Hanif ni. Tak suka sangat. Diorang duk sakan gelak bila orang lain nampak bodoh di tempat awam. So rude la aku rasa rancangan tu... huuu panjang lebar plak pasal alahan pertama ni

Alaha kedua ialah, tak suka, tak gemar dan tak lalu langsung makan daging. Sampai sekarang kurang makan daging. Tak kira la ayam ke lembu ke... Mual sangat rasa. Dulu masaa  Intan tak ada alah makanan ape langsung. Semua bedal. Percaya la, masa awal2 mengandung, aku tak makan langsung daiging ni. Kalau masak pun untuk family je.. Sikit tak sentuh. Masak la kicap ke, sup ayam ke, ayam goreng tang peha ke, siap masak, aku goreng ikan kering, makan dengan sambal belacan suruh bibik buat.,,haaa.. Punya tak lalu dengan daging. Tapi sekarang ok dah, dah boleh makan, tapi tetap tak beria la, sikit sikit boleh la.

Alahan ketiga ialah kulit jadi sensitif yang amat. Kene gigit semut api pun jadi teruk bila garu sampai jadi parut yang lambat sangat hilang. Mengandung kali ni banyak gila parut baru. Kat kaki, kat lengan... Peh, stress mak. Tak tau la pasal pe... Marah pulak dengan semut api yang mengigit aku masa sidia baju hari tu. Sampai sekarang tak hilang gatal & parut kat kaki ni. 

Yang keempat bukan alahan kot, cuma mudah keras perut. Tegang perut la senang cakap. Pantang  la berdiri lama, basuh pinggan pun kejap dah tegang perut, sakit wooo... Padahnya lepas tu baring mengiring la tahan sakit. Sebab selalu tegang perut ni la aku dah tak rajin buat kerja macam masak, basuh pinggan semua yang kena berdiri lama... Nasib baik la mak mertua faham... Harap orang lain pun faham..  Lain sungguh kali ni. Dlu masa intan gagah je naik tangga tingkat 4 setiap hari masuk office. Sekarang, alahai, lemah longlai je rasa....

Tu je la antara alahan & perbezaan mengandung kali kedua ni... Nanti sambung cerita pasal pregnant lagi ye...

Daaaa....




Monday, January 26, 2015

Kami Di Jb Sekrang

 Kami sekarang (Intan dan Ibu) kat JB yang tercinta. Kami Seronok sangat...


Tapi kami juga merindui papa... =(


Tuesday, January 20, 2015

Dating Berdua Dengan Intan


Tak ingat hari apa, pagi tu rasa bengang sangat mula - mula. Sebab papa pergi KL, tinggalkan kami dua beranak kat rumah.. Papa pergi hantar mak su Intan pergi check up sebenarnya, tapi sementara tunggu mak su Intan check up, boleh je kan kami pergi window shopping kat mana2 mall area hospital tu tapi papa cakap susah bawak Intan ke Hospital, lalu kami tinggal kat rumah.. Geram amat... Intan, bagun pagi je mood dia pun macam bengang like ibu dia yang tengah emo. Gambar atas ni memang aku snap betul betul time dia baru bangun tido.. Muka bosan tahap dewa kan?? Macam tu perasaan Ibu time tu...

Kesian tengok muka anak kebosanan dah lama tak berjalan jalan, time papa cuti plak papa ke Kl x bawak kami, jadi aku pun ajak Intan mandi awal-awal dan kita plan nak jalan-jalan berdua je. Plannya nak ke bandar Lipis, pergi Check up baby kat Klinik Zara, pastu lunch kat Secret Recipe pastu jalan-jalan kedai perabot survey perabot untuk rumah sewa. Mula mula macam takut juga nak drive berdua je ngan Intan, first time kot drive ke Lipis. Selalu paling jauh ke Koyan je haaaa.. Nak ke Lipis makan 25 minit jugak weh... Tapi nasib baik Intan behave je hahahaaa walaupun 2x gear tertukar sebab intan tolak pakai kaki.. Grrrrrr... gila bahaya drive kereta auto with anak yg sgt tak reti diam... terus ikat dia ngan seat belt lepas tu...fuhh.. 


Sampai je Lipis, kita tuju Klinik Zara dulu, saja nak scan baby.. Ibu ko memang mengada.. Dari dulu suka tengok baby dalam perut. Alhamdullilah scan kali ni terus nampak jantina baby..haha... Suprise!!!  Nanti kita cerita pasal baby dalam perut ni kat entri lain okey.. Dengan muka happy, jalan seiring sejalan ngan Intan pergi Secret Recipe kat deret klinik tu juga... Pesan Red Velvet dan lasagna.. Intan kalau g situ memang kejar kek je.. Tapi kali ni, dia duk bedal lasagna Ibuuuu.. Separuh ko habiskan.... 


Suka pulak dia, sebab pasta kot.. Dia memang segala jenis pasta dia suka... Lalu red velvet ibu yang terpaksa perabihkan.... Masa tengah makan, papa msg, cakap jangan bawak lebih 70km/j kat jalan ape ntah tak ingat sbb kat situ ada kamera speed trap. Hah... Aku rasa aku bawak lebih 80km/j kot kat area tu tadi pasal jalan lengang je...huhu... Ape nak buat dah sampai pun... =)

Lepas makan, kitorang pergi kedai perabot pulak survey survey perabot. Intan pulak dah tangkap contan dengan buaian comel ini... Huhu.. Dia buat macam playground je.. Main sesuka hati dia, tak nak turun pulak tu. Aku gertak start enjin kereta pun dia buat x tau je.. Macam tak kisah ibu dia balik sorang, janji dia dapat main buai puas2.. Kalau lama sangat dia buat drama tak nak turun dari buai tu memang dah melayang RM159 aku terpkasa belikan buaian kecik ni. Nasib baik dia tak lama berdrama, puas main baru turun..Fuhhh... Ibu ko baru je belikan basikal minggu ni nak, nanti2 la mainan baru ni okey... 


Lepas puas survey2, kami pun balik... Intan mentido je dalam kereta masa balik tu sebab penat sangat mem buas kat secret recipe dan kedai perabot tu.. Puas hati dapat jalan - jalan hilangkan bosan... Itu lah cerita dating dengan Intan... Lepas ni dah duduk bandar Lipis, lagi dekat la nak jalan.. Harap harap cepat lah dapat pindah....

Saturday, January 10, 2015

Rumah Sewa In Progress




Sebenarnya nak cerita pasal banjir dulu tapi ceritanya panjang lebar jadi tak sempat habiskan taip entri banjir, aku save as draft je dulu. Pasalnya panjang sangat rasa aku cerita banjir tu. La ni aku sangat la bizi. ALhamdullilah kami dalam proses nak pindah rumah sendiri, iaitu rumah sewa. Rumah beli sendri belum ada rezeki lagi, masih menunggu.  

Jadi proses nak pindah tu ambil masa la kan. Last week basuh rumah, this week cat rumah pulak. Tapi tu pun tak siap lagi. Mana tak nya, papanya start cat pukul 4 petang... Dia dapat siapkan cat satu dinding yang paling besar je... Mak buyung ni pulak dapat siapkan cat 3 pintu, satu grill dan sebelah tingkap depan...haha..  Tak puas hati betul, rasa nak siapkan hari tu jugak. Tapi kakak intan dah amuk tahap gaban sebab penat mengacau ibu dan papa dia... 

Ni kene tunggu next week pulak papa cuti untuk sambung cat... Harap2 dapat la pindah masuk secepat mungkin....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails