Followers

Tuesday, January 27, 2015

Alahan Mengandung Kali Kedua

Mengandung kali kedua ni rasa dia lain macam sikit. Hari ni aku nak story pasal alahan aku dari awal-awal mengandung sampai sekarang. Alahan aku ni bukan biasa-biasa muntah-muntah loya2 je, ada yang pelik dari tu.

Alahan awal aku rasa masa belum tahu aku pregnant ialah ALAH TENGOK BEBERAPA ARTIS LELAKI DALAM TV. Haha.. Serius pelik. Asal tengok muka Ray & Hanif dalam TV je terus aku tukar channel. Dah la diorg banyak mengacara rancangan tv masa awal-awal aku pregnant dulu.  Memang tak berapa berkenan la, orang kata masa mengandung ni jangan tunjuk sangat tak suka, nanti terkenan, so bila ternampak muka diorang je terus cepat-cepat tukar channel. Kalau tak, berkerut kerut muka aku tak suka..huhu... Maybe sebab terbawa bawa geram dan tak suka tengok rancangan ape ntah tak ingat dah nama dia. Yang membodohkan orang kat tempat awam atas arahan si Ray dan Hanif ni. Tak suka sangat. Diorang duk sakan gelak bila orang lain nampak bodoh di tempat awam. So rude la aku rasa rancangan tu... huuu panjang lebar plak pasal alahan pertama ni

Alaha kedua ialah, tak suka, tak gemar dan tak lalu langsung makan daging. Sampai sekarang kurang makan daging. Tak kira la ayam ke lembu ke... Mual sangat rasa. Dulu masaa  Intan tak ada alah makanan ape langsung. Semua bedal. Percaya la, masa awal2 mengandung, aku tak makan langsung daiging ni. Kalau masak pun untuk family je.. Sikit tak sentuh. Masak la kicap ke, sup ayam ke, ayam goreng tang peha ke, siap masak, aku goreng ikan kering, makan dengan sambal belacan suruh bibik buat.,,haaa.. Punya tak lalu dengan daging. Tapi sekarang ok dah, dah boleh makan, tapi tetap tak beria la, sikit sikit boleh la.

Alahan ketiga ialah kulit jadi sensitif yang amat. Kene gigit semut api pun jadi teruk bila garu sampai jadi parut yang lambat sangat hilang. Mengandung kali ni banyak gila parut baru. Kat kaki, kat lengan... Peh, stress mak. Tak tau la pasal pe... Marah pulak dengan semut api yang mengigit aku masa sidia baju hari tu. Sampai sekarang tak hilang gatal & parut kat kaki ni. 

Yang keempat bukan alahan kot, cuma mudah keras perut. Tegang perut la senang cakap. Pantang  la berdiri lama, basuh pinggan pun kejap dah tegang perut, sakit wooo... Padahnya lepas tu baring mengiring la tahan sakit. Sebab selalu tegang perut ni la aku dah tak rajin buat kerja macam masak, basuh pinggan semua yang kena berdiri lama... Nasib baik la mak mertua faham... Harap orang lain pun faham..  Lain sungguh kali ni. Dlu masa intan gagah je naik tangga tingkat 4 setiap hari masuk office. Sekarang, alahai, lemah longlai je rasa....

Tu je la antara alahan & perbezaan mengandung kali kedua ni... Nanti sambung cerita pasal pregnant lagi ye...

Daaaa....




1 comment:

Dokter faRyn said...

hi salam kenal :)
blogwalking sampai ke sini.

alahan masa pregnanti ni memang macam-macam. masa sy keje dekat O&G dulu, lagi la jumpe macam macam hal. ada yang allergik bau suami sendiri. lagi parahhh. hehehhe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails