Sebenarnya nak cerita pasal banjir dulu tapi ceritanya panjang lebar jadi tak sempat habiskan taip entri banjir, aku save as draft je dulu. Pasalnya panjang sangat rasa aku cerita banjir tu. La ni aku sangat la bizi. ALhamdullilah kami dalam proses nak pindah rumah sendiri, iaitu rumah sewa. Rumah beli sendri belum ada rezeki lagi, masih menunggu.
Jadi proses nak pindah tu ambil masa la kan. Last week basuh rumah, this week cat rumah pulak. Tapi tu pun tak siap lagi. Mana tak nya, papanya start cat pukul 4 petang... Dia dapat siapkan cat satu dinding yang paling besar je... Mak buyung ni pulak dapat siapkan cat 3 pintu, satu grill dan sebelah tingkap depan...haha.. Tak puas hati betul, rasa nak siapkan hari tu jugak. Tapi kakak intan dah amuk tahap gaban sebab penat mengacau ibu dan papa dia...
Ni kene tunggu next week pulak papa cuti untuk sambung cat... Harap2 dapat la pindah masuk secepat mungkin....
No comments:
Post a Comment