Maafkanlah blogger sendu ni yang up entri nak buat review pasal pengalaman tak best kat Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Weekend hari tu kami 1 family ke KL untuk beli stok paper bag aku. Last minit plan dari husband ajak tidur 1 malam kat KL sebab dia pun nak ke workshop kat shah alam betulkan kereta dia. Oleh kerana last minit punya plan, memang tak sempat la nak buat proper preparation punya booking hotel. Ye la biasanya aku kan google dan baca review hotel dari orang lain sebelum book hotel kan. Biasa kalau ke KL kitorang suka stay hotel GDS, murah, selesa, bersih, parking semua tiptop la kan.
Tapi kali ni gatal nak cuba hotel lain yang up sikit star nya konon, yang ada breakfast sekali kononnya. So masa on d way ke KL tu, dalam kereta la aku duk survey hotel guna booking.com. Nampak pulak Dynasty hotel harga dia macam ok, siap breakfast, terus booking. Alah, Dynasty Hotel tu kan nampak dari tepi jalan tersergam Indah tinggi bangunan dia, so dalam hati rasa macam mesti lah ok kan hotel ni. Sekali bila dah check in baru tahu hazab nya
1. Lift Bodoh
Maaf kekNi terkasar bahasa. Haha. Tak faham kenapa masa aku check in tu ada tampal 'Lif ke bilik2 hotel (-->)' ke arah pintu ke tangga, Kalau kau baca macam tu, confirmlah ko rasa lift tu rosak dan dia suruh guna lift yang di tangga which is lift pekerja yang maha buruk, scarry, macam dalam cerita hantu! Staff dia pun buat bodoh je tengok aku naik lift buruk tu, tak bgtau sebenarnya lift depan tu ok je, tak da masalah, boleh guna. Balik dari makan malam, aku tanya lift tu rosak ke? Baru dia kata tak rosak. Esoknya masa nak check out baru dia tanggal kan nota tu. Bodoh tak? Aku dah berapa kali kot naik lift buruk scarry nak gila tu. Dah la tu, lift depan tu pun benggong tak boleh tekan nombor 11 iaitu tingkat bilik aku. Bila tanya, dia kata ye, memang dari minggu lepas rosak.. Wtfish!
2. Bilik Kotor
Bilik fist kami masuk, cadar kotor gila macam ada bekas muntah. Sapa yang sanggup nak tidur kat situ? Terus aku call guna telefon bilik tu minta tukar bilik, Eh staff yang jawab call tu sangat la tak mesra pelanggan ye. Siap sound nak ape call banyak2 kali ni? Eh kepala hotak sangat ni, dah call tak angkat, aku call la sampai dapat kan. Bila minta tukar bilik dia kata tak da bilik kosong lagi dah. Aku cakap elok lagi, eh tak sanggup la nak tidur atas cadar bekas muntah macam tu. Terus dia suruh pergi turun lobby sendiri mintak tukar bilik. Boleh? Ya pasti boleh di Dynasty Hotel Kuala Lumpur!!Lift dah la macam haram, ko suruh aku turun naik lagi. Tapi terpaksa turun jugak la, staff kat lobby tu bagi bilik baru. Eee.. tak pernah aku stay hotel macam ni. Dah la salah ko, aku pulak kena susah payah turun. Hotel lain yg aku pernah pergi, bila ada masalah macam ni, staff dia sendiri naik atas bawa kunci baru dan hantar ke bilik baru.
3. Bilik Air Tanpa Pili Air
Ni sangat bongok. Bila laki aku kata, tak ada getah paip nak cebuk kat tandas, aku bayangkan mybe hotel ni canggih la guna pancuran air yang kat dalam mangkuk tandas tu kan untuk cebok. Rupa rupanya non hado! Kalau kau buang air kat mangkuk tandas, ko kena bangun untuk ceduk air dari paip air kat sinki ok untuk cebuk! Ko rase ape?? Serius rasa nak amuk je. Langsung aku tak buang air sepanjang kat hotel ni. Mandi pun aku tak basah rambut pasal memang tak selesa langsung aku dalam bilik air dia. Rasa oh tolong la cepat pagi, aku nak check out.
4. Aircond tak function. Tak sejuk langsung. AKu ngan anak anak tidur tanpa selimut.
5. Acsess Card Problem. Setiap kali keluar, bila nak masuk bilik semula, pintu tak boleh bukak. Kena turun ke lobby dia scan semula.
6. Alas kaki tak ada. Merasa lah banjir depan bilik air sebab langsung tak ada alas kaki.
7. Perabot buruk.
Ada sofa, tapi buruk, koyak. Rupa dia macam sofa yang orang tinggalkan kat tepi jalan sebab dah tak nak pakai pasal dah buruk. Pintu bilik air terkopak kopak kayu dia pasal dah lama kembang kena air rupa dia. Bantal bau hancing. Ee pengotor sangat. Tak faham cleaner dia ni hidung jenis apa? Habis aku lempar 2 bijik bantal tu jauh jauh. Katil pun buruk terkoyak koyak kat bawah. Peti Ais tak ada. Cuma ada wayar je, dalam spec bilik konon ada.
Tu la antaranya. Memang pengalaman buruk la duduk hotel Dysnasty ni. Macam dah lama sangat tak di selenggara. Sakit hati aku bayar duit tak berbaloi dengan perkhidamatan yang aku dapat. Tapi sabar je la walaupun tak berapa sabar sangat pon. Tidur dengan rasa geram, dalam hati pikir kenapa tak tutup je terus hotel ni kalau tak ada modal nak selenggara?
Dah balik, baru baca review orang lain pasal hotel ni, memang banyak bda review. So, memang first and last la duduk kat hotel Dynasty tu.
Gambar kat Lobby hotel Dynasty
Satu je yang aku suka ialah Tingkap luas dan pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 11, bilik 1108 hotel dynasty ni. Tu saja yang menarik. Yang lain, hampeh!
Sekian, harap pihak Hotel Dynasty perbaiki la kualiti hotel diorang ni.
Bye.
14 comments:
berapa price semlm? dahsyatnya prob dia!
Kalau dapat bilik camtu, memang hilang mood nak duduk situ kan... Nampak dari luar cam gah je Dynasty Hotel tu, rupa2nya camtu la pulak keadaannya ye..
hari tu sy dapat RM136 termasuk tax 1 malam.
Assalamualaikum...
Bukan nak buruk3 kan hotel Kat situ... Tp ape yg akak ni story is totally ��% ✔️
Gila ke ape walaupun stay 1 mlm tapi keadaan mcm reban ayam..
Bulan 8 2016, I ade training Kat kl. Kena stay hotel 2 mlm.. Then tgk hotel memang la nmpk bderet facilities yg tsenarai tapi INDAH KABAR DARI RUPA!
Asst manager kat kaunter lobby boleh sound I jgk taw sbb nk tukar bilik. Dah la I penat drive dr jb.. Dia sound I Kenapa dr awal3 Xnk bilik 2...? I cakap la.. I nk floor yg ade guest. Gila ke ape kasi I floor 22th...? Uolls rase...? I'm young ladies. Phm3 la kan bukan berani sgt.
Suruh jgk I turun amek kunci Kat lobby sbb Xde staff. Okay, I turun jgk. Memang menyirap sgt la dgn layanan dia 2..I terus nak naik angin. Tp sabar lg...
Bilik pon bau.. Ade cockroaches.... Bukan sekor heh.. Tp bnyk!
Swimming pool pulak kotor. Kesian anak sedare I.. Balik esok terus demam n kena virus sbb X bersih keadaan Kat situ.
Suis nk charger hp pon jauh dr katil. Ni la pengalaman yg paling teruk mase stay Kat hotel ni..
Sape3 yg nk g hotel 2, I memang X REKEMEN uolls la.. Buang duit je.. Nanges nnt uolls sbb membazir dpt service yg sangat teruk!!
Sekian!!
Vee lu'lu.. lebih kurang sama kan pengalaman. Mungkin 10 thun lepas gah dan elok la hotel ni. Tapi tidak sekarang ya. Memang apngkah habis la x nak lagi stay hotel Dysnasty ni. Sorry.
Salam. Saya juga pernah beberapa kali menginap di hotel ni atas urusan kerja hubby, sehingga awal tahun 2016. Tapi saya amat berpuas hati dengan servis serta suasana biliknya.
Ya saya akui lift hotel ni memang problem butang dia, paling latest saya menginap di tingkat 19, nasib baik butang terletak pada kiri kanan lift kalau tak saya dan hubby kena tunggu lift lain pula untuk naik. Aircond, tv dsb okay je digunakan.
Berkenaan kain lap kaki di depan toilet tu, sepanjang pengalaman saya menginap di mana2 cawangan hotel seperti hotel seri malaysia/vistana/sentral tiada pula mereka menyediakan lap kaki. Kami sudah biasa gunakan towel kedua yang hotel sediakan untuk dijadikan lap kaki. Tak tahu lah pula saya kalau kebanyakan hotel sebenarnya memang menyediakan lap kaki. Maaf hihi.
Tentang air paip cebok (bidet) tu memang perkara biasa. Puan sepatutnya aware sesetengah hotel memang tidak menyediakan bidet, lebih2 lagi hotel berunsurkan emperor cina macam ni. Kebanyakan yang menginap di sini adalah bangsa Cina serta pelancong luar negara (Masa saya menginap di sini sekumpulan orkestra Filipina juga datang memenuhkan hotel). Orang seperti mereka kebanyakannya tidak sukakan bidet, basahkan toilet saje. Ya memang leceh, saya sendiri sembelit semasa menginap di sini.
Tapi okay lah dengan harga RM110 per night, bilik luas dan 'feeling' hotel tu ada. Bonus dengan view KL lagi. Hotel bajet tak seberapa di KL pun dah cecah RM90. Ini pendapat saya sahaja. Saya bersimpati dengan pengalaman tak memuaskan yang puan alami. Tapi bab katil kotor tu memang betul (tapi taklah sampai seperti muntah). Spring siap rosak lagi, hahaha adoii kelakar :'D
Skrg tgh menginap di sini. 5/5/2018.
Best je..semua bersih. Bilik, tandas, swimming pool semua best. Ada je paip kt tandas. Maybe dorg dh upgrade kot.
Skrg tgh menginap di sini. 5/5/2018.
Best je..semua bersih. Bilik, tandas, swimming pool semua best. Ada je paip kt tandas. Maybe dorg dh upgrade kot.
Saya baru lepas menginap di hotel ini
pd 26/7/18...Alhamdulillah dpt bilik yg ok di tingkat 19.Walaupun saya booking last minute di agoda..Maybe diorg sdh upgrade ...
السلام عليكم sis, syukurlah sis xdiganggu benda2 halus. Bole baca di fb sy pengalaman sy 10/1/19 lps.. (NyzaHasnyza MiziHarmizi)
السلام عليكم sis, syukurlah sis x diganggu benda halus mcm sy kena di hotel tu. Bole baca di fb sy - NyzaHasnyza MiziHarmizi
Bukan nak burukkan hotel ni. Murah takdela murah mana. Harga standard termasuk breakfast. Ni kes last minute plan. Takde kena gangguan ke apa. Cuma lift dia mmg sangat slow. Lps tu hal access card tu mmg totally 100% betul. Setiap kali kluar bilik nk msuk balik mmg xdpt. Kita pulak kena g reception bgthu pintu tak boleh buka. Terlekat! Sampaikan jiran bilik sebelah pun fadeup dgn pintu bilik dorg. Lg teruk langsung xboleh kunci. Menyesal menginap di hotel tu.
Sy br mginap di hotel ni.Dpt bilik tingkat 21.bilik bersih dan besar.siap blh ltk toto tuk ank2 kt bawah.tandas ok cuma tab xleh pakai.
Kawasan Swimming pool bersih cuma tandas kt situ kotor.mcm tak terjaga.
Sarapan agak terhad.xbyk pilihan. Kurang menyelerakan.Perlu penambahbaikan lg. staff kat sana ok..mesra.
Hotel pn dh ttp owner dia kedekut
Post a Comment