Followers

Friday, February 26, 2016

Kenangan : KekNi Zaman Sekolah Menengah Rendah

Tiba tiba KekNi teringat zaman sekolah menengah rendah form 1 sampai form 3 kat sek Men Tmn Skudai Baru. Walaupun 3 tahun je sekolah kat sini, dah cukup banyak kenangan dengan kawan-kawan yang sampai sekarang kami masih bersahabat. Sekolah KekNi ni jauh jugak dari rumah kalau menapak. KekNi biasanya jalan kaki, Kadang kadang kalau malas, naik bas tambang. 60sen je tambang masa tu. Kalau jalan kaki tu biasa dengan Kakcik la my BFF merangkap jiran, merangkap officemate masa zaman kerja dulu. Menyampahnye Kakcik ni selalu je siap lambat, KekNi selalu kene tunggu dia siap kalau nak pergi sekolah pagi-pagi tu.






Gambar atas ni kita snap masa on the way nak pergi sekolah pagi pagi buta. Nikmatlah menapak pagi pagi buta, tak panas kan. Balik sekolah, tengahari terik, macam nak ape kan. Ko tengok je la, bukan main rentung KekNi masa ni. Tengok pulak tudung tu, bukan main cantik keras terletak je kan? Masa ni Iolls gigih ye iron tudung siap gelek lilin kat bahagian atas tu nak bagi keras cantik terletak bila pakai. Memang pesen budak sekolah masa tu guna lilin.Hehe.. kelakor pulak bila ingat. Budak budak sekrang ape tau? 

Ni masa form 2 tak silap. KekNi punya la tangkap cintun dengan Cikgu Zaid ni dulu. Dia ni guru kelas kami. Cikgu bujang, kurus tinggu, pergi sekolah naik superbike. Tak ke cair ko tengok? Haha.. Bila ambil gambar kena duduk sebelah cikgu (KekNi Penolong ketua kelas masa ni) Terus tersipu sipu malu kegedikan. Sebelah KekNi tu Maisarah anuar, BFF jugak sampai sekarang. Geng gosip dalam kelas. Sekolaj KekNi memang ramai cina ye. Masa form 1 lagi sadis, dalam kelas KekNi 5 ketul je pompuan melayu. Huhu. 

Sahabat. Rindunya kat semua dalam gambar ni. Ni la BFF Kekni kat skudai. Mai je tak ada dalam gambar ni, mesti dia ponteng tak sekolah masa kita bergambar time ni. Rasanya ni lepas PMR. Duk ambil gambar kat kawasan sekolah. Zara, KekNi, Ain, John, Kakcik, Lily. Rindu sangat. Ape citer ye Lily? Masa KekNi kat UTM, Lily ada masalah family dan bawa diri ke Amsterdarm. Pernah chat sekali ngan dia kat FB masa dia kat sana, lepas tu FB dia terus lenyap.  Yang lain-lain dalam gambar ni kami still contact each other. Walaupun susah jumpa, still connect guna whatapps dan FB.


Tolong perhatikan KekNi yang kat depan sekali tu. Bukan main, kasut nak cantik aje. Tak nak biasa-biasa yang bertali tu. Baju tu bukan main lagi iron siap tajam je lengan baju tu. Memang ye. Zaman ni, KekNi memang obses sangat dengan kekemasan. Sanggup tak sekolah kalau baju tak iron (kes tetiba time nak pergi sekolah eletrik tak ade pulak). Sanggup nila baju 2,3 kali sampai dapat warna putih biru yang betul betul cantik. Tudung kene Iron bersama lilin nak kasi kemas dan cantik.  Kain sekolah pun tak pakai cotton biasa, pakai kain yang buat seluar dan baju kot tu, jenis keras dan kilat. Huu.. Penat mak aku nak layan aku punya demand masa ni. Hehe 
Dengan kakcik lagi kat sekolah. Memang best friend sangat, Tapi selalu gaduh jugak. Selalu pergi pasar malam selesa jaya sama sama demi untuk tengok Kakcik punya secret lover masa tu. Haha.. Dia punya sanggup keluar masuk pasar malam tu sampai 3 kali ok untuk kasi terserempak dengan orang tu. Padahal kat sekolah hari hari pon boleh terserempak kalau ko lalu depan kelas budak tu. Haha.. ape punya perangai masa tu. 

KekNi dulu kat sekolah ni memang jenis budak rajin belajar. Betul. Menang target nak berjaya dalam PMR gitu. Pagi pagi sampai sekolah terus lepas kantin bukak buku. Orang lain dok cotcet cotcet menyembang, aku mengadap buku. Memang perangai jenis tak boleh tengok orang lain study, aku pun nak jugak study tak nak kalah. Selalu dapat no 2-3 untuk keseluruhan tingkatan.  No 1 tu memang budak cina yang pegang. So selalu berusaha nak kalahkan anak cina tu.  Study macam budak skema. Lalu depan budak-budak nakal, diorang bahankan KekNi 'Oi ni budak bakal 8A ni, budah bakal 8A ni'.. Jahat sangat dak2 ni. Tapi geng -geng nakal ni, Alhamdullilah sekarang, dah jadi pramugari berjaya dah memasing..hehe.

Tu je la sikit kisah kenangan masa sekolah menengah dulu. Nanti i storry later ok pasal zaman lain pulak..hehe



Thursday, February 18, 2016

Happy Birthday To Me


Happy Birthday ke 29 tahun untuk diri sendiri.Sila enjoy dengan angka 2series terakhir pada tahun ini. Tahun depan masuk 3series pulak. Muka kembang yang amat ye. tak boleh ampuN dia punya kembang.


Sekembang udang besar itu.

Ok bye!



Wednesday, February 17, 2016

Menang Voucher Giant. Mydin & Tesco RM1000 Kononnya


Yeahoooo... Amboi bukak bukak google terus keluar popup page terpilih memenangi baucer RM1000 untuk shopping kat Tesco, Giat atau Mydin. Best sangat la kan kalau betul. Mula-mula macam nak percaya jugak, gatal gak tangan nak klik link yang dia bagi, tapi hati KekNi ragu-ragu pulak. Pastu siap ada tempoh masa tu nak kena jawab soalan. 3 minit je. Mule la KekNi ko yang tamak haloba kalau pasal shopping ni jadi gelabah. Nak klik ke tak, nak klik ke tak?  Ye la sekarang kan macam macam teknik scam dan orang nak menipu ni. Mula mula memang macam nak percaya sebab tetiba guna nama Microsoft 2016 Award, then tahu pulak kita ni pengguna Celcom.  


Srcoll ke bawah Siap ada komen lagi konon konon antara yang berjaya redeen baucher ni. Lagi la KekNi gelabah. Aku nak, aku nak!  Tapi yang menggongnye, semua link yang komen tu tak bole klik pun kalau nak tau detail. Ayat pun skema sungguh. Nampak sangat membongak. Lalu KekNi pun terus gunakan kuasa Google. Google pasal kes macam ni. Dan terbukti ramai kata ni penipuan untuk collect data peribadi kita. Lagi-lagi bagi pengguna perbankan internet tegar macam KekNi ni. Sonang-sonang je diorang dapat semua maklumat peribadi dan bank kita nanti if kita terklik link yang diorang bagi. 

So hati hati ok. Jangan nak berangan jauh jauh kalau orang offer voucher shopping seribu tu. Kalau bagi printed punya bauceer, sap sap soi boleh terus pergi shopping tu tak pe. Tu KekNi akan jadi orang fist shopping nanti. Haha. Kalau nak suruh klik itu ini, isi form bagai semua tu, sorry tak payah layan ok kalau tak rugi di kemudian hari. Nanti  voucher RM1000  tak dapat, duit kat bank pun lesap. Nangis la tak berlagu...

Sekian nasihat khidmat masyarakat dari KekNi engkorang.

Tata. 

Tuesday, February 16, 2016

Home Sweet Home


Hari ni ke udara dari rumah sewa kami. Anak anak tidur awal dah. Rasa tenang sikit. Tenang pasal anak anak semua under control hari ni lagi lagi si Intan. Ye la kalau rumah tok abah dia, punya luas, punya ramai mak sedara, tok, bibik semua, memang payah nak control dia. Ade je kerja dia. Lari bilik sana, lari bilik sini, buat itu buat ini. Ada je projek dia. Pening semua orang ngan perangai dia. Aku pun jadi tarzan je selalu. Kat sini rumah comel je, buat apa apa pun aku nampak. Dia pun tak boeh nak menakal sangat sebab tak de geng nak buli..Hehe.  Kerja dia mengadap tv astro ceria. Dah boring, mintak susu pastu tidur.. Senang kerja iolls.

Lepas maghrib minta nak makan mee macam tok abah masak. Hai la anak. Tok abah dia masakkan dia meegi semalam. Since memang tak ada stok bahan mentah nak masak, aku masakkan la meegi kat dia, tapi tak letak semua perencah la, sikit je. TU pun peluh peluh makan cakap pedas. Tapi habis. Kekenyangan, main-main ngan Adam sambil tengok tv. Dah bosan tengok tv, mintak susu dan tidur terus. Peh. Aman ibu ko kejap malam ni. Adik Adam pun dah tidur jugak. Adam pulak jenis kalau kakak dia tidur awal, dia pun senang nak tidur awal. Sebab tak ada geng dan tak ada orang kacau dia.  Aman kan?

 So sekarang ibu engkorang nak buat kerja dengan aman. 



Saturday, February 13, 2016

Mengalah Untuk Kebahagian

Bismillah Ya Allah..



Aku banyak mengalah,
Walau terpaksa rasa kalah,
Walau terpaksa menyerah,
Sampai aku sendiri lelah.

Mengalah bukan untuk balasan 
Bukan untuk emas hiasan, 
Bukan juga pujian dalam kiasan
Mengalah aku demi kebahagiaan

Cukup bagi aku jika dihargai
Adil dalam cara melayani
Seperti seorang yang punya hati
Bukan seperti manusia yang mati.

Ya Allah..
Peluklah aku walau sekejap saja
Hingga hilang lelahku,
Penatku dan sedihku..



Fahami aku, kasihani aku.

~ coretan rasa sekeping hati ~

Wednesday, February 10, 2016

Rancangan Untuk Tahun 2016

Hai uolls.. Tiba tiba tahun 2016 ni KekNi rasa banyak sangat benda nak kena pikir. Actually 2 perkara je sebanarnya. Hamboi. Banyak sangat ke 2 perkara tu je? Hahaha.. Jangan cerca KekNi. Tu tajuk besar je. Yang tajuk kecil kecil dia lagi KekNi tak huraikan lagi tu.

  1. Berangan nak sambut Annyversary ke 4 tahun perkahwinan kami kat Langkawi
  2. Projek deko-deko rumah baru kami

Konon konon nak tema hitam, putih grey macam ni deko rumah

Rancangan nak holiday ke Langkawi tu memang dah dari tahun lepas lagi. Sadis ye tahun lepas punya Annyversary kita wish pun guna Whatapps je. Masa tu kelam kabut sangat. Bapak mertua masuk hospital, so husband tido hospital la jaga kan. Aku pulak tengah sarat pregnant. Hadiah tak ade, jalan-pun tak ada. Makan kat kedai tomyam biasa je kot meraikan esoknya 27 hb tu. KekNi minta nak cokelat Ferrero Roshe, husband kata nanti tunggu gaji belanja barang dapur sekali nanti. Tup tup, esoknya 28 hb KekNi dah meletop beranak..hahaha. Tak sempat nak tunggu dapat makan cokelat, beranak lalu berpantang. Habis pantang, tak berminat dah nak ferrero roshe lagi. Sedih tauuuu. Masa tu husband pujuk, nanti hujung tahun kita pergi Langkawi Celebrate. Eh, tapi akhir tahun pun dah berlalu, tahun baru dah pun menjelma. Langkawi tetap tak menjelma. 

KekNi dah zikir zikir  dah kt telinga dia jom la Langkawi, jom la Langkawi... Tetiba dapat call dari pejabat Laywer yang rumah yang kami mohon dah lulus. Dalam masa terdekat ni sign agreement. Maksudnya? Maksudnya banyak la duit nak pakai tahun ni untuk rumah baru kami itu. Nak pasang tiles la, nak beli perabut yang belum ada lagi, nak tempah langsir lagi, nak shopping barang deko deko rumah lagi kan. Perabut basic banyak dah kami beli letak kat rumah sewa lipis tu. Cuma ada la kan nak tambah untuk rumah sendiri opkos kena special lebih sikit. So, KekNi dan Langkawi sekarang dah macam terawang awangan gitu.. Nak pergi, ke tak nak pergi ke. Mana yang lebih penting kan? Rasa macam sama penting. Langkawi tetap Langkawi, rumah tetap rumah. Pentamak sangat KekNi kan? 

Cita cita besar nak beli sofa Lshape besar macam ni

So kena kerja keras la awal tahun ni. Cari duit banyak banyak, simpan duit banyak banyak. No more holiday sesuka hatikau lagi kalau betul nak holiday ke Langkawi sempena Annyversary bulan 5 nanti.  KekNi pun dah start buat simpan tepi, KekNi simpan note 20 ringgit yang oren tu uolls.. Sangup beli tabung baru. Tabung ni Khas untuk shopping kat Langkawi kononnya.Duit hotel dan lain-lain tu, lain cerita. Ni khas untuk shopping sajo. So sekarang KekNi memang pantang kalau dapat note RM20 ni, mesti KekNi simpan, tak guna. Sampai rumah, terus masuk tabung. Hari tu keluar duit kat ATM RM200, sekali keluar note RM20 ni 5 keping. Nak nangis KekNi. hahah! Tapi KekNi simpan 2 keping je la. Gila la kalau 1 hari sampai 5 keping nak simpan. 


Tabung Langkawi KekNi

Alhamdullilah la, baru 2 bulan menyimpan guna kaedah ni, dah dapat Rm300. Haaa. Asyik kira je. Asal masuk, kira. Asal masuk, kira. Punya la excited kira duit shopping. Harap sangat la jadi ke Langkawi bulan 5 ni. Kalau tak jadi, hurmm. Jap KekNi pikir kalau tak jadi nak buat ape dengan duit ni. Hehe. Ok memang tak boleh pikir sebab dalam kepala otak ni dah set siap siap nak guna buat shopping pinggan mangkuk, periuk belanga, cokelat dan bermacam lagi kat Langkawi. Tu je niat suci murni tabungan oren ini. 

Pasal rumah tu, kita slow slow kumpul juga. Nak kene lebih rajin untuk tingkatkan bisnes KekNi tu. Alahai, dah anak dua ni memang slow sikit kerja kerja marketing. Masa terhad. Tapi tu bukan alasan kan? Akan ku gagahi juga. 

Semoga semua rancangan KekNi tercapai untuk tahun ini. Semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah. 

Amin
 

Monday, February 8, 2016

Kurang Bertenaga








Lately ni KekNi letih sangat setiap hari. Tak tahu kenapa. Rutin sama je macam hari hari sebelum ni. Tapi keletihan kali ni buat rasa nak berbaring sentiasa. Ya Allah, anak dah dua ni memang besar cabaran dia. Siapa ada cadangan supplement untuk kasi badan bertenaga sentiasa please advise KekNi. Tak menahan rasanya. Hari ni tak masak. Serius tak larat. Masakkan bubur Adam je. Tu pun sampai nak mengesot je ke dapur tu rasa tak larat dia.  Lepas bagi Adam makan, ajak dia tidur, dengan KekNi sekali lelap.

Dalam pukul 2 petang tu, Intan buat perangai, pergi kunci pintu bilik. Pintu tu dah la rosak. Habis dia terkurung dalam tu. Melalak macam nak ape dalam tu. Ya Allah. Memang habis sabar KekNi. Memang tak boleh buka pakai kunci. Kena rentap dari dalam. Terpaksa la KekNi masuk ikut tingkap dari luar. Hazab ye, dah la tinggkap tinggi, dengan badan macam ikan paus ni nak kena memanjat memang la menyinga je kekNi. Bila berjaya masuk bilik tu, dah bersepah muntah satu bilik. Jangan tak tau Intan tu memang ratu muntah! Nangis sikit muntah. Ni nangis macam nak ape, muntah dia tok sah cerita la. Mengucap aku.

Dah la badan letih, melepek je rasa, pastu kena memanjat, lepas tu nak kene setlekan muntah dia pulak.. Ya Allah, Tuhan je la yang tau macam mana. Dengan Adam lagi, Nasib baik la ada maksu dia bleh tolong pegang kejap si Adam tu. Siap lap dan mop satu bilik, ingatkan budak Intan ni reti la serik, reti lah penat melalak tadi lalu tidur. Tapi tak ye, terus buat perangai lagi. KekNi ni sampai tak larat nak jerit dah, Pass button ke Maksu dia pulak tukang jerit. Lantak la Intan,Ibu betul tak larat. KekNi keletihan lagi, masukkan Adam dalam buai, lalu sama sama ketiduran.   




Sunday, February 7, 2016

Resepi Kek Milo Guna Microwave Mudah

Orang cuti raya cina yang panjang ni sibuk ber holiday sana sini. Tapi aku mereput je kat rumah. Boring ok holiday time cuti panjang atau cuti sekolah. Sesak. Jem. Mahal. That why la kami ni suka ber ho ho holiday time bukan cuti panjang, weekday kalau boleh. Amaaaaaaaaaaan sangat. So kat rumah, aktiviti kita makan aje la. Antara yang menarik kami anak beranak buat hari ni ialah buat Kek Milo cawan yang guna microwave tu. Alaaa punya la viral kat facebook kan. Aterr.. Kami pon mencub la. Resepi senang nak arwah ye.  


Tattadaaaa... Ni la rupa kek milo kami yang dihiasi aiskrim vanila dan cokelat cair lebih beli kat cameron hari tu buat celup ngan strawberry.



RUpa sebelum letak toping. Dah Ghupe muffin dah. Kembang setaman.. Haha.. 

Resepi Kek Milo Cawan Microwave Yang Senang Tahap Gaban

4 Sudu Tepung gandum
1 Sudu serbuk penaik
4 sudu gula
4 sudu susu segar
4 sudu minyak
1 biji telur

Campur je semua bahan, kacau sebati. Pastu masak dalam microwave 3 minit. 
Siap!

Kan betul aku cakap senang nak arwah cara buat dia. Hehe..

Wednesday, February 3, 2016

Muzium 3D Cameron Highland

Sambungan Cuti Cuti Cameron Highland hari tu. Destinasi pertama kami hari tu ialah ke Muzium 3d yang baru buka kat Brinchang. Tempat ni baru buka ogos 2015, macam tak ramai orang tahu lagi. So orang tak ramai, maka best la kami ambil gambar puas puas. Tak macam Muzium 3d kat PD, langkawi, pulau pinang dan sebagainya tu yang orang beratur nak ambil gambar. Tapi tak lama lagi famous jugak la 3d Art Gallery Cameron Highland ni.  Bayaran masuk RM18 tak silap. Kanak kanak bawak 90cm free. Intan dah kene baya sebab lebih ketinggian. Huh. Ok jom layan entri bergambar.


Bergambar bersama gorilla. Aloh loh comelnye laki dan anak I.


Tenang je muka nak kena baham dengan badak sumbu ye Intan. .


Papa nak flying, anak sibuk jugak nak tiru.


Adik Adama yang happy dapat merangkak ke seluruh gallery 3d ni. Masuk sini kena tanggal kasut ye.




Sekali lagi. Wajah tenang nak dibaham ikan jerung.


Papa dia.. Mmmm..


Adik beradik


Jeram



Adik konon konon naak main air


Intan masa ni dah buat perangai. Kerja nak baring je atas lantai. 


Hati hati uolls


Budak buat perangai.


Ibu pulak punya turns


Adik sila beri kerjasama!



Ok pandai adik action















Haha.. Tak larat nak bagi caption setiap gambar. Layan je la yek. Sesiapa Yang plan nak pergi sini, silakanlah. KeNi bagi 4 bintang! Lokasi dia kat Nova Square di Brinchang. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails