- Berangan nak sambut Annyversary ke 4 tahun perkahwinan kami kat Langkawi
- Projek deko-deko rumah baru kami
Konon konon nak tema hitam, putih grey macam ni deko rumah
Rancangan nak holiday ke Langkawi tu memang dah dari tahun lepas lagi. Sadis ye tahun lepas punya Annyversary kita wish pun guna Whatapps je. Masa tu kelam kabut sangat. Bapak mertua masuk hospital, so husband tido hospital la jaga kan. Aku pulak tengah sarat pregnant. Hadiah tak ade, jalan-pun tak ada. Makan kat kedai tomyam biasa je kot meraikan esoknya 27 hb tu. KekNi minta nak cokelat Ferrero Roshe, husband kata nanti tunggu gaji belanja barang dapur sekali nanti. Tup tup, esoknya 28 hb KekNi dah meletop beranak..hahaha. Tak sempat nak tunggu dapat makan cokelat, beranak lalu berpantang. Habis pantang, tak berminat dah nak ferrero roshe lagi. Sedih tauuuu. Masa tu husband pujuk, nanti hujung tahun kita pergi Langkawi Celebrate. Eh, tapi akhir tahun pun dah berlalu, tahun baru dah pun menjelma. Langkawi tetap tak menjelma.
KekNi dah zikir zikir dah kt telinga dia jom la Langkawi, jom la Langkawi... Tetiba dapat call dari pejabat Laywer yang rumah yang kami mohon dah lulus. Dalam masa terdekat ni sign agreement. Maksudnya? Maksudnya banyak la duit nak pakai tahun ni untuk rumah baru kami itu. Nak pasang tiles la, nak beli perabut yang belum ada lagi, nak tempah langsir lagi, nak shopping barang deko deko rumah lagi kan. Perabut basic banyak dah kami beli letak kat rumah sewa lipis tu. Cuma ada la kan nak tambah untuk rumah sendiri opkos kena special lebih sikit. So, KekNi dan Langkawi sekarang dah macam terawang awangan gitu.. Nak pergi, ke tak nak pergi ke. Mana yang lebih penting kan? Rasa macam sama penting. Langkawi tetap Langkawi, rumah tetap rumah. Pentamak sangat KekNi kan?
Cita cita besar nak beli sofa Lshape besar macam ni
So kena kerja keras la awal tahun ni. Cari duit banyak banyak, simpan duit banyak banyak. No more holiday sesuka hatikau lagi kalau betul nak holiday ke Langkawi sempena Annyversary bulan 5 nanti. KekNi pun dah start buat simpan tepi, KekNi simpan note 20 ringgit yang oren tu uolls.. Sangup beli tabung baru. Tabung ni Khas untuk shopping kat Langkawi kononnya.Duit hotel dan lain-lain tu, lain cerita. Ni khas untuk shopping sajo. So sekarang KekNi memang pantang kalau dapat note RM20 ni, mesti KekNi simpan, tak guna. Sampai rumah, terus masuk tabung. Hari tu keluar duit kat ATM RM200, sekali keluar note RM20 ni 5 keping. Nak nangis KekNi. hahah! Tapi KekNi simpan 2 keping je la. Gila la kalau 1 hari sampai 5 keping nak simpan.
Tabung Langkawi KekNi
Alhamdullilah la, baru 2 bulan menyimpan guna kaedah ni, dah dapat Rm300. Haaa. Asyik kira je. Asal masuk, kira. Asal masuk, kira. Punya la excited kira duit shopping. Harap sangat la jadi ke Langkawi bulan 5 ni. Kalau tak jadi, hurmm. Jap KekNi pikir kalau tak jadi nak buat ape dengan duit ni. Hehe. Ok memang tak boleh pikir sebab dalam kepala otak ni dah set siap siap nak guna buat shopping pinggan mangkuk, periuk belanga, cokelat dan bermacam lagi kat Langkawi. Tu je niat suci murni tabungan oren ini.
Pasal rumah tu, kita slow slow kumpul juga. Nak kene lebih rajin untuk tingkatkan bisnes KekNi tu. Alahai, dah anak dua ni memang slow sikit kerja kerja marketing. Masa terhad. Tapi tu bukan alasan kan? Akan ku gagahi juga.
Semoga semua rancangan KekNi tercapai untuk tahun ini. Semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah.
Amin
No comments:
Post a Comment