Followers

Thursday, March 10, 2016

Tips Penting Sebelum Berhenti Kerja Untuk Menjadi Suri Rumah

Masa nak ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah dulu, KekNi akui itu bukanlah satu keputusan yang senang nak dibuat. Macam-macam difikirkan, berbelah bagi, itu ini semua nak kena fikir. Stress sampai sakit kepala jugaklah. Tapi gedebush lahir je Intan ke dunia, KekNi terus tetapkan tekad untuk berhenti.

Antara faktor terkuat buat KekNi nak berhenti kerja dan jadi full time house wife ialah Tak sanggup nak tinggalkan anak dengan pengasuh.  Dengan macam-macam berita dera kat tv kan. Nak besarkan anak KekNi sendiri. Hatta dengan Mak / Mak mertua pun KekNi tak sanggup sebab tak nak susahkan diorang. Diorang dah puas jaga anak-anak diorang masa muda dulu, dah tua ni masa untuk diorang berehat, bukan untuk jaga anak kecil lagi.

So lepas je habis pantang, KekNi naik kerja tarus submit notis berhenti kerja 3 bulan. Lega sangat rasa bila dah buat keputusan tu. Punyalah lama pikir, dari start mengandung sampai lahir Intan tu. So lepas pantang KekNi kena kerja 3 bulan lagi sebelum boleh resign. Masa tu, ada lah member member office yang terus terang, teringin nak ikut jejak KekNi jadi suri rumah tapi diorang tak boleh sebab banyak hutang kad kredit la, banyak tanggungan la dan sebagainya.

Ye KekNi faham, dah biasa kerja tentulah dah ada komitment bulan-bulan kan, so kalau nak berhenti kerja tu tak boleh la notis 24 jam terus berhenti, harus buat persediaan dulu. So hari ni KekNi nak share la persediaan awal yang KekNi buat bila keinginan nak berhenti kerja tu dah ada.

1. Hapuskan / Kurangkan Hutang
KekNi bersyukur sangat-sangat sepanjang 5 tahun KekNi kerja makan gaji, KekNi tak pernah ada kredit kad. Memang tak pernah ada niat nak guna kredit kad. Kredit kad sekarang dah jadi macam keperluan kan? Tapi sebolehnya kita elakkan lah. Jadi kalau kita nak berhenti kerja, kita kenalah berusaha untuk hapuskan  hutang atau paling tidak, kenalah kurangkan hutang sebolehnya. Jadi kena lah berusaha selesaikan hutang sebolehnya sebelum berhenti kerja supaya tak rasa terbeban sangat bila dah tak ada income nanti. 


2. Sediakan Simpanan
Simpanan penting sebagai backup untuk kita menghadapi hari hari tanpa income macam masa bekerja. Seeloknya simpanan tu cukup untuk buat backup 3 bulan. Ianya boleh kita gunakan di saat saat kecemasan sekiranya berlaku apa-apa yang tak terjangka nanti bila kita dah jadi surirumah sepenuh masa. Ye la, perancangan Allah kita mana tahu kan. Kot-kot tiba-tiba husband tempat bergantung hilang pekerjaan tiba-tiba ke, ada la duit simpanan kita untuk teruskan hidup sementara dia dapat kerja lain kan. Itu contoh lah. Banyak lagi kmungkinan sebenarnya.

3. Mulakan Idea Untuk Dapatkan Side Income
Walaupun tak ada kredit kad, KekNi banyak juga komitmen lain seperti PTPTN, Loan ASB, pinjaman kereta, bil Internet, bil telefon, duit belanja bulanan parents dan Insurans. So walaupun dah jadi surirumah, KekNi tetap harus ada income bulan-bulan untuk bayar semua komitmen KekNi ni. Memang dari bujang KekNi dah aktif berbisnes online. Dari jual kek bertukar kepada bisnes printing. Masa bujang buat bisnes hanya untuk tambah pendapatan je. Bila dah kahwin, dah nak ada anak, KekNi mula serius buat side income ni. Bila side Income KekNi dah boleh dapat lebih separuh dari gaji bulanan KekNi, keyakinan untuk berhenti kerja tu bertambah. Bertambah yakin untuk berhenti kerja dan tumpukan 100% pada bisnes online. 

4. Enjoy Masa Bersama Rakan-rakan
Haha. Ni persediaan jugak. Masa. Menikmati zaman bekerjaya bersama kawan-kawan. Sebab lepas dah jadi surirumah, memang kehidupan akan berubah banyak. 24 jam adalah masa bersama family, anak-anak sahaja. Nak keluar jumpa kawan pun tak sama perasaan dia macam dulu. Lagi-lagi kalau macam situasi KekNi ni. Asal JB, kerja KL, bila berhenti kerja dan pindah ikut suami ke Pahang, langsung tak ada kawan dah. Jauh semua kawan-kawan.  Kawan dengan anak-anak je la kat umah. So sebelum berhenti kerja tu, enjoy la secara berhikmah masa bersama kawan-kawan tu.   

5. Redha dan Tawakal  dengan keputusan
Yang ini terpaling penting. Kalau tiada redha dalam hatimu untuk meninggalkan kerjaya demi Suami dan Anak-anak, hati korang mesti memberontak, rasa tak ikhlas dan serba serbi tak kena. Awal-awal jadi surirumah memang seronok. Hari-hari tak perlu terkejar-kejar pergi kerja, tak perlu iron baju kerja hari-hari, boleh layan drama sambung-sambung kat tv setiap hari, nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Tapi sampai satu tahap, korang akan rasa bosan dengan rutin baru ni, jauh dari kawan-kawan, bosan kat rumah bila suami keluar kerja. Heee.. kisah benar ni. So kena muhasabah diri, ingat balik niat kita berhenti kerja, redha dan tawakal. Percaya Allah sebaik-baik perancang.

6. Nikmati Keindahan Mejadi Suri Rumah
Bila dah bersedia dengan semua tu, maka nikmatilah keindahan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak ada masalah cuti, boleh pergi holiday bila-bila pasal hari hari adalah cuti, menikmati hari-hari bersama suami dan anak-anak, buat semua kerja rumah untuk suami dan anak-anak, belajar memasak dan macam-macam lagi..

Panjang pulak cerita KekNi hari ni tak macam selalu. Haha.. Biarkan. Bukan selalu dapat ilham menulis macam ni. Semoga perkongsian KekNi ni bermanfaat kepada kamu kami yang sedang kebingungan dalama membuat keputusan untuk berhenti kerja , yang nak meninggalkan zaman wanita bekerjaya, yang bercita-cita untuk jadi fulltime housewife. Ingatlah, keputusan ditanggan kita sendri. Persediaan itu penting supaya kita tak menyesal dikemudian hari. Ini pengalaman KekNi yang baru jadi surirumah sepenuh masa 3 tahun, kisah anda pula bagaimana? Jom share =)

#BilaKekNiMenulisSerius

4 comments:

SYANI said...

Thanks for the tip KekNi..
Semoga satu hari nanti saya pun dapat join KekNi jadi surirumah sepenuh masa.

Aini said...

Amin... semoga tercapai hasrat hati tu =)

Unknown said...

Thanks tips nya :)

Nonton film 720p

Aini said...

sama-sama =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails