KekNi jenis memang akan ber make up kalau keluar rumah. Paling tidak pun mesti alas bedak dan pakai eyeliner. Ye la, muka bukan lawa mana, kene la kasi lawa sikit haihaihai. Haha. Eyeliner tu memang susah nak tinggal la, antara yang wajib pakai bagi nampak seri muka KekNi haa.
Tapi nak pakai eyeliner ni ada caranya juga. Dulu iolls pun tak reti pakai tapi teringin pakai. Lukis-lukis tak jadi menyampah sungguh. Rupanya kalau ikut cara yang betul, kacang je rupanya pakai eyeliner ni. Jom kita lihat 5 best eyeliner tips for women yang semua perlu tahu.
1. TIPS PERTAMA - Sebelum anda gunakan liquid liner, gunakan dahulu pencil liner sebagai panduan ataupun guide. Buat garisan dahulu dengan pencil dan teruskan dengan liquid. Sangat memudahkan i tell you.
2. TIPS KEDUA. Kalau korang jenis yang mempunyai mata sepet ataupun monolids, gunakan liquid atau gel liner untuk lukis arch yang tebal bagi hasilkan line yang sempurna. Jika kelopak mata menutupi eyeliner, lukis garisan berbentuk arch di atas lash line sedikit tebal. Barulah korang dapat the perfect size lines.
3. TIPS KETIGA - Kadang-kala susah untuk dapatkan garisan yang sempurna sebab tangan bergetar. Hewhew. Namun ini boleh diatasi dengan cara lukiskan rough line terlebih dahulu dan tajamkan sembula dengan cotton bud yang diletakkan petroleum jelly.
4. TIPS KEEMPAT - Ni ada tips untuk cara pakai eyeliner yang ramai tak tahu. Kalau eyeliner anda sedikit crumbly, cuba sejukkan dahulu dalam 10 minit sebelum anda gunakannya. Untuk elakkan makeup anda messed up, sejukkan kembali untuk bantu ia regain its shape.
.
5. TIPS KELIMA - Hashtag bukan sahaja untuk Twitter ya! Hahahaha. Anda boleh lukiskan hashtag di luar corner eyelid untuk dapatkan the perfect smoky eye. Kemudian smudge it out menggunakan span. Untuk warna yang lebih gelap dan smokier look, lukiskan lagi hashtag dan ulang langkah yang sama. See... Lawa gila kan?
Sekian saja tips memakai eyeliner dari KekNi.. So boleh praktikkan ye. Daaaaa
No comments:
Post a Comment