Lepas meroyan nak ke Port Dickson untuk holiday, akhirnya last week tercapai jugak hasrat aku nak ke sana. Setelah seminggu jugalah duk survey hotel yang best akhirnya aku pilih Avillion Port Dickson. Kriteria pertama dalam pemilihan hotel aku kali ni adalah bilik hotel mesti mengadap laut dan ada balkoni. Sebab percutian kali ni memang aku nak rehat dan relax dalam bilik memandang laut yang luas gitu. Kita pilih bilik Premium Water Chalet, bilik ni betul betul menghadap laut dan balkoni dia extra luas. Seronok sangat uolls. So nak memancing, nak bersantai aman dan damai sangat-sangat. Sumpah rasa tak cukup 2 hari satu malam duduk sini. Dah la banyak gila aktiviti best kat Avillion ni.
Dari segi keluasan bilik cukup untuk mai 4 beranak. Ada katil king yang selesa gila dan juga day bed yang cukup luas untuk Intan dan Adam. Tnegok la kegembiraan intan yang melompat lompat atas katil tu. Seronok sangat boleh tengok laut dari katil je ha. Bantal pulak punya la banyak. Tak cukup ata katil tu, tu haa dalam almari pun ada extra bantal dan selimut. Kak Nora bagi 5 bintang untuk ini..muehehe. Kat balkoni luar pun ada 2 kerusi santai santai. Balkoni dah la luas, anak-anak seronok la. Aku yang ngeri sebab badan Adam tu halus cukup muat je nak jerlus melalui pagar balkoni tu. So dia memang selalu kena kunci kat dalam time kitorang kat luar..haha.
Intan dan Adam the explorer. Ada je benda dia nak try test.
Adam yang pandai berlakon menunjukkan aksi betapa selesanya katil dia dan kakak untuk hari tu. Konon. Kisah benarnya kul 2 pagi bangun tidur bawah ketiak ibu jugak..huhu.
Balkoni yang besar dengan pemandangan laut yang luas. Seronok memancing kat sini. Suami bawak 1 je joran, dah bergaduh laki bini dua-dua nak mancing, nasib baik ada perkhidmatan sewaan jorang kat sini. Laki yang baik hati pun terus sewakan 1 jorang untuk bini yang konon konon pandai sangat memancing padahal ikat mata kail ngan batu ladung pun tak pandai. Sedih. Haha. Tengok laut tu.. Eee.. rasa nak pergi lagi je.
Untuk bilik Premium Water Chalet ni, kita dapat free evening Cokctail kat Avi Louge yang cantik gila. Tapi sayangnya tempat ni tak boleh bawak kids. So aku ngan husband terpaksa bergilir la makan.
Sumpah cantik uolls. Ni la Avi Lounge. Hakak mampu ambil gambar view sipi je pasal belah sana ada group yang tengah minum. Tak kan nak snap gmbar diorang skali kan?
Laki hakak gigih ambil gambar sendiri kat sini.
Yang menarik kat Avillion port dickson ni, suasa dia hijau ja. Binatang pun banyak. Haha. Contohnya merak ni, selamba je jalan sorang-sorang, tak da kandang pun. Anak-anak teruja sangat dapat tengok bird besar ni.
Tak takut langsung. Jinak je. Cuma bila anak anak aku makin dekat, dia pun slowly berjalan menjauhi anak aku. Haha..Takut dikerjakan mungkin? Tapi kagum sebab pihak hotel biarkan je merak ni merayau tanpa pengawasan. What happen if ada pengunjung yang niat jahat cuik merak cantik ni masuk dalam beg diorang dan bawak balik?? Haaa. Jauh aku pikir kan. Hahaha
Ni masa merak ni acak acah sombong tak nak kembangkan ekor dia.
Antara aktiviti kitorang hari pertama tu ialah mancing. Tapi sedey sebab time air pasang je (Pagi dan Petang) anak-anak ajak mandi swimming pool. Haaa padahal time tu la ikan banyak kan? Budak, selagi tak bawak, berzikir la dia kat telinga kita kan. So bawakkan je la. Mandi sampai petang.
Petang tu bawak naak-anak mandi swiming pool. Seronok sangat haih. Sampai tak nak balik bilik. Eh, budak budak ni. Tak pe, ibu korang kasi can, mandilah sampai penat, balik bilik terus tidur, boleh ibu ngan papa sambung mancing dengan aman pulak kan..
Dinner kita pergi Medan Ikan Bakar Port Dickson. Lepas dinner kita sambung mancing lagi time anak-anak dah tidur. Sampai 1 pagi ok aku gigih mancing walaupun ikan non hado sebab air dah cetek sebab makin surut. Aku excited lagi nak mancing walaupun dah 1 pagi, tapi sebab geng merangkap laki I dah surrender masuk tidur, idok lah aku berani nak tercongok kat balkoni tu memancing sorang-sorang kan? Heee. Gitulah berakhirnya hari pertama.
Hari kedua, lepas subuh aku dah semangat mancing lagi dikala lakiku masih mentido.. Air pulak tengah cantik, terus dapat ikan. Punya excited dapat ikan, terjerit jerit panggil laki suruh cabut ikan dari mata kail. Mancing pandai, nak tarik keluar ikan ngeri pulak. Haha. Pastu pergi breakfast, bawak budak budak mandi swimming pool. Pukul 10 nak balik bilik, lalu kandang haiwan haiwan comel ni. Sekali timing baik, memang masa haiwan ni diberi makan. So kita boleh masuk dalam ni dan bagi haiwan ni makan.
Intan enjoy sangat dapat bagi makan arnab, burung, kura-kura dan ayam dalam ni. Semua jinak-jinak belaka uolls.
Muka dah penat ni, Tapi masih excited bagi arnab makan.
Tengok.. Jinak habis. Adam takut bila burung tu cuba makan dari tangan dia. Dia main campak je makanan atas tanah..huhu.
Ok tu la review utnu kAvillion Port Dickson ni. Terima kasih daun kelad. Next time nak pergi lagi. =)