Bulan ni sempena bulan birthday, dan sempena nak merehatkan diri mengadap kerja yang tak pernah habis (Alhamdullilah rezeki) mulalah keluar perangai KekNi yang gila baca review blogger blogger pasal percutian kat hotel idaman KekNi iaitu Lexis Hibiscus Port Dickson. Best gila kot hotel Lexis Hibiscus ni. Nampak cantik dan tenang sangat. Bestnya kalau dapat stay Lexis Hibiscus ni 1 -2 malam. Tapi harga dia mak daduk, boleh buat bayar rumah sewa 1 bulan..haha. Tapi padan lah dengan hotel dia. Selesa, cantik, pemandangan lawa.
Swimming Pool dan sauna dalam bilik satu hal, yang KekNi paling geram tengok balkoni dia yang luas mata memandang ni. Cantik gila kan. Berangan la malam malam duduk situ sambil makan megi cup. Haha. Nak sangat ni. Kalau duduk Lexis Hibiscus ni confirm tak keluar bilik. Nak menikmati punya pasal..hehe.Duk berehat golek golek atas katil empuk, swimming, malam malam lepak tengok laut. Aduhai. Bestnye la.
Lagi best kalau dapat sponser duduk Lexis Hibiscus ni. Ada sapa nak sponser KekNi stay kat Lexis Hibiscus ni baran 1 @ 2 malam tak? Gagagaga.. =)
No comments:
Post a Comment