Followers

Saturday, February 11, 2017

Rumah Baru Kami

Hahaha..Entri ntah berapa lama dah peram jadi draft tak publish publis lagi. Baru ni dapat sambung. (Baca sambil doa KekNi sambung sampai tamat cerita ok) . ALhamdullilah dah 2 bulan duduk rumah baru, rumah sendiri. Rumah kg je uolls. Alhamdullilah dan terima kasih kat suami yang menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga kecil kami walaupun 4 tahun menunggu. Akhirnya tercapai juga. So entri hari ni kita tunjuk sikit rumah baru kita. Deko masih belum siap 100%. Pelan pelan kayuh lah kan. Iolls bukan jutawan, nak apa semuanya petik jari terus buat uolls (doakan satu hari nanti KekNi jadi jutawan  please). Rumah kami ni tak lari dengan tema merah hitam kegemaran suami. Tapi base cat kita pilih silver terang bagi efek luas.


Ruang tamu kami. Banyak juga barang dari ikea. Sofa dan carpet dari rumah sewa. Nanti nak tukar carpet tu warna hitam / silver atau merah lah kasi matching kan. Nilai 3, mu tunggu aku datang.. Gitu.. Dengar dek laki aku, bernanah telinga kene ceramah banyak sangat duit semua nak baru...hahahah.  Tak pa, yang penting niat kan, niat yang baik untuk kelurga dan rumah sendiri, insyaAllah Allah permudahkan.


Pemandangan dari depan TV, iaitu ruang menuju pintu masuk. Hei, tengok khat atas pintu tu. Tu projek kami laki bini uolls, design dan buat sendiri. Bakal menjadi projek terbaru KekNi nanti tu.  Buaian tu percaya tak kami dapat RM299 saja. Baru tau, kedai perabot buat promosi tapi kena angkut sendiri bawak balik. Nasib muat naik Alza =)



Bahagian dapur pulak. Tema hitam putih seperti dipersetujui bersama.  Dapur kecil je. Comel je senonet uollss.


Ruang makan yang tak siap lagi pasng wallpaper. kekNi pasang sendiri ok. Pun sama tema merah hitam. Meja makan bawak dari rumah sewa hari tu jugak.

Ok tu je la. Nanti kite share gambar bilik bilik pula ya..

Alhamdullilah Habis jugak entri ni hari ni...hahaha


1 comment:

Zainal said...

Rumah yg simple tetapi menarik dekorasinya..semoga Puan sekeluarga mendpt keberkatan kehidupan di rumah baru in..tq for sharing your story

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails