Followers

Saturday, September 30, 2017

Bila Ibu Marah


Ada orang kata jadi suri rumah ni relax banyak, boleh tengok drama sambung-sambung kat tv tiap hari, nak tidur ikut suka, nak rehat iktu suka. Mula-mula masa nak berhenti kerja aku pon ada la anggapan maca mtu. Tapi bila dah masuk 4 tahun jadi suri rumah ni, berlainan benar ye. Lebih lagi aku ni work from home mommy. Bizi dengan kerja, siapkan tempahan customer sekali harung menjalankan tugas suri rumah macam biasa.  Memang ada manis nya, tapi getirnya yang hadap saja tahu. 

Hari biasa, jadual aku mula dengan siapkan dan hantar Intan sekolah, pastu balik rumah siapkan Adam pulak mandi makan, kemas rumah, basuh dan jemur kain, pastu siap2 pulak ke Pejabat Pos, pos barang customer, pastu bukak kedai, stay kat kedai sambil tunggu Intan balik. Pastu amik Intan balik sekolah, balik rumah bagi anak2 makan, kalau suami ada kat umah, masak la pulak tengahari. Kalau suami kerja siang memang tak masak tengahari, tapau siap2 masa keluar atau makan je la apa yang ada simple2 kat rumah tu.  Pong pang pong pang tengok jam dah pkul 2 petang. Sambung siapkan tempahan kat rumah pulak. Kang lepas Asar masak pulak untuk makan malam. Pastu siapkan mandi anak (Basuh beraka anak 3-4 kali sehari tak kira pulak) Kul 7 layan drama tv3 kejap.  Lepas bagi anak laki makan, kau tau je la macam mana keadaan dapur kan. Macam lepas perang. Mengemas lah lagi basuh pinggan, lap lantai segala. Tup tup dah gelap dah. Pastu mengadap kerja lagi, buat marketing, siapkan tempahan. Sebelum tidur setlekan lipat baju 4 beranak. Letih tak letih la kan? Hari hari macam tu. Kau baca pun naik letih. 

Ye aku tau perempuan yang kerja pejabat pon letih jugak, sama jugak beban kerja macam aku. Melainkan kau ade bibik. Tak pon ko jenis tak kisah rumah ko tunggang terbalik, atau laki kau superhero yang buat semua benda dan ko goyang kaki sajo kan. So kesimpulannya aku penat, aku letih. Dengan merut 32 minggu akak 8 bulan ni. Emosi lagi lah letih. Hari ni sabtu, laki cuti. Ingat boleh lah relax sikit sama2 jaga anak, sama sama buat kerja rumah. Tapi sakitnya hati ni bila dia keluar dengan kawan dia dari tenghari sampai malam. Sakit hati dan sakit badan aku kepenatan. 

Anak-anak la kena. Asyik kena marah dengan ibu dia yang dah tak larat ni. Suruh tidur siang dengan harapan aku dapat siapkan order kan, tapi depa dok melompat atas katil macam nak hape. Kejap oran tu nangis, kejap yang ni nangis. Last last mak dia meletop. Terus tidur macam gaya dalam gambar tu lepas 5 minit kena marah. Sedih pulak lepas diorang dah tidur. Rasa bersalah juga marah diorg, biasalah budak kecik kan memang ingat main je. Tapi mak ko tak daya anak.. Terpaksa juga marah supaya korang dengar arahan. Kalau tak, memang tak takut langsung.

Tu je la bebelan aku hari ni.

Aku penat.

2 comments:

aku la... said...

pahammm...tabahlah ibu..kuatkan semangat..kerana itu lah akak masih takut nak menambah anak..akak x sanggup nak hadap saat2 keletihan melampau dengan 2 hero yang sangat aktif..x sampai hati nak jadikan anak2 mangsa amarah bila kita sudah x berdaya..orang lelaki payah nak paham..akak doakan awak dimudahkan segala urusan..Moga Allah bantu awak

Aini said...

yg hadap je memahami kan kak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails