Followers

Thursday, August 31, 2017

Enjoy My Life

Minggu ni kami 3 beranak balik ke Jb tanpa papa. Sebab nak duduk lama sikit kat JB, seminggu lebih macam tu. papa akan datang ambik lepas raya haji. So masa ni rasa enjoy sekejap. Ye la, tak payah kalut pagi2 hantar anak sekolah, bukak kedai, tutup kedai, masak semua. Bukan selalu dapat macam ni. Walaupun ia bukanlah 'me time' yang sebenar (sebab kena angkut buak dua ketol ni ke mana saja) tapi tetap seronok sebab mudah nak bergerak dan berjalan ke mana mana.

Antara aktiviti kat jb setakat hari ni, keluar masuk shopping mall, jalan jalan, enjoy masakan mak, makan seafood, layan budak2 kat dataaran JB, tengok laut, karokea dan lain2.








Jb tanak tumpah darah. Sebati dengan hidup, serasidengan jiwa. masih berharap satu hari nanti akan dapat menetap kat sini semula. InsyaAllah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails