Followers

Wednesday, January 31, 2018

Menu Diet Suku Suku Separuh Ahkak Lagi


Gigih aku upload gambar menu diet aku kali ni. Diet sebelum sebelum ni tak pernah pon. Tapi sebab keazaman, KU Gagajkan jua


Lunch


Lunch


Minum petang


Dinner (tak habis pun ayam)



Breakfast


Tu je la antara menu minggu ni. Kita tengok la berapa total turun minggu ni. Air manis memang tak ambik langsung. Teh hijau sehari 2 @ 3 cawan juga.

Huhu. Moga istiqomah..

Tuesday, January 30, 2018

Dah Kurus Ke?


My latest picture taken during Majlis Aqiqah Puteri bongsu ku Aisyah Medina. Kurus ke ahkak?? Ye Kurus pada muke saja ya. Badan masih over weight sangat ya. Tu tak berani up gambar penuh..haha. Gila low confident sangat nih. 

Ayuh terus berjuang Aini!
Terus Diet!
Terus !
Terus !


Sunday, January 28, 2018

Menu Diet Sihat Aku

Diet aku payah sangat nak istiqomah dan menjadi. Badan dah macam hulk aku rasa. Walaupun habis pantang aku lost 15Kg, tapi berat tu still kategori gemuk lagi ni. Pulak tu balik jb seminggu terus naik 2 kg. Nampak tak betapa senangnye naik berat aku nih. Stress. Sekarang ni tengah berusaha lagi nak kurangkan berat. 

Aku tak ada masalah nak control makan kalau duduk rumah sendiri saje. Aku masak sendri dan kontrol portion suku suku separuh. Minyak kurang dan air manis memang tak sentuh. Ni antara menu aku bila aku duduk sorang kat rumah, laki kerja siang. So menu breakfast, lunch dan dinner adalah clean dan menyihatkan






Masalahnya bila aku keluar rumah, makan kat luar, nampak kfc, nampak pizza, nampak goreng pisang, air jagung, aiskrim, kuih muih segala bagai memang out la aku punya diet. Lagi satu bila suami ada kt rumah siang hari. Memang aku masak menu yang dia suka makan la, masak lemak, goreng goreng, 3 rasa segala bagai. Dah masak tu of course aku sendri tak tahan nak jugak makan menu tu..haha. siap bertambah tambah nasi.

Gitu la masalah diet ahkak. Macam mana ek nak istiqomah berdiet ni? any idea?

Saturday, January 27, 2018

Beli Ink Printer Murah Di Lazada

Gila shopping online tak? Aku antara penggila. Haha. Antara barang  yang aku akan beli online ialah Ink Printer. Dan setakat ni aku memang akan beli ink Printer Epson aku dekat LAZADA.  Reason nya ialah MURAH BERGANDA. Serius. Harga lebih murah berbanding beli dekat kedai. Boleh jimat banyak tau. Jimat DUIT dan jimat MASA. 

So simple je nak membeli kat Lazada ni. Meh sis ajar kalau tak reti.

1. Buka Website Lazada [Klik Link Berikut]: https://www.lazada.com.my
2. Login ke dalam website LAZADA tu
3. Pastu search la barang apa korang nak cari ikut kategori.
4. Lepas tu berlambak la keluar pilihan pilihan yang korang boleh pilih dengan harga berbeza.
5. So pilih la harga yang termurah dan banyak review yg baik. 



Penting untuk tengok review tu supaya kita beli dengan seller yang betul dan boleh dipercayai. Ya la kadang ada pembeli review sampai lambat dari tarikh, barang tak sempurna ke apa ke kan. So dari review ni boleh la buat kita confident lagi nak membeli.

6. Pastu korang check out dan buat payment.
7. Then tungu je abang Lazada or abg pos laju hantar depan pintu rumah korang nanti. 

Senang je dik non. 
Macam macam boleh shopping kat Lazada. Ink Printer, Mainan Anak, Baju Anak, Kasut, Perabot pun boleh beli kat Lazada.

Sekian review ahkak untuk korang yang nak beli online kat LAZADA ni 

Saturday, January 20, 2018

Hadiah Tahun Baru 2018

Hai. Tahun ni rasa berkobar kobar nak update blog selalu. Ye la terpkir aku ni daj menjelang 31 tahun dah. Banyak memori indah boleh share kat sini untuk tatapan masa depan. Gitu kan. Tapi betul la, seronok bila baca entri entri lama yang dulu dulu aku buat. Dari zaman bujang sampai la kahwin. 


Wee.. Panjang lebar pulak mukadimah.  Sebenarnya dari tahun lepas lagi dah nerazam nak kumpul aset emas untuk simpanan dan pelaburan masa depan. Ececeh banyak la ko punya masa depan kan. Ni kalau laki aku baca confirm dia gelak n perli. Ye la dulu aku tak minat pon barang kemas ni. Macam orang tua je pakai emas kononnya.. Tapi sekarang. Berkobar simpan duit nak kumpul setahun 1.  Dan ni lah hasil untuk tahun 2018.  Alhamdullilah. Ni antara hasil simpanan tahun 2017. Bahaya gak simpan duit dalam akaun. Nanti asyik guna buat shopping aje kerojonye. 


Yang ni ya. Yang Love gantung gantung tu hasil last year. Jatuh cinta dengan design ni. Berapa kedai surveu tengok design, tapi design ni memang ada kat semua kedai. Design baru gitu.  


Design pandora ala ala ni sebenarnya aku punya target tahun ni tp tak tau la, terpesong pilih design lain pulak. Tak pe la,kita simpan untuk target 2019 pulak.  Awak tunggu saya ye pandora idaman.. huhu.





Friday, January 19, 2018

Aisyah Medina 2 Bulan



My comel bucuk bucuk is turns 2 months today. Sangat la comel anak ibu yang bungsu ni. Anak anak i semua muka sama je masa newborn sampai 2 bulan. Lepas tu mula ikut acuan masing masing. 

Tak sangka uolls dah 3 anak aku sekarang.  Lepas habis pantang Alhamdullilah emosi aku macam under control. Berbanding masa mengandung memang emosi teramat. Masa pantang pun masih emosi, tapi slowly makin bertenang.  Hopefully berterusan sampai bila bila. 

Satu yang aku perasan, sebenarnya nak elak terlebih emosi atau marah marah, aku kena elak dari jadi penat dan stress. Betul. Sejak beranak 3 ni, aku rasa lagi cool. Aku tak la paksa diri mop rumah tiap hari, mengemas sentiasa, marah anak menyepah. Aku biar je la. Marah pun slow je. Diorg setel main, suruh kemas. Kalau x kemas, aku sendri la kemas..haha. Itu lagi bagus dan menenangkan ok dari paksa2 terjerit jerit suruh diorg kemas. Tu lagi penat dan stress ok. Kemas rumah bila anak anak tido atau keluar.

Bisnes pun aku slowly kan la sikit. No urgent order. Kalau tak nanti terkejar kejar dan stress lalu emosi. 

Bab masak pun kena ada cara. Baru boleh masak cepat. Nanti aku share cam ne.

Eh anak nangis. Nnti sambung lagi. 

Wednesday, January 17, 2018

Ikan Talapia Masak 3 Rasa Macam Kedai


Bila suami kau request nak makan talapia 3 rasa macam kat kedai, maka ni la kejadian nya. Lengkap sekali dengan tomyam putih dan telur dadar. Betul betul macam kedai thai kan? Hehe. Bukan ape. Mula tu aku nak bakar je ikan talapia tu, nak diet sihat kononnya. Sekali suami kate boring dah asyik bakar je, buat la 3 rasa. Buat garing ikannya demand lakiku.

Dah alang alang diet rosak dek ikan yg berenang dalam sekuali minyak, ayuh kita buat menu pelengkap terus. Baru puas hati makan kan. Tu yang jadinya tomyam putih dan telur dadar tu. Jahanam diet. Diet yang tak jadi jadi. Macam mana ek nak diet kalau hari hari masak. Nak masak asing kat aku sorang menu diet memang boleh. Tapi masalahnye nafsuku tak tertahan tengok menu org tak diet yang aku sendri masak tu. Hahaha.

Hai la badan.. Bila la nak kurus macam ni..

Thursday, January 11, 2018

Farid Kamil Tampar Polis Dah Kenapa

Dah kenapa weh hari ni kecoh Dato Farid Kamil lempang polis. Ada terbaca Report polis pasal Farid Kamil ni pelempang polis dan org awam. Ceritanya dalam report tu Farid Kamil mintak tolong org tu kat tepi jalan dia excident katanya, minta tolong bawa ke balai polis. Kat balai polis tu dia duk pelempang orang tu dan polis sekali.

Pasaipaaaa jadi lagu tu. Muka hensem, bini lawa, pangkat Dato lagi tapi katanya positif ganja.. Ape citer??

Terus menjemah aku haaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails