My comel bucuk bucuk is turns 2 months today. Sangat la comel anak ibu yang bungsu ni. Anak anak i semua muka sama je masa newborn sampai 2 bulan. Lepas tu mula ikut acuan masing masing.
Tak sangka uolls dah 3 anak aku sekarang. Lepas habis pantang Alhamdullilah emosi aku macam under control. Berbanding masa mengandung memang emosi teramat. Masa pantang pun masih emosi, tapi slowly makin bertenang. Hopefully berterusan sampai bila bila.
Satu yang aku perasan, sebenarnya nak elak terlebih emosi atau marah marah, aku kena elak dari jadi penat dan stress. Betul. Sejak beranak 3 ni, aku rasa lagi cool. Aku tak la paksa diri mop rumah tiap hari, mengemas sentiasa, marah anak menyepah. Aku biar je la. Marah pun slow je. Diorg setel main, suruh kemas. Kalau x kemas, aku sendri la kemas..haha. Itu lagi bagus dan menenangkan ok dari paksa2 terjerit jerit suruh diorg kemas. Tu lagi penat dan stress ok. Kemas rumah bila anak anak tido atau keluar.
Bisnes pun aku slowly kan la sikit. No urgent order. Kalau tak nanti terkejar kejar dan stress lalu emosi.
Bab masak pun kena ada cara. Baru boleh masak cepat. Nanti aku share cam ne.
Eh anak nangis. Nnti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment