Followers

Thursday, March 15, 2018

Bayi 2 Tahun Mati Tertinggal Dalam Kereta

Kes anak umur 2 tahun meninggal dunia sebab ditinggalkan 4 jam dalam kereta buat semua orang sedih membacanya. Aku rasa ni bukan kes pertama, banyak juga dah kes macam ni. Bukan ditinggalkan, tapi ibunya tertinggal anak tu dalam kereta masa tergesa gesa nak masuk kerja. Anak tu diletakkan dalam car seat kat belakang. Dan maybe anak tu tido masa ibunya tinggalkan dia dalam kereta tu. Tidak lah aku salahkan ibunya 100%. Siapalah nak jadi macam tu kan. Lagi lagi ibu kandung sendri. Jangan kutuk, maki hamun, marah marah ibunya cuai. Sebab kita pun tak tau nasib kita macam mana sepanjang hidup ni. 

Aku bila baca berita ni, sedih sangat. Dan teramat takut kalau terjadi pada diri sendiri. Ye la, kita manusia biasa. Kadang terlupa, kadang tercuai. Lagi pula ibu yang sibuk. Macam-macam dalam otak, pikir nak masuk kerja, pikir pasal anak2, pikir pasal kerja rumah. Semua benda pun nak fikir. Sampai jadi celaru dan terlupa sesuatu benda yang lain.. Contohnya kisah yang jadi kat aku malam ni. Ya Allah tersentak sangat aku malam ni. Tapi aku bernasib baik Allah masih maha penyayang, maha berkuasa, masih beri peluang kat aku atas kecuaian aku malam ni.

....................
Ceritanya macam ni.

Lepas mengajar Intan membaca kat bilik tadi, Aisyah pulak elok tertido atas katil. Aku pun amik la peluang tu pergi dapur nak clearkan dan kemas apa yang patut sementara si kecik tu tidur. So basuhlah pinggan kat sinki. Sambil tu aku rebus air dalam periuk dan rebus botol-botol susu anak. Tengah tengah basuh pinggan dengar Aisyah menagis kat bilik, tak lain tak bukan Adam la tu kacau. Terus aku tinggalkan pinggan mangkuk tu dan pergi tidurkan Aisyah balik. Susukan Aisyah sambil tengok phone. Aisyah dah lelap, Adam dan Intan pun lelap lepas kena marah kacau adik. Rasa macam amannya dunia, boleh lah ibu ko melabur kat toilet dengan tenang bila semua dah tidur kan. 

So masuk la bilik air pulak, tengah2 melabur tu tiba tiba aku dengar bungi berdesir kuat. Mula mula ingatkan bunyi hujan. Tapi tak hujan pun. Cepat-cepat keluar bilik, rupanya bunyi tu dari dapur. Ya Allah ya Tuhanku... Rupanya periuk aku rebus botol tadi dah kering kontang airnya.. Bunyi berdesir tu bila air dah kering dalam periuk. Sampai cair botol-botol dalam periuk tu. AKU LUPA AKU TENGAH REBUS BOTOL SUSU ANAK!!!  Ya Allah. Cepat-cepat aku tutup api dapur. Nasib la aku masih belum tidur. Tak dapat bayangkan kalau lah aku tertidur, dah tutup pintu bilik semua, mesti aku tak dengar bunyi tu, pastu tak tau pe akan jadi. Atau kalau lah lepas basuh pinggan tu aku keluar pergi amik Intan sekolah ke, pejabat pos ke, apelah jadi lepas tu? Nauzubillah minzalik.. Ya Allah.. Laju jantung aku. Laju sangat. 

Terus teringat kes Budak 2 tahun meninggal dalam kereta sebab ibu dia TERLUPA yang anak dia ada dalam kereta. 

TERLUPA.   Ya aku pun terlupa.  Cuma bezanya aku terus sedar periuk dah kering, tapi ibu tu sedar selepas 4 jam.. Betapa bahanya terlupa ni kan? Aku paling takut bab terlupa ni, lagilah lepas bersalin memang aku akan jadi double pelupa. Suami aku tau sangat.  AKu memang tak boleh bila buat satu benda tu, tetiba orang panggil buat benda lain, automatik aku akan terlupa apa yang aku sedang buat sebelum tu. Ni la yang jadi malam ni. Tapi Allah masih nak tolong aku, masih beri amaran. 

Ya Allah.. 

Aku harap dan aku doa sangat benda macam ni tak kan terjadi lagi.. 


Thursday, March 8, 2018

Bercuti Ke Kuala Terengganu Part II


Woowie.. Indanya nikmat Allah beri. Bangun bangun pagi bukak pintu terus nampak laut. Pemandangan super cantik dari bilik Hotel Primula ni.  Pemandangan kakak bagi 5 bintang. Tapi hotelnya kurang la. Slinding door pun bercapuk, nampak lama, so kalau tutp pintu memang still nampak pantai, tapi sakit mata memandang. Primula Beach Hotel perlu di upgrade. Tapi kaka tak cerewet mana, dah excpect awal dah lepas baca review kat agoda, ramai kata perabot lama, hotel lama. Tapi at the same time ramai puji pemandangan lawa, tempat strategik dan lain-lain lagi. So tak yah cerewet sangat. 


Ok bangun pagi siap siap kita breakfast kat hotel. Menu macam biasalah hotel. Tapi this is Terengganu ok. Orang Terengganu pagi pagi makan nasi dagang, so nasi dagang adalah special menu breakfasr kat Primula Hotel ni. Aku tak makan pun. Huhu.. Ada soto, aku bedal soto. orang johor kan... Harusss. Haha


Lepas breakfast, budak budak pun dah tak sabor nak swimming. Tapi kolam untuk budak budak pun agak dalam la untuk budak bawah 6 tahun. 3 kaki dalam ko. Memang tak jejak kaki la budak tu. Intan pakai pelampung, Adam langsung tak mandi, takut sebab dalam sangat. Aisyah ko tengok la, duk rilex seambak tepi kolam dengan peha gebu dia tu. 


Mengaku superman tapi takut terjun kolam.  Mansi kejap je sebab hujan pulak dah. Malas la nak lenjan budak ni dengan hujan. Diorang ni memang senditif kat hujan. Serik la demam 2 minggu hari tu. Tobat la jangan demam lagoi. Pengsan ibu ko.



So anik bilik, mandi mandi siap lawa lawa semua, kita nak teruskan misi cuti- cuti Kuala Terengganu kita hari kedua.  So seterusnya kita tak nak cakap banyak, layan gambar je ok.


Tempat pertama ialah Masjid Kristal. Majlis Kristal sebelah Taman Tamadun Islam je. Tapi papa diorang malas masuk Taman Tamadun Islam tu sebab dia dah pernah masuk ikut rombongan sekolah dulu. So kita ambil gambar kat area masjid Kristal saja. Cantik sungguh.


Nampak tak bukan senang nak ajak bergambar. Berpeluh ketiak mak kau nak ajak bergambar. Aisyah syok tido dalam carrier. Lepas tu kita pergi Pasar Payang pulak. Tapi  dtak berapa best g hari Jumaat. Banyak kedai tutup. Dapatlah beli perikut kukus RM25, baju baju terengganu,  kain cotton. Haha.. Tak boroang batik pun sebab iolss laki bini bukan kerja kerajaan dan tak minat batik pon.  Lepas tu beli makanan kat bawah. Papa diorg konon nak beli telur penyu, sekali tengok harga dia 4 biji Rm35 terus sengih je tak jadi. Hahaha.. Habis ingat murah macam telur ayam sepapan RM10?? 



Siap membeli ayuh la angkut barang ke kereta. Sementara tunggu papa ambik kereta, aku suruh intan posing laju laju kat dinding kedai area kawasan Pasar Payang tu. Eh elok pulak ekspresi muka intan dengan lukisan lukisan kat situ.  


Menyirap atok tu tengok kegedikkan Intan. Hehe. Intan happy sangat la holiday kali ni. Tak ada moody. Kecuali bila kena buli dengan adam.  Lepas ke Pasar Payang, kita cari makan pulak. Tapi banyak kedai tutup Solat Jumaat. Last2 tapau macdonal je kat anak. Lepas jumaat Misi mencari kedai Celup tepung Pok Nong yang popular. Kita sampai kedai tu pukul 3, Kedai baru buka tapi orang dah start beratur. Kegilaan apekah itu. Budak budak semua kepenatan tido dalam kereta. Aku pergi beratur. Dalam 40 minit macam tu, baru la dapat celup tepung ahkak..hahahah. 


Ambil sotong 2 ekor dan udang 10 ekor/ Total RM26. tengok x tamak kan? Sikit je amik. Tapi salah konsep tu. Patut tamak la lagi. Ambik banyak lagi. Sebab bila dah balik, rasa menyesal tak ambik banyak. Sampai rumah, laki bini teringat ingat celup tepung sedap sedap ni semua! MENYESAL ambik sikit!  Hahaha... serius weh tak tipu.  Sedap. Warung ni pulak tepi laut. Peh.. Seafood memang frsh sangat. Yang makan kat Batu Buruk forst day tu hampeh! Dah la tak fresh, rasanya dia goreng dah berapa kali dah tu. 


Kat depan gerai Pok Nong ada buaian macam ni tepi pantai. Anak anak baru bangun tido. Maka pak dah kenyang bari kejut anak. Hahaha. Alaa diorang mana layan seafood ni. Lagipun diorang dah kekenyangan makan macdonal tadi. Yang dioramg suka main buai macam ni.. 


Angin kuat, ombak pun kuat.  Lepas tu kitorang pun balik ke Hotel dengan perut yang buncit kekenyangan. Rehat kejap je. Pastu kita turun main pantai kat bawah hotel. Best gilaaaaa.  Pantai tak boleh mandi. Ombak kuat dan pantai pun curam sangat weh. Seram. So kita main main pasir di gigi air saje. Tapi syok ooo tengok laut, tengok langit. Balik rumah macam nak gila basuh baju nak hilangkan pasir. Haha



Serunutnya!


My family. 


Malam kita repeat makan seafood kat Kuala Ibai lagi. Ni la kedai dia. Ni pun gambar Intan yang ambik. Gambar makanan tak ambik jugak akhirnya..haha. Punya gelojoh nak makan sebelum Aisyah terjaga dari tidur. Malam tu menu kitoang ;

Kerapu 3 rasa
Sotong Tepung
Telur dadar
Udang Bakar (Besar tapak tangan) 
Nasi Goreng Udang
Nasi Putih  3
Air Buah
Milo Ais
Nes Ais

TOTAL RM80. 

Berbaloi kan harga?  Sedap dan murah. So sape cari tempat makan best kat terengganu, sila la pergi Kedai Ikan Bakar Kuala Ibai ni. InsyaAllah tak mengecewakan.


Ok habis Part II. Tunggu part last pulak. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails