Kes anak umur 2 tahun meninggal dunia sebab ditinggalkan 4 jam dalam kereta buat semua orang sedih membacanya. Aku rasa ni bukan kes pertama, banyak juga dah kes macam ni. Bukan ditinggalkan, tapi ibunya tertinggal anak tu dalam kereta masa tergesa gesa nak masuk kerja. Anak tu diletakkan dalam car seat kat belakang. Dan maybe anak tu tido masa ibunya tinggalkan dia dalam kereta tu. Tidak lah aku salahkan ibunya 100%. Siapalah nak jadi macam tu kan. Lagi lagi ibu kandung sendri. Jangan kutuk, maki hamun, marah marah ibunya cuai. Sebab kita pun tak tau nasib kita macam mana sepanjang hidup ni.
Aku bila baca berita ni, sedih sangat. Dan teramat takut kalau terjadi pada diri sendiri. Ye la, kita manusia biasa. Kadang terlupa, kadang tercuai. Lagi pula ibu yang sibuk. Macam-macam dalam otak, pikir nak masuk kerja, pikir pasal anak2, pikir pasal kerja rumah. Semua benda pun nak fikir. Sampai jadi celaru dan terlupa sesuatu benda yang lain.. Contohnya kisah yang jadi kat aku malam ni. Ya Allah tersentak sangat aku malam ni. Tapi aku bernasib baik Allah masih maha penyayang, maha berkuasa, masih beri peluang kat aku atas kecuaian aku malam ni.
....................
Ceritanya macam ni.
Lepas mengajar Intan membaca kat bilik tadi, Aisyah pulak elok tertido atas katil. Aku pun amik la peluang tu pergi dapur nak clearkan dan kemas apa yang patut sementara si kecik tu tidur. So basuhlah pinggan kat sinki. Sambil tu aku rebus air dalam periuk dan rebus botol-botol susu anak. Tengah tengah basuh pinggan dengar Aisyah menagis kat bilik, tak lain tak bukan Adam la tu kacau. Terus aku tinggalkan pinggan mangkuk tu dan pergi tidurkan Aisyah balik. Susukan Aisyah sambil tengok phone. Aisyah dah lelap, Adam dan Intan pun lelap lepas kena marah kacau adik. Rasa macam amannya dunia, boleh lah ibu ko melabur kat toilet dengan tenang bila semua dah tidur kan.
So masuk la bilik air pulak, tengah2 melabur tu tiba tiba aku dengar bungi berdesir kuat. Mula mula ingatkan bunyi hujan. Tapi tak hujan pun. Cepat-cepat keluar bilik, rupanya bunyi tu dari dapur. Ya Allah ya Tuhanku... Rupanya periuk aku rebus botol tadi dah kering kontang airnya.. Bunyi berdesir tu bila air dah kering dalam periuk. Sampai cair botol-botol dalam periuk tu. AKU LUPA AKU TENGAH REBUS BOTOL SUSU ANAK!!! Ya Allah. Cepat-cepat aku tutup api dapur. Nasib la aku masih belum tidur. Tak dapat bayangkan kalau lah aku tertidur, dah tutup pintu bilik semua, mesti aku tak dengar bunyi tu, pastu tak tau pe akan jadi. Atau kalau lah lepas basuh pinggan tu aku keluar pergi amik Intan sekolah ke, pejabat pos ke, apelah jadi lepas tu? Nauzubillah minzalik.. Ya Allah.. Laju jantung aku. Laju sangat.
Terus teringat kes Budak 2 tahun meninggal dalam kereta sebab ibu dia TERLUPA yang anak dia ada dalam kereta.
TERLUPA. Ya aku pun terlupa. Cuma bezanya aku terus sedar periuk dah kering, tapi ibu tu sedar selepas 4 jam.. Betapa bahanya terlupa ni kan? Aku paling takut bab terlupa ni, lagilah lepas bersalin memang aku akan jadi double pelupa. Suami aku tau sangat. AKu memang tak boleh bila buat satu benda tu, tetiba orang panggil buat benda lain, automatik aku akan terlupa apa yang aku sedang buat sebelum tu. Ni la yang jadi malam ni. Tapi Allah masih nak tolong aku, masih beri amaran.
Ya Allah..
Aku harap dan aku doa sangat benda macam ni tak kan terjadi lagi..
No comments:
Post a Comment