Woowie.. Indanya nikmat Allah beri. Bangun bangun pagi bukak pintu terus nampak laut. Pemandangan super cantik dari bilik Hotel Primula ni. Pemandangan kakak bagi 5 bintang. Tapi hotelnya kurang la. Slinding door pun bercapuk, nampak lama, so kalau tutp pintu memang still nampak pantai, tapi sakit mata memandang. Primula Beach Hotel perlu di upgrade. Tapi kaka tak cerewet mana, dah excpect awal dah lepas baca review kat agoda, ramai kata perabot lama, hotel lama. Tapi at the same time ramai puji pemandangan lawa, tempat strategik dan lain-lain lagi. So tak yah cerewet sangat.
Ok bangun pagi siap siap kita breakfast kat hotel. Menu macam biasalah hotel. Tapi this is Terengganu ok. Orang Terengganu pagi pagi makan nasi dagang, so nasi dagang adalah special menu breakfasr kat Primula Hotel ni. Aku tak makan pun. Huhu.. Ada soto, aku bedal soto. orang johor kan... Harusss. Haha
Lepas breakfast, budak budak pun dah tak sabor nak swimming. Tapi kolam untuk budak budak pun agak dalam la untuk budak bawah 6 tahun. 3 kaki dalam ko. Memang tak jejak kaki la budak tu. Intan pakai pelampung, Adam langsung tak mandi, takut sebab dalam sangat. Aisyah ko tengok la, duk rilex seambak tepi kolam dengan peha gebu dia tu.
Mengaku superman tapi takut terjun kolam. Mansi kejap je sebab hujan pulak dah. Malas la nak lenjan budak ni dengan hujan. Diorang ni memang senditif kat hujan. Serik la demam 2 minggu hari tu. Tobat la jangan demam lagoi. Pengsan ibu ko.
So anik bilik, mandi mandi siap lawa lawa semua, kita nak teruskan misi cuti- cuti Kuala Terengganu kita hari kedua. So seterusnya kita tak nak cakap banyak, layan gambar je ok.
Tempat pertama ialah Masjid Kristal. Majlis Kristal sebelah Taman Tamadun Islam je. Tapi papa diorang malas masuk Taman Tamadun Islam tu sebab dia dah pernah masuk ikut rombongan sekolah dulu. So kita ambil gambar kat area masjid Kristal saja. Cantik sungguh.
Nampak tak bukan senang nak ajak bergambar. Berpeluh ketiak mak kau nak ajak bergambar. Aisyah syok tido dalam carrier. Lepas tu kita pergi Pasar Payang pulak. Tapi dtak berapa best g hari Jumaat. Banyak kedai tutup. Dapatlah beli perikut kukus RM25, baju baju terengganu, kain cotton. Haha.. Tak boroang batik pun sebab iolss laki bini bukan kerja kerajaan dan tak minat batik pon. Lepas tu beli makanan kat bawah. Papa diorg konon nak beli telur penyu, sekali tengok harga dia 4 biji Rm35 terus sengih je tak jadi. Hahaha.. Habis ingat murah macam telur ayam sepapan RM10??
Siap membeli ayuh la angkut barang ke kereta. Sementara tunggu papa ambik kereta, aku suruh intan posing laju laju kat dinding kedai area kawasan Pasar Payang tu. Eh elok pulak ekspresi muka intan dengan lukisan lukisan kat situ.
Menyirap atok tu tengok kegedikkan Intan. Hehe. Intan happy sangat la holiday kali ni. Tak ada moody. Kecuali bila kena buli dengan adam. Lepas ke Pasar Payang, kita cari makan pulak. Tapi banyak kedai tutup Solat Jumaat. Last2 tapau macdonal je kat anak. Lepas jumaat Misi mencari kedai Celup tepung Pok Nong yang popular. Kita sampai kedai tu pukul 3, Kedai baru buka tapi orang dah start beratur. Kegilaan apekah itu. Budak budak semua kepenatan tido dalam kereta. Aku pergi beratur. Dalam 40 minit macam tu, baru la dapat celup tepung ahkak..hahahah.
Ambil sotong 2 ekor dan udang 10 ekor/ Total RM26. tengok x tamak kan? Sikit je amik. Tapi salah konsep tu. Patut tamak la lagi. Ambik banyak lagi. Sebab bila dah balik, rasa menyesal tak ambik banyak. Sampai rumah, laki bini teringat ingat celup tepung sedap sedap ni semua! MENYESAL ambik sikit! Hahaha... serius weh tak tipu. Sedap. Warung ni pulak tepi laut. Peh.. Seafood memang frsh sangat. Yang makan kat Batu Buruk forst day tu hampeh! Dah la tak fresh, rasanya dia goreng dah berapa kali dah tu.
Kat depan gerai Pok Nong ada buaian macam ni tepi pantai. Anak anak baru bangun tido. Maka pak dah kenyang bari kejut anak. Hahaha. Alaa diorang mana layan seafood ni. Lagipun diorang dah kekenyangan makan macdonal tadi. Yang dioramg suka main buai macam ni..
Angin kuat, ombak pun kuat. Lepas tu kitorang pun balik ke Hotel dengan perut yang buncit kekenyangan. Rehat kejap je. Pastu kita turun main pantai kat bawah hotel. Best gilaaaaa. Pantai tak boleh mandi. Ombak kuat dan pantai pun curam sangat weh. Seram. So kita main main pasir di gigi air saje. Tapi syok ooo tengok laut, tengok langit. Balik rumah macam nak gila basuh baju nak hilangkan pasir. Haha
Serunutnya!
My family.
Malam kita repeat makan seafood kat Kuala Ibai lagi. Ni la kedai dia. Ni pun gambar Intan yang ambik. Gambar makanan tak ambik jugak akhirnya..haha. Punya gelojoh nak makan sebelum Aisyah terjaga dari tidur. Malam tu menu kitoang ;
Kerapu 3 rasa
Sotong Tepung
Telur dadar
Udang Bakar (Besar tapak tangan)
Nasi Goreng Udang
Nasi Putih 3
Air Buah
Milo Ais
Nes Ais
TOTAL RM80.
Berbaloi kan harga? Sedap dan murah. So sape cari tempat makan best kat terengganu, sila la pergi Kedai Ikan Bakar Kuala Ibai ni. InsyaAllah tak mengecewakan.
Ok habis Part II. Tunggu part last pulak.
No comments:
Post a Comment