Followers

Sunday, October 28, 2018

Kenangan Kena Kejar Secret Admire Kononnya




Tetiba rasa nak story pasal kenangan kena kejar dengan secret admire kat bus stand  masa zaman bojang bojang dulu.. Saja sebagai kenangan. Nanti dah tua boleh baca balik kat blog ni. Masa tu aku belum ada kereta lagi. So pergi dan balik kerja naik bas atau teksi lah. Kejadian ni berlaku kat bus stand tempat aku setiap hari tunggu bas pergi dan balik kerja. 

Masa balik kerja petang tu, sabaik je turun dari bas, sorang laki cepat2 keluar dari kereta wira yang diparking kat bus stop tu. Omg aku mula-mula terkejut la apehal orang ni parking kete kat tempat bas pastu kelam kabut kelam kabut keluar ni. Pastu orang ni boleh pulak ikut aku, say hi ke asalamualaikum macam tu, tak ingat sebab aku macam takut pulak tetiba orang tak kenal tegur kan.  Aku jawab sambil jalan laju-laju naik jejantas. 

Dupdap sangat jantung. Dia ikut naik jejantas, ikut jalan laju macam aku gak sambil explain Nama dia (tak ingat).  kerja Cikgu, dah lama dia tunggu nak cakap ngan aku, selama ni dia tengok je aku hari hari turun bas kat situ tapi hari tu dia beranikan diri nak berkenalan. Adoi lagi seram la kan diperhatikan. Sambil jalan ketakutan tu, aku cakap tak nak tak nak. Dalam hati takut ntah siapa dia ni, orang jual orang ke ape kan. Turun jejantas, terus aku pergi kat abang jual air kelapa yang memang dah kenal aku tu. Abg tu jual air kelapa belakang bus stop. Memang aku selalu la beli semenatara tunggu bas. Eh laki tu ikut jugak weh. Abg jual air kelapa tu pun pelik tengok aku macam takut kan. Tapi aku tak bagitau ape ape pun kat abg tu. Cuma aku takut ngan laki tu that why la aku gi kat abg tu pulak. 


Minah Baju kurung oren ni la yg kena kejar. Haha. 

Pastu laki ni duk la cerita ikhlas nak berkenalan, nak buat isteri. minta no telefon. Kata dia selalu tengok aku tungu bas dengan baju kurung macam ni,  terpikat hati dia. Adoi ngeri. Memang tak la aku bagi. Hamboi senang nye nak buat bini, kenal pun tidak. Ntah ko jual aku ke ape ke nak.  Aku cakap, aku ni tunang orang. Dia kata, tipu la, tak ada cincin pon. Haa sudah. Minggu tu aku gaduh ngan tunang. Kalau gaduh lama macma tu, biasanya kite akan emo terlebih lalu kita tanggal segala cincin tunang, cincin merisik. Konon single mcm tu.  So dah dekat bustand yang ramai orang tu, aku berani la sikit. Tak macam kat jejantas tadi tak ada orang kan. In case apa2 jadi, or tak mungkin jadi la sebab kawasan ramai orang kan . Sepanjang aku tunggu bas tu, dia duk la tunggu aku berbual sikit. Dia minta peluang berkenalan, kalau lepas dah kenal, aku tak suka dia, tak pe dia tak kacau  dah katanya. Nampak macam kesian pulak cakap macam tu. Haha. Aku tanya dia, cikgu sekolah mana? Dia kata rahsia la pulak. Kena bagi no tel dulu baru boleh cerita. Ehhhh.. Tadi nak berkenalan, pastu nak rahsia pulak. Cancle lah. 

Aku tetap tak bagi la no tel. Kalau iktu rasa marah tengha bergaduh ngan tunang masa tu, nak je bagi no tel buat isi masa lapang kan..haha. Tapi kesetiaanku tiada berbelah bagi, so sampai sudah dia tak dapat no aku. Dalam 20 minit macam tu, bas aku pun sampai. Dalam hati jangan la dia ikut naik bas pulak. Nasib baik dia tak ikut, tapi dia pass no telefon dia yang dia sempat tulis atas kertas. Dia suruh call/ msg dia. Haha.. aku sengih je. pastu aku terus naik bas. Dia babai dari bawah.. Pehh.. nasib ta ikut. Masih dup dap aku dalam bas tu takut esok dia tunggu lagi. Tapi esoknya cuti sebab awal puasa. Pastu bulan puasa tu aku start balik awal dari biasa.  So jadual aku tunggu nas pun dh berubah kan. Dia tak nampak la aku kat bus stop macam kebiasaan. So aku pun tak de dah jumpa dia lagi.

Gitu la cerita nya. Macam drama pulak aku rasa. Tapi serius takut la lagi lagi kat jejantas tu. Jejantas tu  tak ada orang weh, kalau kena ragut ke, tikam ke atas tu memang orang tak nampak. Sedar2 jumpa mayat je atas jejantas cam ne? Haaa.. mintak simpang kan. Alhamdullilah takjadi macam tu.  Berapa bulan lepas tu aku beli kereta dan say good bye kat jejantas dan bustop.. Haha. 


Dan hari hari berlalu pergi balik kerja dengan myvi aku ni. Ni gambar awal-awal beli kereta.  Macam macam kenangan sepanjang turun naik bas pergi kerja dulu. Kan ku simpan menjadi memori yang abadi.. 


Tuesday, October 23, 2018

Intan Payung

Berapa hari ni Intan tak berapa sihat. Luluh hati aku sebagai ibu tengok dia macam tu. Tak berapa selera nak makan, lemah je badan, tak aktif dan membuas macam selalu. Dia asyik kata sakit perut. Kadang makan sikit, muntah. Ada sekali tu, dia kata dia lapar, nak bubur nasi. Tapi makan berapa suap je terus lari ke bilil air, sakit perut dan muntah.

Bila jadi macam ni, mulalah hati aku sesal selalu marah bila dia asyik menyepah rumah, bergaduh ngan adik dia, melompat atas sofa semua tu. Hakikat sebenar, bila anak tak sihat dan lemah macam ni, kita akan rindu perangai2 dia yang buat kita marah tu. Tak pe lah menakal mcm tu daripada terlepek lemah macam sekarang. Nikmat sihat yang aku syukuri.

Semalam tadika dia ada lawatan le Balai Bomba. Dari jumaat dia tanya bila nak hari isnin. Teruja nak pergi walaupun badan tak berapa sihat. Aku cakap, kalau Intan kurang makan, asyik sakit perut, tak boleh pergi Bomba.






Isnin tu dia bangun awal, semangat kejut ibu nak suruh hantar pegi tadika, ada lawatan ke bomba. Bangun tu bersemangat. Tapi lepas dah siap mandi dan pakai baju, nampak lemah lagi. Tapi dia tak cakap apa, takut aku tak bagi pergi agaknya. Sampai kat Bomba pun dia tak berapa banyak bercakap, namapak sangat dia gagahkan diri walaupun tak sihat.

Ibu doakan Intan sembuh sihat macam biasa. Kembali ceria macam biasa..

Love U anak sulung ibu..

Monday, October 22, 2018

Genting Highland Jalan-Jalan Cari Penat

Actually tak plan pun nak pergi Genting Hari tu. Kebetulan papa dia nak servis kereta kat Raub time dia cuti, saja aku seloroh bila anak tanya nak pergi mana, aku cakap pegi Genting. Sekali betulbetul papa dia drive ke Genting. Huish. Sebenarnya dalam hati sebebal rasa sebab teringat aku punya mengidam yang terkahir sebelum bersalin Aisyah hari tu nak ke Genting tapi tak kesampaian. Hari yang sepatutnya kitorang pergi Genting tu, aku keluar tanda dan beranak..Terkilan habis masa tu.  Tangguh punya tangguh last last sampai beranak tak dapat pergi. Marah sungguh hati masa tu, sampai dalam pantang pun masih emosi. Huhu. 


Jalan jalan naik cable car je pon. Balik hari je. Parking kat GPO, pastu jalan cari cable car, naik sampai atas.  


 My Cheeky girl yang takleh lama atas stroller. Sejuk gila time tu. Rasa kat oversea gitu.  Kabus tebal. 




Besar gila Mall baru, bersambung sambugn aku rasa. Nak patah kaki berjalan sambil dukung Aisyah. Dulu pergi cuma ada First Word plaza tu kan. Sekarang ada mall baru ape ke nama dia tak ingat la daku. 


Cantik la Mall dia. Besar, boleh sesat. Tak ade ape menarik pon..haha. 



Lepas dah sakit kaki tawaf mall, kita turun balik naik cable car ke GPO. Konon nak shopping. Tapi ternayata Primium Outlet cam tu bukan jiwa aku. Haha.. tak suka la beratur lama-lama. Payah dengan anak kecik. Shopping kat Jusco je la senang lagi. Haha.. dasar.. sangat. 


Maghrib hari kami pun chow balik rumah. kesimpulannya. Best bawak anak naik cable car dan rasa suasana sejuk saja. Tak membeli apa pun. Tak ada yang menarik. Selamat duit daku.

Sunday, October 21, 2018

Throw Back : Birthday Adam 3 Tahun




Banya benda yang tak sempat nak di cerita kat blog sekarang. Tak mcacm zaman dulu-dulu, tiap hari update blog. Paling paling seminggu sekali. Sekarang? Hurmmm... Ikut angin. Blogger lain pun sama aku rasa. Dah kurang entri baru. Ramai bebel kat fb dan Ig saja kan? 

Ni pon entri malas malas throw back gambar lama masa birthday Adam bulan 5 hari tu. Seronok dia dapat kek Backhoe dari Cik Inah dia.  Lepas ni Cik nah dah ada baby, tak de dah ye manja terlebih dapat semua.  Mesti ciknah lebihkan baby dia je..huhuhu.

Kejap je masa beralu. Tahun depan masuk 4 tahun pulak 

Pasir Putih Tepi Pantai

Aku kerja keras sepajang tahun sebab 2 perkara.
1. Tolong Family (Mak Ayah & Suami)
2. Holiday

Ye itu lah sebab utamanya. Bila dapat untung banyak, selain asingkan untuk saving, holiday la yang ligat dalam kepala. Holiday tu kira hobi la. Boleh? Haha. Biasalah, hobi setiap orang berbeza beza. Ada orang suka shopping, memasak, hias rumah segal kan. Hobi aku jalan-jalan. Dan biasanya bila aku dapat order yang banyak dalam bulan tu, penat dia lain macam, setiap malam cuma tidur berapa jam je. Masa tu memang dalam kepala otak, nak holiday je bagi hilang penat.

Now aku berangan nak holiday duduk kat resort tepi laut  2/3 malam. Duduk rehat tengok laut, makan, tido, mandi pool, tengok laut, makan, tido, mandi pool lagi. Sampai check out..haha. Relax gila cam tu kan.  Tak yah jalan jalan sangat. Bleh spend lebih sikit duit kat hotel tanpa buang duit jalan jalan kat tempat lain.

Jomm kita kite nak?

Saturday, October 20, 2018

KUANTAN KENDURI DR AIMAN

 Kendurinya malam, Tapi kami dapat sponsored 2 malam satay kat Apartment Residenc yang best. First day bangun bangun pagi kita tinggal Intan and Adam yang masih tidur dengan tok dia. Papa, ibu dan Aisyah pergi breakfst kt Teluk Cempedak. Huhu.



First time pijak pasir at 11 month year old. Tak pa dik, annti kita holiday kat laut atu pulau, main pasir puas2 ok 



Sampai hotel mandi pool. Budak ni tak takur air langsung ya. 


Abg ngah 


Kakak Intan. 

Throw Back : Having Fun Suka Ria Balik Jb


Throw back gambar masa balik Jb raya haji hari tu. Kids have fun kat tempat mainan dalam Mall baru kat Skudai, Paradigm Mall. 


Kadang macam tak percaya aku ni dah jadi mak kepada 3 orang anak. Serius. Tengok la my cheeky girl yang super cute tu. Happy sangat dapat main 


Kakak Intan nampak tak berapa happy. Makin besar, makin kuat buat perangai yang mencabar kesabaran Ibu dia. Maybe dia jeles dia kurang diberi perhatian macam adik adik dia. Ibu pun selalu rasa bersalah kat dia, tapi dalam masa yang sama selalu geram jugak. 


As usuall. Ayat sama, tak sabar nak balik jB again and again 





Saturday, October 13, 2018

Makin Tua Makin Bosan

After kau ambil keputusan berhenti kerja dan mengabdikan diri untuk suami dan anak anak kat rumah, hidup kau akan berubah 100% ya. Setelah 5 tahun menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah, here aku rumuskan beberapa perkara yang aku perlu tabah hadap.

1. Non Stop Kerja 24jam

Paling sakit. Berkerja 24 jam uruskan rumah. Memasak, membasuh, mengemas, jaga anak, siapkan anak, basuh berak anak 8 kali sehari. TANPA GAJI. Ya tanpa gaji. Bibik pon paling2 700 ratus gaji. Bila rumah bersih, kain baji siap berlipat, lauk terhidang tiap hari tak ada yang puji. Tapi bila nampak debu sikit atas rak terus kene tuduh tak buat kerja rumah.

2  No More Kawan-kawan

Kawan ko cuma anak-anak. Tu pun 24 jam bergaduh. Menyepah rumah je kerja. Kawan jauh jauh. Nak planning pergi mana mana jumpa kawan pun payah sebab anak dah ramai.  Letih nak angkut. Lagi kau duduk ceruk kampung jauh dgn family dan kawan2.

3. Kebosanan Di Rumah

24 jam kat rumah, penat dengan aktiviti yang sama tiap hari, tak ada kawan memang bagi tahap kebosanan tertinggi. Nak pergi mana mana jauh gila, kena tunggu suami cuti baru boleh keluar jalan tu pun kalau suamo nak cuti, nak bawak berjalan. Lagi bosan kalau suami tak reti faham, asyik suruh duduk rumah, jimat duit, jimat cuti. Cuba ko sebagai suami duduk sehari je dengan anak2 kat rumah tanpa bini. Jangankan sehari, sejam pun ko dah tak tahan!

4. Tak ada Masa Untuk Diri Sendiri

Ya itu aku.  Sedangkan nak berak lama lama pun tak boleh, sekejap je sorang dah melalak, sorang bergaduh. Kalldang taha0 stress kau rasa nak lari jauh2 holiday sorang2 cari ketenangan tp memang mustahil la kan??


Macam tu la dapat di simpulkan setakat n8 dari aku yg sedang kebosanan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails