Bila jadi macam ni, mulalah hati aku sesal selalu marah bila dia asyik menyepah rumah, bergaduh ngan adik dia, melompat atas sofa semua tu. Hakikat sebenar, bila anak tak sihat dan lemah macam ni, kita akan rindu perangai2 dia yang buat kita marah tu. Tak pe lah menakal mcm tu daripada terlepek lemah macam sekarang. Nikmat sihat yang aku syukuri.
Semalam tadika dia ada lawatan le Balai Bomba. Dari jumaat dia tanya bila nak hari isnin. Teruja nak pergi walaupun badan tak berapa sihat. Aku cakap, kalau Intan kurang makan, asyik sakit perut, tak boleh pergi Bomba.
Isnin tu dia bangun awal, semangat kejut ibu nak suruh hantar pegi tadika, ada lawatan ke bomba. Bangun tu bersemangat. Tapi lepas dah siap mandi dan pakai baju, nampak lemah lagi. Tapi dia tak cakap apa, takut aku tak bagi pergi agaknya. Sampai kat Bomba pun dia tak berapa banyak bercakap, namapak sangat dia gagahkan diri walaupun tak sihat.
Ibu doakan Intan sembuh sihat macam biasa. Kembali ceria macam biasa..
Love U anak sulung ibu..
No comments:
Post a Comment