Followers

Monday, December 2, 2019

BIRTHDAY INTAN TURNS 6

Intan 6 tahun tahun ni (2019). Gambar sambutan birthday dia bulan april lepas. Lamanya baru sempat aku update. Semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata, terang hati dan dipermudahkan semau urusanmu. Ibu sayang semua anak ibu walaupun paling garang dengan Intan. 




Birthday decoration ibu buat sendiri semua. Kek, brownies dan creampuff tu tempah. Tak daya lah nak buat sendiri 





Kawan-kawan dan sepupu sepupu Intan. 





Wednesday, November 20, 2019

KALENDAR 2020 SIZE MINI CUSTOM MADE DESIGN HARGA MURAH




doorgift kalendar


Kalendar Islamik Lengkap Dengan Waktu Solat dah OPEN FOR ORDER. Size medium/large/extra large.

✅ Sebagai Doorgift ✅ Promosi Produk ✅Promosi Perniagaan
<3 70sen="" p="" sahaja="" serendah="">
(Y) Lengkap dengan Cuti Umum, & Cuti Sekolah 2020
(y) Waktu Solat untuk setiap Bandar bandar Utama
(y) Juga terdapat pilihan Kalendar jenis Kuda
(y) FREE custom made design untuk header
(y) FREE editing gambar
(y) Sebagai free gift sambil Promosi Produk/Perniagaan anda
(y) Sebagai Doorgift Majlis Perkahwinan/Aqiqah/Kesyukuran/Jamuan Akhir tahun dan sebagainya.
<3 http:="" p="" www.wasap.my=""><3 0127164176="" :="" p="" whatapps="">



#kalendarislamik #Kalendarwaktusolat #doorgiftkalendar #kalendarmini #kalendarkedai #Kalendarproduk #cetakkalendar #wallcalenar #kalendarmurah #tempahkalendaronline #Kalendarcustommade

Wednesday, November 13, 2019

Photoshop Tutorial : Convert 4 Colur Image to Single Pantone Colour

Aku nak selitkan tutorial Photoshop la hari ni. Pasalnya dari semalam aku kusut nak siapkan artwork yang ada special effect Hot Stamping ni. Adoi jenuh meng google. Aku ni asal programmer, terjebak dengan design & printing ni sambil-sambil je. Kalau part-part design biasa tu aku ok saje. Tapi bila tiba part ko nak submit artwork, production kata nak kena convert, fill in pantone colour bagai, garu kepala jugak aku. So kena lah belajar sendiri, kerut kerut dahi cari solution.  Part text nak convert to Pantone tu dah senang, part image tu payah nak cari tutorial.


Ok lets tutorial..

How To Convert 4C Image ti Single Pantone Colour.

1.  Buka fila image tu kat Photoshop
2.  Kat menu bar atas tu Klik IMAGE > MODE > GRAYSCALE
3.  Pastu buka Image yg dah dalam mode gray scale tu kat file baru.
4.  Kat menu bar atas klik IMAGE >MODE > DUOTONE
5.  Tukar kepada MONOTONE
6. Klik colour tu dan pilih PANTONE COLOUR kod yang nak tukar
7. Taraaaa... Siap!


Nampak senang, tapi mengagau cari step paling senang ni. Punya banyak tutorial complicated yang aku jumpa buat aku serabut kepala.

So simpan sini tutorialnya. Semoga aku tak serabut kelibut lagi cari tutorial ni lepas ni..haha

Monday, November 11, 2019

Cuti-Cuti Bangkok Part 4 : Makanan Best Kat Bangkok

Adoi sampai part 4 ye cerita ke Bangkok. Tak habishabis. Ok lah ni la final partnya. Aku certia pasal makanan-makanan yang best makan masa kat Bangkok. Dan Thanks a lots kepada makanan makanan ni sebab buat aku sedar diri dengan berat badan aku lepas balik Bangkok lalu terus start diet lepas balik Bangkok tu..Wahaha. 



Pulut Mangga Restoran Usman Thai Muslim Food. 


Pat Thai Restoran Usman Thai Muslim Food.


Tom Yum Kung Restoran Usman Thai Muslim Food.


Ice Coffea, Green Tea & Thai Tea Restoran Usman Thai Muslim Food.



Next, Yana Reataurans 


Tak sempat snap 1-1 hidangan sebab kitorang lapar amat lepas balik dari Floating Market. 2 Jam pergi, 2 jam perjalanan balik. Memang lapau bebenau dah masa tu. 



Sis lapar sampai tertidor kat situ..hahaha 


Ice Coffee, Thai Tea, Green Tea & Ice Lime kat Saman Islam Chatucak Market. Masa ni first time la rasa ice coffee kat Bangkok ni, terus repeat hari2. Weh sedap gila ok ice cofee kat bangok ni. Kat kedai makan sedap, kar 7e pon sedap! Should try ok. 


Seafood Fried Rice Saman Islam Bangkok



Banana Pancake ni dari mula planning g bangkok aku tak teruja pun nak rasa. Tak tau la ape yang budak2 ni suka sangat. Tapi bila dah rasa sendiri, mak aiii sedap ek rupanya.  Kena betul combination pisang dan nuttela tu. 



Baby Nenas night market


Ok dengan itu, berakhirlah entry pasal Bangkok sistur... Semoga ada rezeki pergi lagi dan trip lagi ke lain destinasi bersana geng ketam sis ni. 



Wednesday, October 30, 2019

Holiday Kami Ke Bangkok 3D2N Part 3 - Train night market ratchada, Maeklong Railway Market, Damneon Saduak Floating Market

Bangkok ni memang banyak market ye. Siang malam market ye. Duit pun meroket. Haha.  Dari  Terminal Mall kami balik ke Hotel untuk berehat sebab malam nak keluar ke Train Night Market Ratchada. Kitorang sempat pergi 7/11 beli makanan dan makan tepi kolam ni. 



Sambil melayan bujang sorang ni nak mandi pool. Nasib la sekali je dia minta nak mandi pool. Naya kalau 3-3 hari nak mandi pool. Rosak rancangan shopping makcik makcik kau dan ibu ni. Maybe sebab dia tak de geng mandi pool, so dia mcam boring dan cukup la sekali ibu. Macam tu.. Haha. 


Malam tu kami naik train lagi menuju ke Ratchada Noght Market. Masa ni semua segr bugar lagi. Elok je sampai, Adam buat perangai. Kepenatan mungkin jalan kaki jauh dari station ke pasar. Aku dah nak naik hantu, tp nasib baik aunty Azie bijak memujuk dia. 


So misi di teruskan dengan mentekedarah makanan bangkok yang ada kat sini. Eh tapi tak tau la kitorang macam tak jumpe sangat makanan seafood yang best2. Sebab masa jalan jalan tu,  terlau tempat jual babi, belalang bakar semua tu terus kami patah balik..haha. Potong selera weh. 



Antara menu yang sempat kami makan dan tapau kat situ... Pulut Mangga. Sedap bak ang. 




Bangkok Pancake 


Nenas ape ntah suka sangat mak mak orang ni makan. Aku tak makan, sebab takut sakit perut, aku ngan nanas memang kalah . 

Pastu balik kitorang lapar lagi lalu sambung makan meggi beli kat 7/11. Haha. Memang sehari berkali kali ke 7/11 ye. Sedap sungguh maggi. Kitorang tpau sekali Roti2 dan air untuk buat breakfast esok sebab kene gerak awal pagi untuk aktiviti esoknya. Nak ke Railway Maeklong Market & Floating Market yang ambil masa 2 jam dari Kota Bangkok. 


........................


Esoknya 

Kul 6.30 Am dah keluar. Naik grab ke pickup point yang travel agency kami tetapkan untuk ke FLoating Market. Sebelum sampai floating market, mereka stop kan kami kat Maeklong Railway Market yang popular dengan pasar di tengah landasan Keretapi ni. Kami sampai dalam 9.15 am.  Dapatlah makcik makcik ni tngkap gambar dan video keadaan pasar bila keretapi lalu. Tapi scary ok! 




Gambar sebelum keretapi lalu. Tengok, belum apa2 adam dah pow aku kt 7/11 area sini pulak. Redho je la janji dia tak buat perangai kan.  Ya Tuhann gemuknya mak kau ni Adam. 



Gambar semua. Eh sapa yang tolong amik gambar ni?? 



Ni gambar masa keretapi lalu. Peh punya la dekat. Ngeri gila. 


Next. Misi diteruskan ke Damneon Saduak FLoating Market pulak. Kat sini kami tak beli apa pun. Sebab dah tau harga memang cekik darah. Cukup hanya nak merasai suasana kat sini naik bot pusing pusing pasar. Kami beli Aiskrim kelapa je kot. Kenapa ha x jumpa makanan makanan halal yang lain macam blogger lain review? Aku syak mak ck yg bawak bot ni tiupu tau tak lalu tempat yang kami boleh beli makanan. 



Aiskrim kelapa 




Kesimpulannya 2 market ni boleh lah nak pergi. Pergi sekali je la tapinya, Nak repeat maybe tak payah dah.. Haha. Sebab mmg tak de pe menarik nak dibeli kat situ. Sekadar amik gambar je lah.

Next nanti aku citer pasal makan makan kat Restoran Halal yang popular kat Bangkok pulak okey.





Wednesday, October 9, 2019

Holiday Kami Ke Bangkok 3D2N Part 2 ~ Chatucak Market


Lepas je simpan beg kat Hotel, kul 9 pagi lebih kitorang dah gerak ke Chatucak Market. Pergi sni naik MRT. Dalam berapa stesen sampai dah. Bestnye pergi pagi pagi sebab orang pun tak berapa ramai plus cuaca pun redup lagi. Seronok la berjalan. 

Masuk masuk chatutuak tu memang rambang mata, banyak gila kedai weh. Barang pun harga ok. Sebenarnya kat sini paling murah kot kalau nak beli buah tangan, baju baju dan sebagainya. Aku menyoping gila jugak lah kat sini. Tapi tu pun rasa macam menyesal tak beli semua buah tangan n baju baju budak kat sini sebab hari esok nya, bila pergi mall dan night market lain pun tak dapat harga macam kat Chatucak. So kesimpulannya kalau korang nak pergi Bangkok, memang wajib beli barang kat sini dulu. Semuanya termurah dari tempat lain. 


Kedai pertama kitorang cari kat Chatucak Market ni ialah kedai makan Saman Islam yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Kedai halal, menu dia semua sedap weh. Memang harga mahal sikit tapi percayalah memamg berbaloi. Sebab apa, sebab portion dia sangat banyak, lepas tu mewah dengan rencah. Macam aku dengan ain order Nasi Goreng Seafood, memang berlambak lah dia punya seafood. Mula mula food sampai kitorang dah garu kepala adoi banyak gila portion dia. Tapi last2 habis licin ye kami makan sebab sedap! 



Pat Thai, Nasi goreng Nenas, Nasi goreng seafood kami. 


Air semua sedap oiii. Eh ice coffea kat thai ni semua sedap. Hari hari aku minum. Tak cukup kat kedai, balik hotel mesti singgah 7Eleven tapau lagi Ice Coffea..Wahaha. 


My nasi goreng seafood. Nasi ngan seafood sama banyak. Klaau kat Malysia, ko order nasi goreng seafood, tu doa udang 2 ekor, sotong 3 ketul. Yang ni puas. Nasi habis, seafood tak habis habis lagi. 


Pat Thai. Segala ketam, udang sotong semua ada. 


Ni aktiviti paling lama kitorang buat kat sini. Memborong Passport cover custom made. Memang harga paling murah kat Bangkok kat Chatucak ni lah. 60bath je weh. 


Budak ni paling banyak paw aku kt Chatucak. Lengap dengan Jam, Boxing dia ni sekali. Ape lagi ntah.. Eee geram je. Pastu ibu ko dah sedap sedap shopping dia mengaruk nak tido. dh kene berdukung. Masa tu la rsa nyesal tak bawak stroller..wahaha. 


Kat Chatucak ni banyak kedai makan yang halal. Sambil menyoping, sambil beli makanan dan minuman kat sana. Aiskrim kelapa memang sedap weh. 


Pastu kitorang raht jap kat 1 cafe ni. Order minum. Air pelik pelik je nama. Tapi sedap.  Sambil rehat tu, masing masing buat terkejut kira duit masing masing yang lebur kat chatucak. Padahal baru first day, dan first tempat shopping ni. Wahaaa.. boleh ke survive untuk hari ke2 dan ke3 nanti... 



Habis Shopping! Adam ketiduran. Gigih ya aku dukung.  Ambik gambar sat kat Signage Chatucak Market ni. 



 Lepas tu kitorang nak ke Termall 21 Mall Bangkok. Mula mula nak naik train lagi. Tapi kami tergoda pula nak naik tuktuk. Yang ni paling tak boleh belah. Dah la kami ni ber5  badan selebar alam, dia pergi sumbat dalam 1 Tuktuk. Walaaaa... Ape lagi, memang havoc la dalam tuktuk tu speanjang perjalanan. Ketawa mengilai je la kejenye.. Malu satu hal semua orang duk pandang. Oh maii jauh gak ok dari Chatucak tu nak ke Mall tu. 20 minit. Dan 20 minit tu la kitorang tak berenti ketawa dalam bersempit sempit tu haaaa. 



Look at this guy! Nisak smpai macam tu ha. Ngeri aku tengok, takut tercicir dalam perjalanan. Aku, ain n fara dan macam sandwich duduk kat seat tu bergesel peha.  But ni la antara pengalaman manis kot kat Bangkok, macam nak ape ketawa selama 20 minit naik tuktuk ni. 


Sampai kat Mall diorng sambung shopping lagi. Aku ngan nisak cari kerusi rehatkan bontot sambil tunggi diorang... 


Continue Part 3... 



Saturday, October 5, 2019

Holiday Kami Ke Bangkok 3D2N Part 1

Last month, 7-9 Semptember sis berholiday dengan kawan-kawan MRSM sis aka ahli-ahli Kelab Keliwon kat whatapps. Haha. Kitorang BFF yang still BFF dari mrsm sampai la sekarang. Hari hari menceceh kat group. Plan kejap je. Decide tarikh pastu terus beli ticket and book hotel. Semua kami berlima + 1 (adam). Aku sorang je bawak anak, bawak sorang anak la, bukan 3-3..haha. Sebab kesian pulak nak tinggalkan semua kan. So bawak Adam yang memang dah lama berzikir nak naik Kapal Terbang. 


Flight kami 6 September 6 pagi lebih. Jadi seawal 4 pagi dah gerak dari rumah Azie ke KLIA.   Dan sampai kat Airport Bangkok pukul  7.30 pagi Waktu Bangkok. Bangkok lewar sejam dari Malaysia. Perjalanan ambil masa 2 jam 15 minit dari KLIA ke Bangkok. 


Adam yang mengantuk kena bangun mandi pagi pagi buta for the first time.  Nasib baik mood dia ok sebab masih super excited nak naik kapal terbang. 


Me also excited juga sebenarnya sebab dah lama tak naik flight uolls. Last naik masa zaman kerja dulu la. Tu pun ulang alik JB-KL jerrr.  Seronok sis tengok awan dari flight ya. Rasa macam kat kayangan gitu. Haha. 


Dan this budak adalah yang paling excited semestinya. Ibu order nasi lemak untuk dia alas perut dalam flight. 


Alhamdullilah 2 jam kemudian selamat kami sampai Bangkok. 


Inilah kami Berlima + 1 dalam trip bangkok ni. Azie, Ain, Fara, Nisa, Aku and Adam. 



Semenentara aunty - anty booking grab ke Hotel, kami selfie dulu naa.




 Welcome to Thailand katanya



View Bangkok masa nak sampai


Kami naik grab ke Hotel. Resort V Mrt Huai Kwang.  Puas cari bilik yang muat untuk 6 orang sekali. Senang kami nak membawang sebelum tidur sama sama kan . Akhirnya dapat.  Yang best lagi, hotel ni depan 7 Eleven. Tau je la &e kat Bangkok ni memang macam macam ada. Kat situ je dah banyak habis. Belum bab shopping lain lagi. wakaka. Hotel ni Alhamdullilah best, bilik besar, dengan 3 katil superQueen yang cukup selesa. Nisak sampai ke sudah duk puji katil dia sedap, katil dia best dan puas tidur. 


Adam yang excited tengok kolam depan hotel. Kami tak check in lagi sebab masih pagi kul 8 lebih sampai hotel. Just drop beg bagasi semua. Sebab nak buat misi pertama shopping kat Chatutacak Market jadi kena la tinggal beg dulu tak kan nak heret berat berat kan. 

Ok Chatucka Market kami cerita dalam part 2 nanti ya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails