Ya Allah bersawangnya blok mak. Baru nak up cerita Holiday ke Penang bulan Januari lepas. Wahaha.. Dan masuk mei dah ni. Lambat gila update. Banyak nau gambar, so macam lasa nye la nak pilih pilih mana nak masuk, tu yang lambat tu.
Nah sekarang dah upadate, semoga menjadi kenangan manis untuk kami sekeluarga.
Ini kira macam annual Holiday Trips family kami la. Sejak anak dah ramai ni, holiday jauh-jauh ni dah makin jarang. Tak macam masa anak sorang dulu. Ye la, bukan senang nak handle anak ramai2 ni. Nak kene pikri dia punya penat dan cabaran cabaran. Perghh.. kesat peluh kalau nak ingat dia punya cabaran.
So kami bertolak pagi dalam pukul 8 pagi lalu ikut cameron - tapah - penang. Happy sangat semuanya pagi tu. Bersemangat nak g Penang. First time untuk anak2, second time untuk husband dan untuk aku special sikit la sebab dulu setahun belajar kat Matrik Penang.
Jauh jugak ye dari Koyan nak ke Penang. Alahai ingatkan tak jauh nau. Pukul 4 petang baru Sampai Hotel. Kami stay kat Hotel Flamingo Penang. Hurmm.. Pilih bilik sea view, tapi dapat bilik view partial seaview je. Lebih kepada view bumbung rumah orang sajo. Not like. Bilik hotel besar, puas anak lari lari, breakfast sedap. Ada private beach. Boleh lah,, Konsep cuti tepi laut. Tapi memang tak puas hati dapat view bumbung rumah orang.
Sampai hotel rehat-rehat. Pastu turun laut kejap bg anak anak main pasir, tengok orang main jet ski bagai. Pastu anak nak mandi pool. Adoi, budak budak la ni memang tak teruja tengok laut ya. Pool je diorang kejar. Kita punya semangat nak anak main pasir.
Lepas maghrib kita keluar cari makan. Port pertama kita ke Pasembor Padang Kota Lama. Hasil google la ni. Amboi meriah situ. Banyak gerai. Tapi harga kena siap sedia lah. Siap sedia fizikal dan mental mendengar harganya. Aku memang dah baca banyak dah review kata harga boleh tahan cekik darah. Tapi masa ambil pasembur tu, laki ku yg ambil, aku jage anak2. Ai terkujat jugak la dia ambil sepinggan bodo2 je RM30 kena. Wahaha.. Tapi nasib baik la sedap kan. Alhamdullilah. Pastu kita bawak anak2 main buble kat depan padang area Kota Lama tu. Pastu balik tido. Eh sblum balik g 7e tapau roti seabab bini dia tak kenyang makan pasembor RM30..Wahaha.
Esok pagi yang indah kami siap awal dalam pkul 10 dah gerak nak pergi Bukit Bendera. Sebab dengr review orang ramai kat sana, kena g wal kalau tak sesak la beratur. Tapi mak oii kami sampai samai je pagi tu orang tu diaaa macam sardin terlebih muatan. Ramai gilaaaaaaaaaa. Tak sanggup aku beratur macam tu sekali gaya. So kitorang decide dtg lagi petang nanti je la. Jadi perjalaann di teruskan dengan misi mencari wall street art. Boleh la, kami jumpe beberapa saje. Panas ai tengahri tegak jalan kaki bergambar...huhu
Antara hasil
Diorang enjoy sangat.
Aloh aloh adik..
Lepas puas pusing pusing kat area tu, semua kelaparan dan kepanasan. Lalu kami deicde cari mall.. Haha. Dasar.. Nak aircond punya pasal. So makan kat mall je tengahri tu. Konon nak cari nasi kandar, tapi husband kite kate kite masuk mall je la, we all panas... sian anak-anak..Wahaha.
Lepas kekenyangan dan bertenaga kembali, kami pun menuju ke Bukit Bendera semula. Alhamdullilah line tak la sesak macam pagi tadi. Tapi tu pun ambik masa 2 jam beratur baru boleh dapat naik kalau guna tiket biasa. So tetap tak sangup. Jadi kami rela bayar tiket fast lini RM40 sorang untuk naik. Tak yah sesak2 beratur. Beli tiket, terus dapat naik. Tapi dalam cable car tetap bersesak ya, campur dengan yang beli tiket biasa. Cuma beza jimat masa la. So kepada korang yang tak pernah pergi, kekNi bagitau awal2 la, kalau bawak anak anak kecil halus macam ni, beli je la tiket fast Line. Hazab gila tau tunggu nak naik kalau tiket biasa. Nanti nak turun dari atas pun kena beratur lama lagi sama macam masa nak naik. Panjang gila Q dia. Kesian kekNi tengok yang bawak anak anak kecik beratur berjam jam. Serius tak tipu. Bila pakai tiket fast line, tak payah beratur, terus boleh naik.
Comel 2 ketul masa tunggu papa parking kereta kt Bukit bendera.
Happy face akhirnya dapat naik Bukit Bendera.
Masa ni intan dah but perangai. Tu muka lepas kena kutil ngan mak dia sekali.
Ya Allah ampuni nabila ya Allah, gemuknya muka sis!
Lama gak kami kat Bukit bendera. Dekat margrib baru sampai bawah semula. Lalu perut pun berkeroncong. Terus suruh laki kita cari Nasi Kandar. Haaa.. pergi penang memang ni la yang teringin sangat tau. Tapi laki cek macam tak berapa excited ngan nasi kandar. Mula-mula bila dia tengok ramai beratur (Sebenarnya tak ramai lagi ni, sbb maghrib ) dia mcm tak nak. Pastu kekNi pergi je beratur, suruh dia jaga anak dalam kete dlu sebb anak2 dah tido kepenatan. Tak lama kek ni beratur tu, orang makin ramai. Makin ramai beratur sambil ambil gmabr. Haha.. tempat fames katekan. Panjang weh bertur smpai belakang kedai nun. Nasib baik la tempat makan dia banyak meja, so tak susah hati. Terus whatapps laki suruh masuk chop tempat duduk sementara kekNi beratur.
Taraaaaaaa... Ya Allah sedapnye! Nikmatnya! Perfect 100%. Eh cuma spoil tak ada syur kubis goreng kuning tu je hari tu. Eee tngok gambar terus terliur nak g lagi. Pak kal je la jauh.
Lepas kenyang makan maka kami pun balik hotel, Mandi apa semua. Pastu malam kami keluar lagi jalan jalan kat Pasar Malam Batu feringgi. Best kat situ. Macam macam ada. KekNi ada beli gelang kat Intan yang bubuh nama tu. Tapi geramnya lahai boleh hilang kat hotel. Eee.. Geram amat.
Esok paginya, mandi pool, pergi pantai pastu check out la tenghari. Kami plan nak ke Ipoh plak. Sebelum meninggalkan penang, gigih laki hakak pergi cari kilang Jeruk Pak Ali kegemaran dia. Adoi jauh tau. Makan masa 2 jam keluar masuk highway. Last2 kami sampai ipoh hari dah malam. So tido Ipoh satu malam.
Esok paginya, terus jalan cari Nasi Ganja. Yang ni laki sis suka pula. Tapi bagi aku agak kureng. Paling tersedap tersangat melampau sedap ialah Deen Maju Nasi Kandar. Tetap di hatiku..huhu..
Pastu perjalanan balik diteruskan. Alhamdullilah selamat sampai rumah.
Begitulah cerita percutian kami ke Penang dan Ipoh hari tu.
Antara Cabaran bawa holiday anak-anak kecik ni :
===================================
1. Intan Adam duduk bergasak bergaduh dalam keta, teriak menangis!
2. Adegan bergaduh, merajuk time kami jalan2, spoil mood
3. Buat perangai paksa beli belon, mainan setiap kali nampak.
4. Muntah sebab makan macam-macam. Muntah kat baju mak kau lagi tu.
5. Berzikir nak balik hotel, nak mandi pool nak mandi pool time kami jalan2.
Tu la antara cabarannya. Tapi as a mom, aku puas dapat bawak diorang holiday. Puas tengok muka happy diorang. Dan rasa tertebus sedikit kesalahan aku yang selalu sibuk dengan kerja bisnes online aku walaupun 24 aku di rumah dengan diorang. Masa holiday ni la 24 jam aku boleh layan diorang tanpa perlu mengadap kerja, mengadap kain 3 bakul nak lipat, mop satu rumah dan sebagainya. Kalau kat rumah, asyik kena marah je la bila diorang kacau aku buat kerja dan aku kebizian dengan kerja rumah yang never ending. .
So, next holiday bila my husband??
1 comment:
nasi ganja tu mmg overrated sgt ye. tak tahu la apa yang ramai sgt org pergi situ siap beratur pnjg lagi. setakat nak rasa sekali sebagai cukup syarat melawat ipoh boleh la. nak mkn selalu mm idok lerr teman haha -_____-""
Post a Comment