Followers

Friday, August 28, 2020

Balik JB Naik Keretapi Katil Oii

Tak ada plan pun sebenarnya. Kisahnya hari tu aku dengan husband makan nasi kerabu kat area stesen keretapi. Sambil bincang tarikh nak balik JB cuti Raya Haji. Husband tiba-tiba suggest ape kata aku balik dulu naik keretapi dengan anak-anak, so boleh lah lama sikit duk JB. Lepas makan terus tanya tiket dan beli. Wahahaha.  

So naik la kami 4 beranak Keretapi dari Kuala Lipis Ke Johor Bahru next weeks nya beberapa hari sebelum Raya Haji. Keretapi malam, gerabak katil. Keretapi pukul 1.30 pagi bertolak dari Lipis. Sampai JB pukul 12 tengahari. 


Pukul 1.30 pagi tepat ye keretapi sampai. Excited budak-budak ni first time naik keretapi. Aku ambil 3 katil. Atas bawah dan katil bawah 1 lagi yang bertentangan. Seronok rupanya bawak budak budan ni naik keretapi ni. Mula-mula risau jugak nak control 3 ketul budak ni tanpa papa diorang. Takut la membuas kan. Tapi Alhamdullilah semuanya ok dan under control. Kami dapat gerabak last sekali, jauh betul dari cafe ya. Tapi katil kami ni dekat dengan pintu gerabak dan toilet, sos memudahkanlah aku nak bawak budak ni ke toilet, tak lah jauh menapak kan.




Lepas turun naik turun naik empat ploh kali gamaknya nak tentukan siap tido bawah siapa tido atas antara Intan ngan adam ni, akhirnya menjelang 3 Pagi semuany lena tidur di tempat masing-masing lepas aku upah roti gardenia bagi kekenyangan. Setel. Aisyah tidur dengan aku. Eh masih selesa tau walaupun tidur berdua ngan budak kecik ni,

7.45 Pagi baru budak-budak ni bangun. Tu pun si Adam ni yang kejut. Oih lena ye tidor malam dalam coach katil ni. Macam tidur dalam buai terhuyung hanyang. Cuma yang spoil bila ada orang lalu keluar masuk gerabak pastu tak tutup pintu balik. Nanti bunyi keretapi jadi kuat bising gila dan ganggu tidur. Patut KTM nanti tukar la pintu jadi pintu automatik. 



8 Pagi keretapi sampai kat stesen Segamat. TIme keretapi ni berhenti aku bawak budak budak ni breakfast kat Cafe. Jauh weh cafe, berapa gerabak kena lintas. Lain kali beli tiket kene pilih gerabak yang dekat dengan cafe lah pengajarannya. Bali tiket last minit, macam ni lah jadinya. 



Amboi sedap jugak makanan kat cafe keretapi ni. Budak budak ni habis milo panas sorang segelas. Ibu dia up sikit makan bihun goreng telur mata sepinggan. Ada juga order roti bakar tapi budak budak ni tak mo makan pulak.  Terpaksa mak ko jugak menghabiskannye. Seronok ya di cafe. TIngkap luas, makan sambil menikmati pemandangan. 


Siap makan, masa keretapi berenti kat Stesen gemas, kami bergerak semula ke tempat tidur kami. Oh ya, takut ya nak berjalan masa keretapi bergerak. Kalau sorang ok, tapi bawak 3 katul ni bahaya juga lagi-lagi kat area sambungan antara gerabak tu, agak scary. So budak budak pun gembira main kat dalam coach tu dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. Yang bestnya orang dah tak ramai, ramai berenti kat Gemas rsanya. Jadi coach tu memang macam kami anak beranak la yang punya. 


Selain main, makan dan minum la segala bekal jajan yang aku bawak 1 beg. Ini tips yang penting jugak la, bawak kudap kudapan untuk mengelakkan diorang jemu atau bosan dalam perjalanab yang lama ni. Alhamdullilah keretapi sampai kat JB 12 tengahari. Yeaaa selamat sampai JB.  Abang aku ambil kat stesen. 


Next few days raya haji pun tiba. Beraya la kami. Hihi. 


My Mak. Aku perasan eh umur aku dah 33 ni dah lama rasanya tak ada gambar dengan mak. Last bergambar berdua masa konvo kot. So balik JB kali ni memang ada azam nak bergambar la dengan mak ayah...huhu. So inilah gambar raya kami. 


Generasi Ke3 legasi Md Dom dan Salmah. 


Next day nya aku dating ngan Kakcik pulak. Amboi seronok dapat jumpa, 2 tahun tak jumpa oi. Kebetulan dia pun balik JB gak, maka dapatlah jumpa. 


Thank you kakcik belanja Seol Garden. Love U! 

Gitulah cerita aku balik JB kali ni. 2 hari kemudian baru suamiku sampai. Puas dah bergembira bersama keluarga dan kawan JB, maka pulanglah kami ke pangkal jalan di negeri Pahang semula. 



 

Monday, August 10, 2020

Jalan-Jalan Terengganu Lepas PKP

Our first holiday after 3 bulan PKP covid19. Ya Allah nimatnya dapat tengok laut. Pergi terengganu kali ini kami stay kat Sutra Beach Resort, besut. Jauh sikit dari Kuala Terengganu yang biasa kami pergi. Kat sini lebih dekat dengan pantai Mengabang Talipot.


Sungguh Lovely Sutra Beach Resort ni. Tengan sangat. Pantai pun lawa. Paling penting view dari bilik memang terbaik, terus direct ke laut. 


Budak cuak pijak pasir


Lepas je check budak budak mengan menggelitat la tengok laut, tak sabo sabo nak turun main pasir. Kul 5 baru turun bila dah reedup sikit. 


Happy Me


Tak cukup laut, mandi pool pulak. 


View dari pool menjelang senja. I in love dengan tempat ni. Love sangat2. 


Pagi esoknya lepas subuh masa budak2 masih sedap tidur, kami berdua kelaur la dating kejap tepi pantai tengok matahari naik. 


Dan la setengah jam dating, nampak budak-budak dah tercongok depan bilik cari ibu papa.  Ni gambar dri pantai kami snap. Nampak 3 ketul budak baju merah kt beranda bilik tu, tu la bilik kami. Dekat sangat kan ngan laut? 


Tengahari kita keluar cari Celup Tepung. Pok Nok pantai penarik celup tepung tutp 2 minggu masa kami datang. Malang sungguh. So kami cari kat Pantai mengabang telipot. Rupanya kat sini lagi meriah, lagi banyak kedai Celop tepung yang cnatik-cantik suasana dia. Food dia ok boleh lah, tapi aku still suka Pok Nong, terbaik. Sebab kat  Pok Nong semua seafood celup tepung dia goreng fresh, kita beratur tunggu dia goreng. Tapi kat mengabang ni mostly kedai kita pilih seafood yang dah sejuk pastu diorg panagkan balik. So.. faham je la rasa dia cam mana. 



Udang Rm12 sekor. Udang laut katanya. Aku ambil sekor je nak rasa. Tiba sampai meja rupanya laki sis tambah lagi 2 ekor. Bapak la aku nak ngabiskan. 


View kedai yang cantik 


Next macam biasalah kite g pasar payang sopink sopink Benda wajib cari kat Pasar Payang ialah baju kelawar, kook lekor, serunding daging dan jajan jajan budak. 


Bergnabar sat kat Jambatan Terangganu Kuala Terengganu. Panas bak hang, tapi budak 3 katul ni malas kalis haba kulit diorang, tak sama macam ibu dia puteri lilin tak tahan panas. 


Balik hotel main pasir lagi. Aduhai seronoknya bila ingat balik. Tolong lah nak repeat lagi duk Sutra Beach Resort ni.  Best sangat. 


View laut dari bilik kitorang. Nampak Pulau Biduk kot nama dia. 


Pose sebelum balik. 


Lepas chek out kita cari celop tepung lagi. Kali ni try kat kedai lain pulak. Mr Celup tepung kot tak silap. Sama je konsep macam kedai semalam. Kesimpulannya Pok Nong tetap No 1 di hatiku. 

Lepas makan, cari Roti Paung n Kopok losong pastu balik lah kami ke Pahang semula. 

Perjalanan kali ni terasa jauh benau naik myvi hampir 5 jam. Sebelum ni naik vios 3 jam lebih je dah sampai. Entah eh, sbb myviku yang slow atau banyak kereta kat jalan pun 1 hal. 


 

Friday, May 29, 2020

Ibu Anak 3

Saja sis nak throwback gambar gambar sis masa 2019.  Dulu zaman anak dara setiap post ada gambar sendiri. Sekarang asyik lah gambar anak sesaje, jadi sekali sekala tak salah kot nak perasan up gambar sendirik pulak. Haha. 


2019, anak masih 3 orang dan harap beberapa tahun lagi pun still 3 orang. No more pertambahan please. Sis nak relaks je beberapa tahun ni. 



Selfie sekali. 


Selfie 2 kali 


Selfie 3 kali. 


Ok bai. 


Graduasi Pra Sekolah Intan & Lawatan Petrosains Adam

Dua event ni berlaku hujung tahun 2019 sebelum cuti sekolah panjang hujung tahun tu. 


Graduasi prasekolah Intan. Papa dia melampau siap belikan fresh flower  ngan cokelat mahal-mahal kat intan. Adoi, anak baru tamat pra sekolah kot. Aku rasa time Convocation universiti nanti dia bagi sebjik umah kot kat anak dia. 


Best friend Intan kat Sekolah Kasih & Fatih. 


Cikgu pra sekolah intan, 




Adam and the geng. Seronoknya tak terkata. Rombongan ni anak anak tadika tak ramai pun, tapi ibu ibu dan adik beradik budak tabika yang tambah memeriahkan. 



The cousin. Sepupu dua orang ni, Paling ligat la dalam kelas Cikgu kata. 


Balik petrosains kita singgah Macdonals Genting sempah. 


Happy!


Zoo Johor Bawa Anak-Anak

First time bawak anak ke Zoo Johor last year. Ye ini cerita last year. Sebab tahun 2020 ni kita tak boleh ke mana-mana akibat Covid 19 tu, maka ayuh rajinkan diri up cerita cerita tahun lepas yang tak sempat di upload lagi tu.. Dengan harapan bila anak0anak dah besar nanti diorang bca blog ni tengok betapa rajinnya mak ko yang macam singa ni bercerita kat blog pasal korang. 


Bawak aisyah yang dah pandai jalan ni seronok la, tak delah letih nak kendong dia saje. Pulak tu dia jenis nak duduk dalam stroller, maka seronok la kala nak bawa jalan tempat macam ni kan. 


Posing kat depan pintu masuk Zoo je dekat 20 keping gambar. Pasal tunggu bapak eh cari prking tak dapat-dapat. Zoo Johor ni best ye, dah la bayara masuk murah nak arwah, RM3 je tak silap. Pastu semua jenis binatang ada. Dari sekecik kecik sampai ke besau gajah, Zirafah dan sebagainya. 


Gajah. In Gajah! Haha.. Aku frust la tak dapat jumpa kura kura besar yang dah tua tu. Masa aku kecik dulu ayah bawak ke Zoo ni dapat tengok, sekarang dah tak da. Aku cerita kat Mak lepas balik Zoo tu, mak kata maybe dah arwah kot Kura kura gergasi tu. Umur pun dah berpuluh tahun masa aku kecik dulu tu. 


Eh Zirafah pun nampak dalam gambar je, tak nampak yang betul. Mengah nak naik tanggan cari.  Jumpa rimau, singa , orang huta, unta, monyet, buaya, rusa, kancil, seladang dan macam macam lagi. Tapi tak ambil gambar pun. Pergi time tengahari, binatang tu pun sedap tido petang. 


Intan ni nak pegang Kaka tua ni tapu tu la, muka ketakutan sangat. 

Huhu. Tu je la cerita pasal Zoo Johor. Nanti bila PKP dah habis, dan covid 19 dan lesap, kita balik la jb lagi, boleh jalan jalan pergi Zoo lagi. 

Mak ko dan mengeletis nak jalan, boring amat duk umah tak jalan jalan sejak Mac 2020 now nak masuk Jun 2020 dah. 



Thursday, May 28, 2020

Birthday Aisyah Median Ke 2 Tahun (Cerita tahun lepas)

 Apoo.. Majlis bulan 11 tahun lepas, tapi tahun ni baru sempat nak upload gambar. Maaf lah, blog semakin dilupakan. Tai bila diingatkan balik blog ni akan jadi kenagan sampai anak anak besar, gigikan juga buat post ni sebelum terlupa lagi.



Aisyah 2 tahun tema dia adalah Didi and Friends serta Omara Hana sebab tu favourite dia masa umur dia 2 tahun . 


Birthday girl sebok tengok didi kat Handphone walaupun ada kek Didi kat depan mata. 


Banyak kek sebab sambut sekali birthday Ciknah. 


Last sekali gambar family tapi tak perasan birthday girlnya tak nampak, terlindung di sebalik kek didi dia.. Hahaha. 









Monday, April 27, 2020

Covid 19 dan PKP di Malaysia Pada Tahun 2020


covid 19 malaysia

Aku rasa nak menulis pasal Covid 19 yang tengah menggila sekarang ni. Tahun 2020 semestinya menjadi sejarah yang tak mungkin orang lupa.  Setakat 27 April 2020, hampir 3 Juta manusia yang dah dijangkiti seluruh dunia. Virus bermula kat Wuhan China dan mula menggila kat sana dulu. Jumlah kes positif dan kematian kat sana meningkat setiap hari. Sampai mayat yang banyak dibakar untuk dilupuskan.

Ekonomi teruk ya. Buat pertama kali most Syarikat Penerbangan tak beroperasi. Semua orang tak dibenarkan keluar negara. Lockdown  serata negara yang teruk dijangkiti. Rakyat tak boleh keluar rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan. Itu pun sesetengah tempat yang berzon merah, langsung tak boleh keluar rumah. Segala bantuan makanan dan keperluan kerajaan hantar sendiri ke rumah.  Segala Sekolah, Universiti, Kilang, Pejabat dan semua tempat kerja (kecuali yang terlibat dengan bekalan makanan, keperluan asas, kesihatan)  tak dibenarkan beroperasi.

Lepas China, Itali pulak meningkat kes tiba-tiba. Malaysia pun sama naik dengan Itali mula-mula tapi ALhamdullilah Malaysia makin terkawal now  setiap hari semakin menurun. Now merika Syarikat yang mendahuli, kes dari negara itu saja dah hambir sejuta!  Alhamdullilah Malaysia dapat kerajaan baru (Pakatan Nasional) tepat pada masanya. Yang mana mampu control dan buat macam-macam plan terbaik dan logik untuk Malaysia hadap malapetaka Covid 19 ni. Tak tau lah kalau kerajaan lama yang asyik gila kuasa dan pangkat tu yang masih pengang Malaysia macam mana jadi Malaysia sekarang ni. Thanks frontliner dan terutamanya Dr Noor Hisham  selaku hero Malaysia dalam menentang Covid 19 kat Malaysia ni. Dia diiktiraf sebagai antara Doktor terbaik dunia menangani Covid 19 tau. Hebat! For me, gabungan Kerajaan baru, Dr Noor Hisham dan frontliner-frontliners ni lah yang menjadi punca kejayaan Malaysia melawan wabak Covid 19 ni.

Syabas lah Malaysia. Harap virus ni lenyap terus di Malaysia dan dunia menjelang Mei 2020 ni. Lepas ni sis nak cerita pasal Perintah Kawalan Pergerakan kat Malaysia yang kami semua sedang jalani masuk hari ke ke 41. Ada 15 hari lagi insyAllah kalau PKP tak dilanjutkan lagi.

2. Start PKP
Antara langkah berkesan Kerjaan Malaysia dalam menangani Covid 19 ini ialah Perintah Kwalan Pergera

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails