Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because aku nak tau apa beza depresi dan stress. Adakah aku stress atau dah peringkat depresi.
Contoh perlakuan.
Aku macam biasa, mood biasa, normal. Boleh ketawa, bergurau, senyum dan buat aktiviti harian dengan normal. But sometime ada masanya bila aku stress dengan sesuatu perkara, aku akan lost control perasaan aku sendiri. Aku akan marah bagai nak gila. Macam dah tak boleh sabar tahap apa pun lagi. Paling teruk, percakapan aku dan tonasi aku akan jadi menjerit jerit untuk semua yang keluar dari mulut aku.
Dulu masa pregnant paling teruk. Bila datang tekanan tu, anak menangis aku jadi tak boleh dengar menangis dia tu, aku jerit dan menangis sama malah lagi teruk dari anak aku nangis. Ya Allah tu tahap paling teruk. Aku ingat lagi, aku menjerit macam tak sedar diri. Nasib suami ade masa tu, aku suruh dia setelkan anak sbb aku mmg dah tak boleh handle.
Perkara yang trigger perasaan tu.
Antara yang aku perasan, benda ni jadi bila aku terlalu banyak dengar anak aku menangis buat perangai. Aku suri rumah, 24 jam dengan anak, macam2 perangai. Kalau papa diorg pun kadang hilang sabar jaga diorg sejam pun apetah lagi aku. Perasaan ni pun akan jadi bila aku rasa terlalu penat, lama tak keluar rumah, terpaksa buat benda2 yang aku tak suka.
Macam aku cakap tadi, masa mengandung perasaan tu lagi teruk. Now aku try kawal sikit sikit dengan banyak baca pasal depresi, kawal perasaan.. Sebab aku tak nak beri kesan tak baik pada orang sekeling aku terutama anak-anak.
Kenapa aku tulis entri ni ek? Entah aku pun tak tau. Sekadar mencoret sikit perasaan dalam hati..
5 comments:
Assalamualaikum sis..
Salam hujung minggu..
Lama ibu Aqil tak ziarah kawan2 blog..
Semoga sihat hendaknya..
Mungkin Aini perlukan seseorang untuk meluah perasaan atau bercerita..
Memang 24jam dirumah menghadap segala macam tugas hakiki dan keletah anak2 buat kita tertekan tanpa kita sedar..
Semoga Aini terus kuat dah sabar..
Boleh dijadikan medan blog sebagai tempat meluah rasa..
In shaa Allah! Ibu akan dtg lg ziarah bila ada masa terluang ya..
Jaga diri elok2 ya.. ;)
as'salamualaikum adik, semuga Allah subhana Allah ta'ala beri kesabaran dan bahagia dunya dan akhira buat adik dan keluarga, ameen..
terlalu penat boleh buat diri jadi macamtu..kita penat tapi kita push diri kita buat juga..kena bincang dengan suami..awak perlu masa bertenang..kalau penat kena rehat..saya tau x semudah nak laksanakan..saya pon pernah rasa itu..untuk elak saya pukul anak saya ambil bantal dan tidur..rumah bersepah biarkan..badan kita perlu rehat..bila dah bertenang baru mula semula..selebihnya kena paksa diri banyak istighfar..dan zikir syaitan akan sentiasa cari jalan supaya kita fikir negatif..rasa macam2...sesekali minta izin suami keluar jumpa kawan yang dipercayai untuk kongsi rasa..sesekali kita perlu seseorang yang mendengar..bukan untuk nasihat tapi untuk melepas perasaan..percayalah dengan cara itu anda akan sedikit tenang..jangan teruskan menjaga anak2 dengan perasaan berkecamuk..kerana tanpa sedar mungkin akan menyebab kan awak bertindak luar kawalan..saya doakan Allah lindungi awak dari gangguan syaitan yang akan terus berbisik menganggu perasaan
mungkin boleh contact befrienders atau miasa malaysia. kadang2 bercakap dgn orang luar boleh membantu sebab orang luar lebih objektif. harap semua ok. take care ya.
Terima kasih semua atas nasihat dan pandangan.. Sangat menghargainya.
Post a Comment