Followers

Showing posts with label DIY goodies bag. Show all posts
Showing posts with label DIY goodies bag. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Soft Cupcakes

Ok, ini adalah projek DIY kedua selepas projek DIY goodies bag hari tu. Oh Projek DIY goodies beg hari tu belum siap sepeuhnye lagi sebenarnya.. Tapi dah excited buat projek DIY yang ketiga ni..hehe..

Ini adalah cupcakes. Tapi kalau dimakan boleh membawa maut..huhu. Cupcakes dari sapu tangan. Comel tak? Suka sangat dan puas sangat dapat buat sendiri. Tapi sayangnya warna pink tak ada. Kalau ada mesti bertambah cute kan..

Ni adalah hasil dua hari 'membaking' sambil menonton tv.. Baru dapat 200 biji. Tapi target memang nak buat sikit je pun. Ada belen lagi dalam 50 kot yang belum siap di cupcakes kan.. Bekas cupcakes nye pulak habis. So kena tunggu keluar lagi baru boleh sambung operasi...

~ Ingat.. Bukan untuk di makan

Thursday, February 23, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Goodies Bag

Mood aku untuk update blog hari ni adalah sangat meluap luapnye macam lahar gunung berapi. Walaupun ini adalah entri auto publish yang aku karang pada pukul 12 tengah malam tadi, aku tetap berkobar-kobar gila babas. Aku rasa semangat berkobar-kobar ni adalah disebabkan terlebih hiperaktif sangat sejak dua menjak ni kerana bersenam setiap malam.. <--- Konon nak kurus.

Dah jangan nak pertikaikan pasal cita-cita aku yang dah berabad tak tercapai-capai tu, yang penting aku ade usaha okey... Okeh sempena hari bahagia yang makin mendatang ni, adalah wajib ye blog aku ni lepas ni duk sembang pasal bride to be planning je la.. Tujuan nye adalah untuk share idea, pendapat dan maklumat la kepada bride to be yang lain kan... Aku tak de hal la nak berkongsi-kongsi ni...

Sejak aku cerita pasal baju nikah idaman aku yang nak kurung moden kain kembang bagai tu kan, trafik ke blog pun banyak la dari keyword baju nikah la, baju nikah 2012 la, fesyen kurung moden nikah la, kurung moden kain kembang la, baju nikah artis pun ade ko... Aku amat la suke dapat berkongsi maklumat yang orang nak kat blog ni.. Tu la tujuan aku bercerita kat sini...

So lepas ni jangan muntah la bila aku asyik cerita pasal kawin je kan.... Redha je okeh... Baik kawan-kawan, itu baru mukadimah, so sekarang aku nak cerita pasal angan-angan aku nak memulakan beberapa projek DIY @ Do It Yourself untuk majlis kahwin aku nanti...Jeng jeng jeng.... Benda pertama yang aku nak buat adalah goodies bag...

Semalam aku google go ogle DIY door gift, terjumpa pulak DIY goodies bag yang cute gila vavasssssssssssss. So aku pun mula menanam cita-cita nak try buat 200 pcs goodies bag. 200 je la dulu kan.. Sikit-sikit...
Nak tengok respon orang sekeliling.. Kang ade yang kate tak cantek, mula la aku sentap pastu takt 200 tu je la yg aku buat kan, yang lain beli je la... Tapi kalau respon positif, mau la aku makin berkobar nak buat sampai 1000. Eh mampu ke?? Haaa... Tu kita tengok nanti...

So, ni la rupa bentuk salah satu yang aku berkenan sahangat...

Kredit to zfcraftcorner.blogspot.com

zfcraftcorner ni jual tau goodies bag cute ni. Sapa berkenan dan nak tempah, sila la ke blog beliau. Ni link nye... zfcraftcorner.blogspot.com. Aku suka yang ni sebab kena dengan warna tema.. Tapi aku bercita-cita nak tambah kan lagi ke cute tan nye tau.. dah ade idea, tapi tunggu je la nanti ye aku tunjuk..huhu...

Okeh la... Tu je nak share... Nanti ape-ape ahkak update lagi ye adik-adik....

-direnjis renjis dipilis.... ditaburi la mawar....~~~~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails