Followers

Sunday, December 6, 2009

Tanpa Tajuk

Entri ini ditulis sebelum ditentukan tajuknya. Oleh itu jangan pening kalo aku mula merapu macam cikgu Amir dalam entri kali ni. Seharian yang penat tapi masih boleh mencuri-curi masa mengupdate blog walaupun kerja yang ada bertimbun tak di sentuh <-- masalah xml flash banner rotator yang tak boleh-boleh embed masuk dalam template, design template yang masih belum-belum aku ubah..haha. Biasa la, mood cuti kan, susah benor nak sentuh kerja-kerja tu semua... Buka - buka facebook lepas layan Tom-tom Bak tadi, terus terbaca post si Ehan pasal KB Mall Runtuh. Biar betik? Baca punya baca, search punya search kat makcik Google, rupa-rupanya bukan KB Mall runtuh, cuma kemalangan akibat kesilapan pemandu kereta yang merempuh dinding di tingkat atas (tempat parking) KB Mall dan menyebabkan kereta itu menjunam ke eskalator di tingkat dua KB Mall. Berita TV3 kata dua orang maut dan seorang cedera parah. Uh dasyat ni. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ni..
Kereta Yang Menjunam

Dinding Yang Dirempuh


Ok, sudah tau info sebenar, mari sambung membuat kerja kerana esok hari bekerja dan harus menunjukkan hasil kerja..hehe..

Thursday, December 3, 2009

Lemak Lemak & Lemak


Ini cerita tentang lemak. Aku suka nasi lemak, masak lemak pucuk manis, masak lemak cili padi ayam, udang masak lemak dan tidak juga lupa pada keju yang lemak berkrim. Tapi dalam banyak -banyak lemak, lemak kat badan ni je la yang aku tak gemar..huhu.

Baru-baru ni terbaca tentang kes bunuh manusia gemuk untuk lemak sebagai bahan kosmetik. Kejadian ni jadi kat Peru. Gilak la.. Jangan jadi kat Malaysia sudah.. Takut tu..

LIMA: Satu kumpulan penjenayah di rimba Peru membunuh orang untuk mendapatkan lemak mereka, menurut polis kelmarin.

Mereka dikatakan menyedut lemak mangsa dan menjualnya di pasaran gelap bagi kegunaan firma kosmetik.

Tiga suspek, yang diberkas awal bulan ini, mengaku membunuh lima orang untuk mendapatkan lemak mereka, kata Ketua Skuad Antipenculikan Peru, Kolonel Jorge Mejia.

Menurut beliau, suspek, dua daripada mereka diberkas ketika membawa sejumlah botol berisi lemak cecair, memberitahu polis bahawa harga lemak itu ialah AS$15,000 ($20,800) seliter di pasaran gelap.

Kolonel Mejia berkata suspek mendedahkan bahawa lemak itu dijual kepada orang perantaraan di Lima.

Meskipun polis mengesyaki lemak itu dijual kepada syarikat kosmetik di Eropah, sebarang jualan tidak dapat disahkan.

Polis menahan dua suspek, Serapio Marcos Veramendi dan Enedina Estela, di sebuah stesen bas di Lima pada 3 November lalu.

Mereka membawa satu liter lemak manusia dalam sebuah botol minuman ringan.

Maklumat yang diperolehi polis membantu operasi menangkap seorang lagi suspek, Elmer Segundo Castillejos, 29 tahun, tiga hari kemudian di tempat yang sama.

Kolonel Mejia berkata Castillejos mengaku geng penjenayah itu mengerat kepala, tangan dan kaki mangsa, mengeluarkan organ mereka, kemudian menggantung mayat pada cangkuk besi.

Mayat itu dipanggang atas lilin menyebabkan lemaknya menetes ke sebuah takung yang diletak di bawahnya.

Ketiga-tiga suspek akan didakwa dengan pertuduhan membunuh, komplot jenayah, memiliki senjata api secara haram dan mengedar dadah, kata satu kenyataan Mahkamah Tinggi Lima. -- AP

Sumber dari sini

Ni kalau kat Malaysia ni maunye aku pun jadi mangsa sekali ni.. =(




Monday, November 30, 2009

Hari Baru

Yepp! Hari ini aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi aku baru, yang lebih baik dari semalam. Lupakan segala kesedihan, kekecewaan, kejiwaan yang entah ape2 itu yang membuat muka aku berkerut-kerut dan emosi yang tidak stabil..haha

Ok now, mari kita mulakan sesuatu yang baru. Lunch time tadi aku berjalan-jalan ke blog-blog orang untuk mengisi masa lapang. Antara blog yang aku suka baca ialah juskhai. Blog die ni memang banyak info pasal bloging. Terkedu jugak bila baca artikel dak khai ni pasal Top Malaysian Blogger. Die pun ade bagi tips jika mahu menjadi Top Malaysian Blogger mcam die. Elok la siape-siape yang mempunyai banyak masa ni ikut tips2 dia ni. Aku?? Belum sampai seru untuk serius dalam bidang blogging ni.. Sekadar suka-suka macam ni boleh lah. Tapi sok lusa maybe datang semangat berkobar-kobar, tak tahu la pulak kn..huhu

Wednesday, November 25, 2009

Mood

Aku ketiadaan mood hari ni....
Hari yang lemah longlai.....
Kenapa manusia suka mencipta masalah?
Dan menarik orang lain sekali ke kancah masalah itu...
Oh dunia......

Tuesday, October 20, 2009

Balik Kampung

Sabtu lepas balik kampug.. Meriah dan kecoh dengan budak-budak yang super aktif, tak reti penat sume ni. Tapi tak pe, aku suke! Diorang jugak la yang buat aku selalu teruja nak balik kampung..hehe.. Ayuh snap keterujaan mereka terhadap kamera cik noy mereka ini. Walaupun kualiti kamera hp tak berapa baik, tetap tak melepaskan peluang merakam aksi keterujaan mereka ini.


Kelihatan di situ budak yang paling pendek bernama Lia cuba membuat muke cute yang tidak berapa menjadi..

Aksi riang gumbira mereka

Nurin posing ala model baju tidur

Lastly, Asyif pun walaupun belum boleh meniarap, merangkak apetah lagi berlari tetap juga mahu memberikan posing terbaik..uh cenget cket pale sy


Thursday, October 15, 2009

Suka Suki Hari Raya

Aku suka hari raya.. sangat suka! Wajah ceria sumua orang, pakaian cantik-cantik, makanan sedap-sedap, semua tentang itu aku suka.. 11 hb(sabtu) lepas open house kat rumah kak mizah, my cousin. Sangat meriah dengan keletah anak-anak sepupu aku.. Aku tak makan sangat sebab lebih excited snap gambar kanak-kanak riang ni sume.. so sweet n so cute la! Suke!


Kikam and Pika pose 1

Kikam and Pika pose 2

Kikam and Pika pose 3





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails