Followers

Sunday, December 6, 2009

Tanpa Tajuk

Entri ini ditulis sebelum ditentukan tajuknya. Oleh itu jangan pening kalo aku mula merapu macam cikgu Amir dalam entri kali ni. Seharian yang penat tapi masih boleh mencuri-curi masa mengupdate blog walaupun kerja yang ada bertimbun tak di sentuh <-- masalah xml flash banner rotator yang tak boleh-boleh embed masuk dalam template, design template yang masih belum-belum aku ubah..haha. Biasa la, mood cuti kan, susah benor nak sentuh kerja-kerja tu semua... Buka - buka facebook lepas layan Tom-tom Bak tadi, terus terbaca post si Ehan pasal KB Mall Runtuh. Biar betik? Baca punya baca, search punya search kat makcik Google, rupa-rupanya bukan KB Mall runtuh, cuma kemalangan akibat kesilapan pemandu kereta yang merempuh dinding di tingkat atas (tempat parking) KB Mall dan menyebabkan kereta itu menjunam ke eskalator di tingkat dua KB Mall. Berita TV3 kata dua orang maut dan seorang cedera parah. Uh dasyat ni. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ni..
Kereta Yang Menjunam

Dinding Yang Dirempuh


Ok, sudah tau info sebenar, mari sambung membuat kerja kerana esok hari bekerja dan harus menunjukkan hasil kerja..hehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails